Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tak Rugi Memang Berbaloi Puasa Berbuka Bersama Marrybrown

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga kepada semua rakan-rakan sekalian. Maha nak ucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam yang terus kuat menjalani ibadah ini walaupun dalam musim wabak. Tapi ketahuilah bahawa orang yang berpuasa itu akan memperolehi dua kegembiraan seperti mana dalam hadith Riwayat al-Tirmizi yang bermaksud:


"Bagi orang yang berpuasa, dia akan memperolehi dua kegembiraan. Pertama, kegembiraan ketika dia berbuka puasa dan kedua kegembiraan ketika dia bertemu Tuhannya"


Kegembiraan ketika Berbuka puasa itu adalah fitrah seorang manusia apabila ia ditahan daripada makan untuk berpuasa satu hari dan tiba waktu buka memang akan rasa gembira dan tak sabar untuk makan. Ditambah lagi kalau dihidangkan dengan makan yang sedap-sedap dan juga yang jaranga kita dapat makan.

Seperti mana promo terbaru daripada Marrybrown sekarang ni tengah ada banyak tawaran menarik korang kena cuba. Promosi MB Berbaloi Puasa kali ini menawarkan tiga promo iaitu Family Meals, Istimewa Ramadan dan Buy 1 Free 1. Promo ini bermula sekarang sehingga 23 May 2020 nanti. Jadi masih banyak masa untuk korang dapatkannya.



Bagi mereka yang berkeluarga ada anak-anak ramai Family Meals ni sangat sesuai. Ada tiga set untuk promo ni iaitu Comba A yang bernilai RM24.90 sesuai untuk 2 hingga 3 orang. Manakala Combo B pula bernilai RM49.90 untuk yang ada ahli keluarga 5 hingga 6 orang. Satu lagi lak Combo C sesuai untuk keluar lagi besar 8 hingga 10 orang dengan harga RM79.90. Promo Family Meals ni boleh didapati melalui khaidmat penghantaran atau juga bawa pulang di restoran yang terlibat.


Ini pula promo yang sesuai untuk orang bujang atau juga pasangan yang baru berkahwin. Kombo ini diberi nama Istimewa Ramadan yang membawakan 2 MB Combo Meals dengan harga RM20 dan RM22 sahaja. Maha hari tu berbuka puasa dengan kombo ni lah. Maha beli MB Lucky Plate Combo hanya RM22 sahaja untuk dua hidangan. Selain tu juga korang boleh pilih Nasi Lemak MB Combo atau MB Hotouch Burger Combo yang ni harga RM20 sahaja. Kombo ni hanya untuk penghantaran sahaja dengan order melalui Grab Food atau Food Panda terus ke rumah korang.



Last sekali ada juga promo Buy 1 free 1 untuk item jualan paling laris di Marrybrown. Item tersebut adalah Bubur Ayam MB, Cheesy Wedges, 6 pcs Chicken Nuggets, Chicken Sausage Burger dan Mushroom Soup. Tapi ia hanya terhad kepada 3 penebusan setiap transaksi dan hanya untuk dibawa pulang daripada restoran. Siapa minat site menu dari MB ni bolehlah ambil promo ni sangat berbaloi.





Kenapa Maha pilih untuk berbuka dengan Marrybrown bukan sahaja kerana kesedapannya tapi juga ia cepat, senang dan berpatutan untuk waktu berbuka. Hari tu Maha order online kat Grab Food pagi dan kemudian boleh set masa bila mereka nak hantar ke rumah. Jadi Maha pilih dekat-dekat waktu berbuka tak perlu nak susah-susah. Maha nak ucapkan selamat berpuasa dan juga selamat berbuka kepada semua. Nikmati waktu berbuka dengan kegembiraan bersama Marrybrown.











This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Tak Rugi Memang Berbaloi Puasa Berbuka Bersama Marrybrown

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×