Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tempat Mustajab Doa Di Dalam Masjidil Haram

Apabila kita sudah berada di dalam masjidil haram,maka eloklah kita mengetahui Tempat-tempat doa yang mustajab berdoa.Tempat-tempat ini memiliki keberkatan yang berganda-ganda hingga jika berdoa nescaya Allah makbulkan.Itu adalah sebahagian daripada keberkatan dan kelebihan yang Allah kurniakan kepada tanah haram lebih-lebih lagi didepan kaabah iaitu kiblat umat islam.

Jika membicarakan perihal kaabah,eloklah sedikit kita mengetahui bahawa umat islam tidak menyembah kaabah,akan tetapi umat islam menjadikan kaabah sebagai kiblat.Tidak ada apa pun yang ada didalam kaabah selain beberapa perkakas wangian.Namun,doa yang kita pohonkan itu adalah kepada Allah s.w.t.Tujuan kaabah dibina agar umat manusia tidak perlu bersolat menghadap arah yang berbeza-beza,sebaliknya hadapkanlah pada satu arah disamping itu,hikmah dapat menyatukan umat islam terjalin rapat antara satu sama lain,itulah ukhwah dari arah berlainan,menuju satu arah yang sama.


Tempat Mustajab Doa



  • Multazam 



Multazam adalah sebuah tempat atau jarak antara sudut diantara Hajar Aswad dan Pintu Kaabah. Tempat ini diyakini oleh semua ulama sebagai tempat yang paling mustajab untuk berdoa di sekitar Ka'bah. Hal ini didasari dengan sebuah hadits riwayat sahabat Abdullah Bin Abbas, Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda: "Multazam adalah tempat dikabulkannya do'a. Tak ada satu pun do'a seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan" (HR. Ahmad)

Dalam riwayat lain pula menerangkan Multazam merupakan bahagian dinding yang terletak antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah yang memiliki panjang sekitar 2 meter.

Dari Ibnu Abbas r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Multazam adalah tempat dikabulkannya doa. Tidak ada satu pun doa seorang hamba di Multazam kecuali akan dikabulkan.” (HR. Ahmad dalam Musnad Imam Ahmad Jilid V, hal. 347).

Seterusnya adalah:


  • Rukun Yamani dan Hajar Aswad


Rukun adalah sendi atau tiang, iakni 4 sudut Kaabah yang diberi nama Rukun Aswad, Rukun Iraqi, Rukun Syami, dan Rukun Yamani. Rukun Aswad dikenal dengan Hajar Aswad merupakan posisi “batu hitam” yang menurut sebahagian riwayat adalah batu dari yang menggantung setinggi 1.5 meter dari atas tanah. Saat Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s mendapat perintah dari Allah untuk meninggikan struktur Kaabah, Hajar Aswad dijadikan salah satu strukturnya.


وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim bersama-sama Nabi Ismail meninggikan binaan asas-asas (tapak) Baitullah (Kaabah) itu, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;(Al-Baqarah 2:127)

Hajar Aswad adalah posisi permulaan bagi jemaah haji untuk melakukan tawaf.Keistimewaannya, berdoa di hajar aswad sangat mustajab.Sunat mencium batu hitam tersebut.


  • Hijir Ismail 


Hijir ismail sebuah tempat yang terletak di sebelah utara Kaabah.Tempat ini juga tidak kurang ramainya dengan Multazam,tempat ini adalah tempat pilihan yang utama setelah Multazam dan rukun yamani dan hajar aswad.Tempat ini selalu penuh sesak dengan jemaah yang ingin solat dan berdoa disana.

Dulunya, Hijir Ismail memang masih termasuk bahagian dari Kaabah. Solat di Hijir Ismail sama saja dengan anda solat di dalam Kaabah.


  • Belakang Maqam Ibrahim


Tempat yang paling mustajab selanjutnya adalah di belakang Maqam Ibrahim. Biasanya setelah melaksanakan tawaf tujuh kali pusingan,para jemaah haji dan umrah akan melakukan solat dan berdoa di belakang Maqam Ibrahim ini.

Dalam kitab Qadhaya fi al Hajj wa al Umrah, Dr. Abla Muhamad Al Kahlawi mengatakan bahawa "di antara fadhilat Maqam Ibrahim adalah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan di tempat tersebut".

Iaitu batu yang tercetak pijakan kaki Nabi Ibrahim saat beliau akan membangun Kaabah. Diriwayatkan, batu tersebut dapat naik dan turun sendiri sesuai kemahuan Nabi Ibrahim saat melakukan pemasangan batu untuk dinding kaabah.Ibnu Abbas menyebutkan: “tidak ada sesuatupun di dunia ini yang berasal dari syurga, kecuali Hajar Aswad dan maqam Ibrahim.”Kini batu tersebut disimpan dalam bangunan kristal berkerangka besi dan tertutup kaca tebal. Di sekitar maqam ibrahim ini orang melakukan solat sunnah apabila telah selesai tawaf.

Keistimewaan maqam ini di sebutkan Allah dalam Al Baqarah: 125


وَإِذْ جَعَلْنَا الْبَيْتَ مَثَابَةً لِلنَّاسِ وَأَمْنًا وَاتَّخِذُوا مِنْ مَقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

“Dan (ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman): "Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf (yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".(Al-Baqarah 2:125).


Kemudian dalam kitab Qadhaya al Mar’ah fi al Hajj wa al Umrah, Dr. ‘Ablah Muhammad al Kahlawi menuliskan bahawa “di antara keutamaan Maqam Ibrahim ialah dikabulkannya setiap doa yang dipanjatkan disana”.



  • Shafa dan Marwah



Kisah Siti Hajar yang mencari air untuk anaknya, ismail as, menjadi dasar bagi ibadah sa’i dalam Ibadah Haji dan Umrah. Bukit Shafa dan Marwah sudah termasuk bangunan Masjidil Haram.Namun hukum kesuciannya tetap berlaku “terpisah” , bahawa lokasi tersebut adalah lokasi di luar masjid. Sehingga muslimah yang sedang haid boleh melakukan sa’i.

Diriwayatkan dari Jabir dari Abdullah bahwa Rasulullah saw pergi menuju Shafa hingga melihat Ka’bah, lalu mengucapkan kalimat tauhid, tahmid, dan takbir sebanyak tiga kali, kemudian berdoa sesuai dengan apa yang beliau kehendaki. (HR. An Nasa’i dalam Kitab Manasik al Hajj, Jilid V, hal. 241)

Begitulah 5 tempat mustajab di dalam masjidil haram.Cuma mengenai maqam Ibrahim tersebut adalah foto menunjukan tempat yang asli kedudukan maqam Ibrahim.



    Jika sesiapa yang dapat kesempatan (tanpa ada halangan) berdoa disitu,lakukanlah,jika tidak berkesempatan kerana ramainya jemaah yang turut berdoa ditempat-tempat itu,pilihlah waktu-waktu yang lain yang tidak ramai jemaah sebaiknya fokus kepada ibadah yang diniatkan dan tidak mengeluh.

    Sebenarnya terdapat tempat lain juga yang mustajab doa di dalam masjidil haram cuma tidak saya tuliskan disini,inn syaAllah di ruangan yang lain.

    Allahualam.


    This post first appeared on My Travel News, please read the originial post: here

    Share the post

    Tempat Mustajab Doa Di Dalam Masjidil Haram

    ×

    Subscribe to My Travel News

    Get updates delivered right to your inbox!

    Thank you for your subscription

    ×