Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jenis dan Waktu Urusniaga Di Pejabat Pos Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam

 Jika dahulu penulis hanya memegang pegangan retorik dalam minda bahawa Pejabat Pos merupakan tempat membeli setem, menghantar surat dan parcel.

Pejabat Pos Aeon Bukit Rimau

Dengan perkembangan dunia sekarang mana mana memerlukan kaunter yang lebih 'multitasking', termasuklah juga Pejabat pos yang kini merupakan salah satu pusat hentian terbaik untuk sebarang urusan.


Pejabat Pos Kota Kemuning di dalam Aeon Bukit Rimau misalnya, menyediakan pelbagai jenis kemudahan urusan selain daripada urusan penghantaran surat/dokumen/parcel semata-mata.

Di Pejabat Post Kota Kemuning ini juga ada menyediakan urusan seperti;

Kaunter Pejabat Pos


Kaedah Penghantaran

Perkhidmatan pos dan kurier

Setem dan alat tulis

Perkhidmatan Kewangan

Perbankan Peribadi

Amanah Saham

Insurans

Pemindahan Wang

Bil dan Bayaran

Utiliti

Kerajaan

Pembaharuan Cukai Jalan

Jenis Urusan Di Pejabat Pos


Lokasi Pejabat Pos

Lot F1.01 & F1.02, 

1st Floor Aeon Big Bukit Rimau, 

Jalan Sungai Burung 32/68, Seksyen 32, 

40460 Shah Alam, Selangor

Waktu Urusniaga dan Operasi

10 pagi sehingga 6 petang dan dibuka setiap hari dari Isnin sehingga Ahad.

Pengalaman Berurusan Dengan Pejabat Pos Bukit Rimau

Pengalaman penulis sendiri pernah memperbaharui cukai jalan motosikal dan kereta penulis.

Anda perlu membawa salinan geran kenderaan dan jika anda sudah membayar insurans, hanya bawa kad pengenalan sahaja.

Urusan berkenaan Amanah Saham Bumiputera juga boleh dilakukan di sini, seperti pengeluaran atau kemaskini.

Tempat kemudahan sebegini amat terbaik untuk mereka yang sibuk dan kurang masa untuk membuat bayaran bil atau pembaharuan lesen kenderaan.

Ketika waktu makan tengah hari dan selepas balik kerja apalagi dibuka pada hari minggu memudahkan pengguna.

Anda fikir anda tahu Jenis dan Waktu Urusniaga Di Pejabat Pos Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Jenis dan Waktu Urusniaga Di Pejabat Pos Aeon Big Bukit Rimau Shah Alam

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×