Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kentang U.S. Membekal Tenaga Untuk Peserta Yayasan TM Tower Run 2019

Salam sejahtera kepada semua pembaca blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Tahniah kepada TM atas penganjuran acara besar-besaran untuk mereka yang memang suka menguji kekuatan fizikal dan mental. Yayasan TM Tower Run 2019 telah belangsung dengan meriahnya pada 10 November 2019 bertempat di Menara TM Bangsar. Selalu kita tengok orang marathon biasa jerkan berlari atas jalan tapi kali ini peserta perlu memanjat 1,296 anak tangga.

Kalau Maha naik tingkat 3 sahaja dah mengah dan juga semput hehehe inikan pula nak habiskan 54 tingkat bangunan menara keempat tertinggi di Malaysia dan menjadi lambang ikonik bangunan di Kuala Lumpur ini. Maha hari tu sempat datang event ni tapi bukan untuk lari tapi nak bagi moral support kepada peserta yang terlah Berjaya Menghabiskan Larian mereka menaiki anak tangga.


Rekod yang dicatatkan untuk acara larian ini telah dimilik oleh pelari menara Soh Wai Ching yang memang sinonim dengan acara sebegini di Malaysia. Beliau memegang rekod berjaya menghabiskan larian memanjat tangga di menara ini dalam tempoh 6.09 minit sahaja. Tahniah kepada Soh dan beliau kini memegang rekod No 1 di dunia, tetapi beliau perlu mempertahankan gelaran ini untuk tahun ini di Shanghai Tower Run tak lama lagi. Bangga rakyat Malaysia berjaya memegang rekod tersebut.



Macam mana beliau ini mengekalkan tenaga untuk lari sehebat dan secepat itu. Menurut kata Soh beliau memerlukan sejumlah besar karbohidrat untuk memberikan tahap tenaga yang tinggi. Malah, disebabkan aktiviti sukan aktif dan diet terdiri daripada karbohidrat sehingga 70%. Maka beliau memilih karbohidrat yang baik dari sumber makanan yang padat nutrien dan semulajadi untuk membantu beliau. Sebab itu beliau mengambil Kentang U.S. kerana ia mengandungi 26 gram karbohidrat, 620 Milligram Potassium, 110 Kalori untuk Tenaga, 2 gram Fiber, Vitamin C, tiada lemak, tiada natrium dan tiada kolesterol.



Sebab itu jugalah Kentang U.S. menjadi Penaja Emas acara Yayasan TM Tower Run 2019 ini. Pada hari program tersebut semua peserta dihidangkan dengan juadah istimewa daripada Kentang U.S. iaitu Creamy U.S Potatoes with Gravy dan juga U.S Purple Potatoes with Blurberry Boost Shake. Ini untuk memberi tenaga sebelum belari dan juga menambah tenaga selepas belari kepada lebih beribu peserta larian dari dalam dan luar negara. 



Kentang U.S. boleh menyediakan nutrien penting pada harga yang berpatutan. Satu hidangan kentang (5.3 auns) hanya menggunakan lebih kurang sekitar RM1.50 sahaja. Sebenarnya, kentang mempunyai nilai tertinggi setiap ringgit untuk menyediakan segala khasiat mengatasi sayur-sayuran termasuk juga karot. Jadi mungkin lepas ini boleh berganti lah dengan mengambil Kentang U.S. untuk diet makanan seimbang, sebab tu Maha suka.










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Kentang U.S. Membekal Tenaga Untuk Peserta Yayasan TM Tower Run 2019

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×