Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Resepi Mango Lassi Daripada Yeo's Yeogurt Baik Untuk Perut Dan Penghadaman

Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Lama sebenarnya tak membuat resipi special ini selalu masak yang biasa-biasa jer untuk makan sendiri tapi kali ni nak buatlah satu resipi khas menggunakan produk daripada Yeo's Yeogurt. Produk minuman segar lagi sihat untuk dinikmati setiap hari. 


Maha ni bukan lah pecinta Minuman Yogurt Ini sebab mungkin mind set yang memikirkan bahawa yogurt ini masam dan tak sesuai untuk perut. Tapi semuanya berubah selepas satu hari tu Maha makan terlalu banyak makanan pedas dan menjadikan perut meragam rasa memulas dan tidak selesa. Jadi baca kat dalam google ni bahawa minuman yogurt dapat melegakan dan mengurankan radang dalam perut.


Trylah minum minuman Yeo's Yeogurt ni sebab selalu nampak jual kat kedai-kedai dan juga ada banyak perisa. So bila dah minum tu rasa perut memang ok selepas tu rasa mudah untuk membuang air besar. Apa yang Maha baca minuman ini diperkayakan dengan susu dan asid laktik di mana ia baik untuk sistem penghadaman badan. Jadi sejak itulah minuman yogurt ini menjadi minuman wajib kena ada dalam peti. 


Bestnya masa beli minuman Yeo's ini Maha letak kat luar tak masukan dalam peti sejuk sebab tak ingat. Jadi lepas seharian letak kat atas meja minuman yogurt ini masih elok dan segar boleh lagi diminum. Jadi tak perlu risau kalau letak luar atau dalam peti sejuk mana-mana pun boleh. Tapi jangan jemur kat panas matahari tidak elok. Sejak tu lah Maha mengamalkan minuman sihat Yeo's dan ia sesuai untuk semua peringkat masyarakat yang semakin menitikberatkan gaya hidup yang sihat.



Tapi kalau hari-hari minum secara biasa pun agak bosan jadi sebab tu lah terjadinya resipi kali ini yang Maha cuba dari perkongsiang kat youtube. So nak kongsi ngan korang resipi mudah ringkas dan menyegarkan daripada produk minuman yogurt ini. Maha namakan Yeo's Yeogurt Mango Lassi. Bahan pun tak banyak boleh dapat kar pasaraya jer. 


Bahan-bahan resipi Yeo's Yeogurt Mango Lassi :-

1 biji Mangga Susu (potong dadu dan bekukan)
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Asli
1/2 cawan Yeo's Yeogurt Mangga
1 camca besar Susu Pekat
1/2 biji Jus Lemon
1/2 biji isi Mangga masak (potong dadu)

Korang tengok tak banyak pun bahan yang Maha gunakan dalam resipi ini tapi rasa mengancam sedap. Korang kena tonton video cara-cara nak membuat resipi ini sangat mudah tak lama pun main campak jer.


Mudah bukan sekejap jer nak buat tapi yang penting isi mangga tu korang bekukan dalu dalam peti sejuk seharian. Tapi kalau korang nak gunakan ais kuib pun boleh kalau korang ada mesin pengisar buah. Maha suka gunakan buah yang dibekukan kerana ia mengekalkan khasiat dalam buat tu. Rasa macam ni hari-hari boleh minum yogurt bagi sihat.


Yeo's Yeogurt ini ada banyak perisa lain kat pasaran korang boleh cuba perisa Anggur, Oren, Laici dan Epal Hijau. Banyak semua boleh jadikan minuman yang korang suka ikut citarasa. Jadi harap dapat cuba resipi mudah ini. Nanti kongsi komen dan pengalaman korang minum minuman ini ok. Selamat mencuba semua.









This post first appeared on Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang, please read the originial post: here

Share the post

Resepi Mango Lassi Daripada Yeo's Yeogurt Baik Untuk Perut Dan Penghadaman

×

Subscribe to Masih Mencari Restoran Best Di Sekitar Sungei Wang

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×