Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Panduna Solat Dalam Kapal Terbang

Solat fardhu perlu dilaksanakan apabila masuknya waktu.Bagaimanakah pula Solat ketika dalam musafir atau dalam perjalanan ketika didalam kapal terbang ? 

SOALAN BERKAITAN CARA SOLAT SEMASA DALAM PENERBANGAN :

Bagaimanakah cara solat yang perlu dipraktikkan oleh seseorang yang berada di dalam kapal terbang, sedangkan dia akan melalui satu perjalanan yang jauh (musafir) tanpa henti. Bagaimana sekiranya waktu solat itu adalah waktu solat yang tidak boleh dijamak seperti Solat Subuh?”

• Solat yang lebih aula ialah bersambung dengan bumi. Bagi Mazhab Maliki tidak boleh kerana berada di udara (tidak bersambung dengan bumi), tetapi pendapat jumhur (Imam-imam selain Maliki) mengharuskan solat di dalam kapal terbang.

• Praktikal:

Bersuci atau berwuduk. kalau tiada air bertayammum.
Memeriksa arah kiblat – kebanyakan pilot tahu sebelah mana arah kiblat. Kebanyakan pesawat sekarang ada penunjuk arah kiblat.
Mengetahui waktu untuk solat qasar atau jamak.
Sekiranya tidak mampu berdiri kerana pening atau gayat boleh duduk.

• Antara rukun-rukun solat yang berkaitan dengan isu ini ialah berdiri dan Mengadap Kiblat. Tidak dapat tidak, mesti mengadap kiblat dan berdiri kecuali ada keuzuran. Jika semasa dalam flight kita menunaikan solat sunat, tidak ada masalah mengadap kiblat atau pun tidak.Tetapi untuk menunaikan solat fardhu mengadap kiblat adalah wajib. Jika kita tidak tahu arah kiblat atau tiada alatan yang menunjukkan arah kiblat di dalam pesawat tersebut maka wajib bagi kita bertanya anak-anak kapal (pramugara atau pramugari)

• Waktu solat subuh – bila terbit fajar, bermakna untuk mengenal pasti waktu solat hendaklah dilihat pada cermin tingkap pesawat. selagi tidak kelihatan selagi itu waktu solat belum masuk walaupun panjang masanya berada dlm pesawat. jika takut luput waktu solat sebelum sampai ke destinasi, diharuskan solat hormat waktu tapi mesti diulang kembali solat subuh tersebut bila sampai di destinasi.


Bagaimana pula sekiranya waktu solat tersebut boleh dijama’ dan penerbangannya akan berhenti (transit) seketika di mana-mana destinasi?”

• Jika kita merasa masa musafir kita mengambil masa yang lama sebagai contoh, 13 jam,  boleh jadi satu solat akan terlepas. Jadi pada masa itu dibolehkan kita jamak solat kita walaupun kita belum memulakan musafir. Tapi ingat Jamak sahaja (menghimpunkan 2 waktu solat dalam satu waktu), tidak boleh qasar (memendekkan rakaat solat daripada 4 rakaat kepada 2 rakaat). Sebaiknya kita keluar dulu sedikit daripada rumah sebelum melakukan solat jamak. Ini berdasarkan dalil dari Surah An-Nisa, ayat 101 yang bermakud, “Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang”

• Ini adalah kerana syarat untuk jamak solat tidak sama dengan syarat qasar solat. Syarat untuk qasar mestilah pemusafiran itu melebihi 2 marhalah (90 km), manakala syarat untuk jamak tidak semestinya berlaku musafir. Sebagai contoh, jika seorang doktor yang membedah pesakit mengambil masa yang lama mereka boleh menjamakkan solat.


Apakah yang di maksudkan dengan ‘Solat Hormat Waktu?”


• Soalan No.3 dan No.4 ini lebih kurang sahaja isunya dan ada kaitan juga dengan soalan No.1 di atas. Jawapan ini dipetik daripada buku ANDA BERTANYA; USTAZ AZHAR IDRUS MENJAWAB BERKENAAN MASALAH SEMASA,hlm 29 dan soalannya berbunyi:

Saya dalam perjalanan pulang ke Malaysia dari Belgium. ketika berada dalam pesawat, waktu subuh sudah masuk. Bimbang tidak sempat bersolat apabila kapal terbang mendarat, saya bersolat di atas kapal terbang. Apabila mendarat, saya dapati waktu solat masih berbaki. menurut seorang rakan, saya perlu bersolat semula kerana solat yang saya lakukan sebelum ini adalah solat bagi menghormati waktu. apakah solat subuh yang saya lakukan di atas kapal terbang sah? apa pula yang dimaksudkan dengan solat menghormati waktu?

Jawapan : Sekiranya saudara bersolat di dalam kapal terbang dengan cukup rukun syarat yang ditetapkan bagi solat di dalam kapal terbang, maka tidak wajib mengulanginya selepas mendarat walau pun waktu solat masih ada.

Sememangnya wujud istilah solat menghormati waktu sebagaimana yang disebut oleh sarjana-sarjana fikah dalam kitab-kitab yang muktabar. Solat menghormati waktu ialah solat yang dikerjakan dengan kurang syarat-syarat sah solat seperti seperti solat dalam kapal terbang ketika tidak mempunyai wuduk atau tidak mengadap kiblat dan sebagainya. Namun apabila mendarat wajib diulangi semula solat tersebut.

Oleh itu, sekiranya saudara bersolat di dalam kapal terbang dalam keadaan tidak berwuduk (atau tidak cukup syarat-syarat sah solat), wajib diulangi semula selepas mendarat.

”Sekiranya sesorang itu dalam keadan berhadas kecil (tiada wudhu’), apakah yang perlu dilakukan untuk membolehkannya solat?”

• Berusaha mencari air untuk berwuduk. Jika tidak ada air, maka hendaklah bertayamum. Jika semuanya tidak ada, maka hendaklah menunaikan juga solat fardhu itu tanpa wuduk. Bukan solat biasa tapi solat hormat waktu.

• Berwuduk juga antara syarat sah solat

Syarat sah solat :
Suci daripada hadas kecil dan besar
Mengadap kiblat
Masuk waktu
Suci badan, pakaian dan tempat sujud
Menutup aurat
**Jika berada di dalam pesawat dan takut luput waktu solat, diharuskan solat tanpa wuduk tapi mesti diulang kembali solat tersebut apabila tiba di destinasi.

”Adakah solat yang dilakukan semasa dalam perjalanan/penerbangan di atas kapal terbang tadi perlu di qadha’ balik?”

•  Ya. Perlu qadha’  jika tidak cukup syarat sah solat.


TAMBAHAN : Masalah Mengadap Kiblat

Almarhum Alim Al-A’llamah Al-Fadhilatul Syeikh A’tiyah Saqor (Mantan Ketua Majlis Fatwa Universiti Azhar) menulis dalam kitab beliau Mausu’ah Ahsanil Kalam Fil Fatawa Wal Ahkam:

Sebagaimana diketahui umum bahawa mengadap kiblat itu adalah antara syarat sah solat, bermakna solat tanpa mengadap kiblat solat tersebut tidak sah. Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, ayat 144 :

Maksudnya: Maka Kami benarkan Engkau berpaling mengadap kiblat Yang Engkau sukai. oleh itu palingkanlah mukamu ke arah Masjid Al-Haraam (tempat letaknya Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya. dan Sesungguhnya orang-orang (Yahudi dan Nasrani) Yang telah diberikan kitab, mereka mengetahui Bahawa perkara (berkiblat ke Kaabah) itu adalah perintah Yang benar dari Tuhan mereka; dan Allah tidak sekali-kali lalai akan apa Yang mereka lakukan.

Solat Fardhu – wajib mengadap kiblat samada waktu musafir atau waktu tidak musafir.

Solat Sunat – Jika dalam musafir dibolehkan mengikut mana-mana arah jika ada masalah untuk mengadap kiblat. Jika tidak musafir mengadap kiblat adalah wajib.


عن عامر بن ربيعة قال: “رأيت رسول  الله يصلى على راحلته حيث توجهت به. وزاد البخارى: يومئ 
Maksudnya: Dari Amir bin Rabiah radhiyallahu ‘anhu berkata,”Aku melihat Rasulullah saw solat di atas untanya dengan menghadap kemana pun arah untanya. Imam Bukhari menambahkan : “Beliau membungkuk (saat rukuk dan sujud)”

Perlu diketahui,  hadis di atas ini bukan untuk solat fardhu kerana Nabi saw tak pernah solat fardhu kecuali mengadap kiblat. Arah unta Baginda saw pada ketika itu mengadap ke arah Madinah bukan ke arah Mekah (Ka’abah). Bermaksud solat sunat yang baginda tunaikan itu mengadap Madinah dan membelakangi Mekkah (Kaabah).  Hadis di atas juga merujuk kepada binatang tunggangan bukan kenderaan moden hari ini.

Jika bermusafir dengan menaiki kapal terbang, keretapi, feri, kapal selam – wajib mengadap kiblat selagi mampu dan tidak boleh mengadap selain arah kiblat. Jika sedang solat mengadap arah kiblat dan pada ketika itu kenderaan yang kita naiki itu berpusing ke arah lain (bukan arah kiblat) wajib kita memusingkan badan kita mengadap arah kiblat sekadar yang mampu/boleh. Jika sempurna syarat sah solat tak perlu ulang balik solat tersebut.

Jika bermusafir dengan kereta – solat dalam kereta susah untuk melakukan rukuk dan sujud maka solatlah di luar kereta sekiranya aman, tiada gangguan dan ancaman bahaya. Menjadi haram hukumnya solat di dalam kereta pada ketika itu jika tiada kebimbangan tersebut dan tiada sebarang masalah. Sekiranya sempurna syarat sah solat, maka  tidak perlu ulang semula solat tersebut.

Allahualam.

Artikel dari http://zaqaziq.perubatan.org/v1/2012/09/ahlan-adab-bermusafir-dan-panduan-solat-dalam-pesawat/


This post first appeared on My Travel News, please read the originial post: here

Share the post

Panduna Solat Dalam Kapal Terbang

×

Subscribe to My Travel News

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×