Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ayam Bakar, Kambing Bakar Dan Daging Bakar Di Restoran Dapor Terbakor Kota Damansara

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog Makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Masa untuk makan lagi hehehe kali ni Maha nak bawa korang ke sebuah restoran bakar. Di mana kat sini korang boleh dapat pelbagai menu bakar-bakar seperti Ayam Bakar, Kambing Bakar dan juga Daging Bakar. Restoran yang Maha maksudkan adalah Restoran Dapor Terbakor yang terletak di Jalan PJU 5/20D Kota Damansara

Restoran ini adalah konsep masakan daripada Utara tanah air ada banyak lagi selain daripada bakar-bakar ni. Tapi main dish mereka sini yang ini lah. Dibakar segar dan terus di tempat yang disediakan dengan cara tradisional. Lepas tu dihidang panas-panas dan sedap kalau dinikmati dengan sos istimewa mereka. 
Set Bakar Utara (Ayam RM9, Daging RM10 dan Kambing RM14)

Kalau yang memang kaki 'Ratah' lauk hidangan ini sangat sesuai untuk makan bergitu sahaja bagi mereka. Tapi kalau Maha suka makan denga nasi baru puas hehehe. Selain itu juga kat sini ada set seafood bakar juga seperti Ikan, Udang dan Sotong. Harga bakar-bakar kat sini semua tetap mengikut set. Semua Set Bakar Utara ini dihidang bersama dengan nasi sekali ok lah tukan.
Siakap 3 Rasa - RM25

Selain daripada bakar macam Maha cakap tadi kat restoran ini ada menu seperti Set Masak 3 Rasa. Hari tu kami order Siakap 3 Rasa RM25 sahaja. Besar juga ikan ini kalau korang tengok ni boleh makan untuk empat orang kot hehehe. Dari segi rasanya sangat sedap tak terlalu pedas dan juga cukup semua tiga rasa yang kita nak itu manis, masin dan masam lengkap.
Set Butter Milk (Ayam RM9 dan Udang RM11)

Kalau yang nak lebih berlemak berkrim korang boleh order Set Butter Milk. Ada pilihan korang nak Udang Butter Milk atau juga ada Ayam Butter Milk. Tengok kuah butter yang pekat dan memikat sedapnya meleleh kalau makan dengan nasi. 
Set Tomyam Ayam
Sayur Pak Choy Masak Tiram

Melengkapi lagi makan tengah hari kami hari tu kami order pula Set Tomyam. Orang Malaysiakan suka makan nasi berkuah jadi kami order Tomyam Ayam ini sangat sesuai untuk makan kalau order sekali dengan bakar-bakar tadi. Makan nasi juga kena ada sayur kat sini korang boleh order Sayur Pak Choy Masak Tiram.
Mee Kuah Udang - RM20

Mee Kuah Gearbox - RM20

Bagi mereka yang nak kurang makan nasi boleh juga cuba Set Mee Kuah Utara. Dalam set itu ada pilihan dimana boleh order yang suka makanan laut iaitu Mee Kuah Udang manakala yang nak gearbox pun ada iaitu Mee Kuah Gearbox. Korang boleh tengok sebesar alam udang dan juga gearbox tu puas korang nak hirus sum-sum dalam gearbox tu kan. Udang pula banyak dan tidak kedekut langsung.



Mee Kuah ni sedap sebab kuahnya pekat dan juga cukup rasa orang utara punya style masakkan. Nasi kat sini ada dua jenis yang korang boleh pilih iaitu nasi putih atau nasi ada warna kuning sikit sebab ada rempah macam nasi ayam kot. Jadi korang rasa tergugat tak nak makan kat sini boleh cuba semua menu mereka ada banyak lagi tak sempat nak tulis semua. Restoran ni buka setiap hari jadi korang boleh datang cuba bila-bila masa untuk makan tengahari atau makan malam. Selamat mencuba dan menjamu selera ok semua.

Info lanjut tentang restoran Dapor Terbakor layari :
Facebook: https://www.facebook.com/daporterbakorkd
Instagram : https://www.instagram.com/dapor_terbakor

Ranking Mahamahu :-
Kebersihan : 4/5
Kesedapan : 4/5
Harga : 4/5










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Ayam Bakar, Kambing Bakar Dan Daging Bakar Di Restoran Dapor Terbakor Kota Damansara

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×