Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

The Venue Shah Alam Dengan Tema Colours Of Ramadhan Harga RM55

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kali ini Maha bawakan kepada korang satu lagi lokasi untuk berbuka puasa khas kepada warga Shah Alam dan yang berhampiran denganya. Tempat yang Maha maksudkan adalah The Venue yang terletak di Tiong Nam Industrial Park, Seksyen 15 Shah Alam. Tahun-tahun sebelum ni Maha pernah pergi buka puasa kat sini.

Ini adalah tahun ketiga Tak Silap Maha mereka membuka dewan untuk majlis perkahwinan ini kepada bufet Ramadan. Tema kali ini lebih menarik iaitu "Colours Of Ramadhan" yang membawa pengertian warna-warni makanan dan juga hiasan yang ada dalam dewan tu. Sebab apa yang Maha nampak semasa pergi makan preview hari tu memang banyak sangat makanan serta dewan diterangi dengan lampu chandelier.




Suasana sangat luas dan selesa untuk korang berbuka puasa bersama dengan ahli keluarga atau nak bawa rakan-rakan. Kalau dah dewan perkahwinan mesti dalam ni boleh muat lebih kurang tak silap Maha 1000 orang untuk satu-satu masa. Kemudahan kat sini juga lengkap seperti parking percuma dan banyak kemudian ruang untuk solat serta keseluruhan diselubungi aircornd jadi tak risau akan sesak dan ketidak selesaan pelanggan. 




Dari segi makanan pula tahun ini mereka membawa kelainan dengan mengetengahkan Kambing Golek dengan variasi nasi seperti Nasi Briyani Bukhara, Nasi Arab, Nasi Tomato dan Nasi Minyak. Semua ini Maha suka makan sebab kambing yang lembut dan rasa perapannya serta orang yang tak suka kambing boleh makan lah tak ada bau kambing tu.






Selain itu juga lauk pauk masakan Melayu yang cukup popular ada dalam bufet ini seperti Ayam Cili Padi, Rendang Ayam, Ayam Percik, Ayam Masala, Kurma Ayam, Kari Ayam, Ayam Berlado, Ayam Kerutuk, Daging Gulai Kawoh, Daging Briyani, Daging Masak Lemak Cili Padi, Daging Masak Lada Hitam, Daging Kam Heong, Daging Baghdad dan Daging Dendeng.





Kalau yang suka makan makanan laut boleh try mereka ada sediakan pelbagai jenis makanan laut celup-celup seperti ada Kepah, Udang, Lala, Siput Buluh serta ada pelbagai jenis cucuk-cucuk steamboat. Lain daripada tempat buka puasa yang Maha pernah cuba sebelum ini ada sekali dengan sos mereka.




Bahagian lain yang turut ada dalam bufet ini macam biasa pencuci mulut tradisional seperti Roti Jala, Kuih Koci, Kuih Keria, Popiah Pedas dan juga ada buah-buahan yang segar seperti Pisang, Limau, Nangka dan paling penting kena ada Buah Kurma. Macam biasa kalau makan bufet ni memang kita semua nak ambil tapi peringatan ambil berpada-pada dan ingat pada orang lain juga bayar sama macam kita. Jangan membazir kerana bulan mulia tak elok kita membazir.





Harga pula sangat tak masuk akal bagi Maha memang murah giler.

RM55.00 untuk dewasa
RM30.00 untuk kanak-kanak (7-12 Tahun)
*Bawah 7 tahun percuma

Bufet Ramadan kat The Venue Shah Alam ini akan bermula pada 6 Mei hingga 1 Jun 2019 dari pukul 6.30 petang hingga 10.30 malam. Jadi sepanjang bulan puasa ni korang juga akan dihiburkan dengan persembahan dari live band. Korang dan boleh terus booking sekarang takut nanti penuh dengan harga murah dan makanan banyak ni tak mustahil mesti ramai orang akan nak cuba punya. 

Tempahan dan sebarang pertanyaan hubungi :-
Tel : 019-8585 825
Facebook : https://www.facebook.com/thevenueshahalam
Instagram : https://www.instagram.com/thevenueshahalam










This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

The Venue Shah Alam Dengan Tema Colours Of Ramadhan Harga RM55

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×