Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Selamat Tahun Baru 2016

Homestay Tawau


Selamat Tahun Baru 2016 kepada semua pelanggan-pelanggan J3 Homestay Tawau. Ini merupakan post pertama Kami di tahun 2016. Di kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyewa homestay dengan kami di sepanjang tahun 2015. Mohon maaf atas segala salah dan silap dan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan yang diberi. Percayalah, sokongan anda semua menjadi inspirasi kepada kami di J3 Homestay Tawau untuk membuat yang lebih baik pada tahun ini.

Berdasarkan sambutan yang amat menggalakkan pada tahun lepas, tahun ini kami mengambil keputusan untuk menambahkan lagi bilangan homestay kami. Di tahun lepas kami melihat sendiri begitu ramainya bakal penyewa homestay yang terpaksa kami tolak akibat daripada permintaan yang begitu tinggi. Tahun ini kami mengambil keputusan untuk tidak membenarkan perkara seperti itu berlaku lagi. Homestay yang bakal kami tambah dalam senarai homestay kami merupakan sebuah homestay 3 bilik yang lengkap 100%. Harga sewa dijamin yang paling rendah di seluruh Tawau.

Di tahun 2015 ada beberapa penambahbaikan yang telah kami lakukan kami memudahkan semua pelanggan J3 Homestay membuat tempahan. Antaranya, kami memperkenalkan sistem booking online dan juga sistem mobile booking. Di mana para pelanggan hanya perlu mengisi butiran di borang tempahan online bagi membuat tempahan homestay pada tarikh yang diingini. Pada tahun ini mungkin akan ada lagi inovasi yang kami akan lakukan. Tapi semuanya masih dalam peringkat perancangan dan akan kami umumkan secara berperingkat.

Apa yang pasti, tahun 2015 merupakan tahun yang hebat untuk J3 Homestay Tawau. Apa pun, kami tetap mengharapkan sokongan yang padu dari anda semua bagi tahun ini untuk membolehkan kami meneruskan usaha kami dalam memberikan perkhidmatan homestay bajet yang paling murah di daerah Tawau. Akhir kata, terima kasih atas sokongan yang diberikan pada tahun 2015 dan semoga anda semua dimurahkan rezeki.



Tempah Homestay Anda Sekarang
Online Booking: J3 Homestay Online Booking Form
H/P: 013-5499-359 (sms/whatsapp)
E-mail : [email protected]
FB: https://www.facebook.com/j3homestaytawau
Twitter: www.twitter.com/homestaytawau
Instagram: @j3_homestaytawau


This post first appeared on J3 Homestay Tawau, please read the originial post: here

Share the post

Selamat Tahun Baru 2016

×

Subscribe to J3 Homestay Tawau

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×