Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Manjakan Deria Rasa Dengan Set Minum Petang Dolly YumCha

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Jarang kita nak nikmati minum petang waktu berehat setelah penat seharian bekerja atau melakukan aktiviti harian. Ini masa untuk manjakan diri dengan sesuatu yang jarang kita dapat menggabungkan secawan teh panas dan pencuci mulut Dim Sum.

Ini yang Maha cuba ceritakan di sini dimana Dolly Dim Sum menyediakan set minum petang yang juga dikenali sebagai Dolly YumCha. Minum petang dalam bahasa China dipanggil YumCha sebab itu set ini diberikan nama sedemikian. Uniknya set minum petang ini didatangkan dalam sangkar rekaan exclusive berwana keemasan. Terdapat tujuh jenis  kuih muih dan dim sum yang membuat korang rasa ia sangat comel.


Sekali tengok rasa macam sayang nak makan sebab seni pastri yang menarik dan sangat sesuai untuk diabadikan dalam potret korang. Macam Maha buat bergambar dulu sebelum makan comel gilerr. Paling atas sekali adalah tiga ekor Baby Owl iaitu pastri bentuk burung atas sarang yang dibakar keperangan dengan inti didalamnya bijan hitam manis. Sekali ngap jer habis seekor burung ni hehehe.
Baby Owl


Ditingkat dua sangkar pula ada Egg Tart yang dibakar sempurna dan rasa tidak terlalu manis dan tidak terlalu berlemak. Di sebelahnya pula ada Red Velvet dengan keju krim dan pengisian karamel. Kalau korang tengok dalam promo mereka letak Macaroon itu adalah juadah bermusim. Ini pun kalau masuk dalam mulut rasa nikmat sangat walaupun saiz kecil comel molek.
 Egg Tart dan Red Velvet

Bahagian paling bawah sangkar pula ada Hedgehog yang macam rupa landak tu. Sangat cute macam rupa sebenar tapi ia adalah roti lembut warna perang keemasan dan berintikan kastard di dalamnya. Manakala yang dalam cawan tu pula ada Mango, iaitu puri mangga bersama dengan buah laici dan strawberry didalamnya dapat dirasa bila digigit. 
Hedgehog dan Mango


Selain daripada dalam sangkar ada juga beberapa juadah tambahan yang datang bersama set ini iaitu Siew Mai iaitu dumpling yang di atasnya dengan salmon roe. Juga Almond iaitu dumpling Udang Harimau segar disalut dengan serpihan Badam. Tak lengkap set minum petang ini kalau tiada miunuman satu set teh premium Oolong iaitu teh aromatik tanpa gula dan panas. Teh ini korang boleh minta mereka tambah kalau tak cukup. 
Almond 

Siew Mai

Oolong Tea


Dolly YumCha ini sesuai untuk dinikmati 2 ke 3 orang sebab tu korang nampak kuantiti semua makanan tu ada 3 ketul. Harga untuk satu set ini hanya RM125++ dan hanya boleh didapati di tiga cawangan Dolly Dim Sum iaitu Pavilion, Sunway Putra dan Sunway Pyramid dari pukul 3.00 petang hingga 5.00 petang. Set ini korang bukan sahaja boleh enjoy makan tapi juga enjoy untuk bergambar sebab comel sangat geram rasanya. Mungkin ramai yang akan jatuh cinta lepas ni kan hehehe. 

Info lanjut promosi dan menu baru layari :
Facebook : https://www.facebook.com/dollydimsum
Instagram : https://www.instagram.com/dollydimsum








This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Manjakan Deria Rasa Dengan Set Minum Petang Dolly YumCha

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×