Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Food Carnival Di LuLu Hypermarket & Department Store Tawar Potongan Sehingga 70%

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Maha nak share ngan korang satu tips yang berguna kalau nak shopping kat LuLu Hypermarket & Deparment Store. Pastikan korang datang atau beli time mereka buat promosi kerana pada waktu itu harga barang memang sangat murah. 

Macam sekarang ni mereka tengah mengadakan promoi 'Food Carnival' yang telah bermula dari 19 Julai hingga 31 Julai 2019. Kalau time promosi macam ni memang korang boleh bandingkan harga yang jual kat pasaraya biasa dan juga kat sini jauh berbeza. Itu yang selalu Maha amalkan bole beli belah kat pasaraya yang begitu popular kat Timur Tengah ni. 



Baru-baru ini Maha ada pergi time pembukaan cawangan baru pasaraya LuLu Hypermarket 1 Shamelin Mall. Time tu memang dah murah sebab untuk meraikan pembeli sempena cawangan baru. Tak sampai beberapa hari jer mereka buat lagi promosi karnival makanan ini. Kalau korang datang ker pasaraya ini nampak sahaja logo karnival kat mana-mana item atau barang yang terlibat memang harganya dijamin murah.




Food Carnival ini telah dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan pada tarikh 19 Julai 2019 baru-baru ini. Pada majlis tersebut juga telah diadakan acara pemotongan Giant Cake tanda simbolik perasmian. Manakala pada tanggal 31 Julai 2019 nanti pula akan diadakan acara memotong Big Pizza di cawangan LuLu Hypermarket Capsquare tanda penutupan kenival ini.







So sepanjang 13 hari karnival ini berlangsung, korang boleh nikmati tawaran hebat untuk pelbagai produk ready-to-eat dan makanan yang berkaitan dengan promosi. Korang juga boleh pergi bahagian Hot Food dimana ada banyak jenis makanan disediakan untuk dinikmati seperti masakan tempatan, masakan Arab, masakan India, masakan Oriental serta pencuci mulut yang lazat, cookies dan jus.





Korang boleh rujuk jadual makanan yang disediakan ini untuk nikmati makanan berbeza setiap minggu.
9 - 21 Julai 2019   - Jus & Salad
22 - 24 Julai 2019 - Briyani
25 - 27 Julai 2019 - Shawarma & Pizza
28 - 29 Julai 2019 - Beras & Mie
30 - 31 Julai 2019 - Grill & Kebab 

Selain daripada bahagian masakan panas, ada juga produk kat bahagian keperluan dapur yang tersenarai dalam promosi ini. Pentingnya korang kena tengok ada jer logo Food Carnival ni harga barang tu mesti adaa diskaun giler-giler. Antara barang yang Maha tengok dan sempat beli hari tu seperti produk Maggi, Milo, Corn Flake, coklat, produk sejuk beku, roti, susu, dan banyak lagi lagi nak senarai satu-satu memang penuh kat sini.







Ada juga barang kat bahagian peralatan dapur dan elektrik serta elektronik yang tersenarai dalam promosi ini juga. Paling Maha terkejut adalah produk elektrik AirFryer jenama Philips sangat murah yer hanya RM389 sahaja. Banyak lagi lah barang dapur seperti periuk, pinggan mangkuk, tv, oven juga termasuk dalam promosi ini. 




Semua item yang tersenarai dalam promosi karnival kali ini ada potongan sehingga 70% jadi memang ia dijamin termurah yang pernah korang jumpa. So tinggal beberapa hari sahaja lagi ni sebelum promosi ni tamat korang kena cepat rebut harga runtuh kat LuLu Hypermarket ini. Nanti lepas ni mereka akan buat promosi lain lak item lain lak yang terlibat. 



Bagi merancakkan lagi karnival ini LuLu juga menganjurkan beberapa aktiviti untuk pelanggannya yang datang beli-belah kat sini. Macam hari tu ada masa Maha datang ada pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan Briyani, pertandingan Resipi memasak, pertandingan hiasan Kek dan banyak lagi. Korang juga boleh join semua aktiviti itu selain daripada datang membeli belah sahaja.


Pada tahun ini Lulu menganjurkan Peraduan Dream Drive yang bermula dari 1 Mei hingga 1 September 2019 ini. Tahun ni hadiah lagi hebat iaitu merupakan 2 buah Proton X70 sebagai Hadiah Utama bersama-sama dengan hadiah yang lebih menarik seperti Apple iPhone 7+, TV LED UHD dan Baucar Hadiah LuLu.






Apa yang perlu korang buat untuk layak sertai peraduan ini adalah dengan berbelanja di LuLu Hypermarket sebanyak RM75 dan ke atas dalam satu resit tunggal semasa tempoh peraduan. Kemudian pergi kaunter utama dan dapatkan kupon cabutan bertuah. Lepas tu isikan maklumat lengkap dan masukkan ke dalam kotak undian sangat mudahkan. Dah lah beli sekarang ni dengan harga murah pastu boleh masuk peraduan lagi menang hadiah. 

Masa Maha pergi beli barang hari tu kat sini memang boleh penuh satu troli. Sebab harga sangat berpatutan bila Maha compare dengan kat luar sana. Rasa macam nak pergi lagi minggu ni sapa nak pergi shopping jom kita beli-belah di LuLu Hypermarket & Department Store ni. Semoga beli-belah korang penuh kegembiraan dan si suami senym lebar jer nak bayar hehehe. Selamat beli-belah semua.

Nak tahu item yang terlibat dan harga barang tersebut korang boleh layari di sini :
Laman Web : http://www.luluhypermarket.com/MY/all
Facebook : https://www.facebook.com/LuLuHypermarketKL
Instagram : https://www.instagram.com/luluhypermy










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Food Carnival Di LuLu Hypermarket & Department Store Tawar Potongan Sehingga 70%

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×