Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Senarai Jersi Home, Away, 3rd Kit Pasukan Liga Malaysia 2021

"Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021"

Bermulanya musim baharu kebiasaannya apa yang berubah pada pasukan bolasepak adalah jadual perlawanan baharu.

Senarai Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021
Senarai Jersi Pasukan Liga Malaysia 2021

Jika ada pasukan yang aktif ketika perpindahan pra musim maka muka muka baharu akan ditampilkan.


Namun, bagi tahun 2021, majoriti pasukan bolasepak liga Malaysia memperkenalkan jersi pasukan yang baharu.

Perisai Keramat Pasukan Masing Masing

Jersi pasukan boleh dianggap sebagai perisai kepada jati diri sesebuah pasukan bola sepak. Dengan logo pasukan dibahagian kiri yang melambangkan dekatnya pasukan di jantung (hati bagi istilah Malaysia).

Rekabentuk dan Susun atur Jersi Bermakna

Dengan rekabentuk dan susun atur dengan Warna tema pasukan masing-masing, semangat dan aura timbul secara semulajadi tidak kira untuk pemain, pasukan dan juga penyokong pasukan.

Senarai Jersi Musim Baharu 2021 Pasukan Liga Malaysia

Bagi musim 2021 beberapa pasukan telah merasmikan jersi Home, Away dan 3rd Kit Jersey masing-masing.

Jom kita lihat jersi pasukan kegemaran anda untuk musim 2021.

1. Selangor FC

Pada awalnya, Selangor FC telah melancarkan jersi home mereka dengan mengambil tema jersi yang pernah di pakai oleh lagenda bolasepak Malaysia, allahyarham Mokhtar Dahari.

Dengan warna kuning dan merah menjadi kombinasi warna.

Kehadiran warna hijau tidak menghilangkan tema merah-kuning.

Jersi buatan dari JOMA dengan warna biru hitam (blue black). Memang menarik warna ini kombinasi gelap dan cerah. Warna yang menjadi pilihan untuk jersi away pasukan Selangor FC 2021

Apalagi dengan design yang tidak begitu serabut.

Apa yang menjadi perhatian adalah corak 'lumminance' pada bahu. Jika diperhatikan terperinci ia adalah peta negeri Selangor.

Cukup menarik.

Jersi Selangor FC Home 2021

Jersi AwaySelangor FC 2021



Sumber : Selangor FC Facebook

2. Johor Darul Takzim FC

Kerjasama pasukan JDT FC dengan Unicef dibuktikan apabila logo Unicef berada di tengah bahagian hadapan jersi.

Jersi home dengan warna JDT iaitu biru dan merah ini adalah rekaan dari jenama Nike.

Bagi jersi away pula warna putih menjadi warna asas. Dengan corak dan logo yang sama dengan jersi Home.

Jersi Home JDT FC 2021


Sumber : Johor Southern Tiger Facebook

3. Kelantan FC

Pasukan The Red Warriors Kelantan FC merasmikan beberapa jersi dalam satu perasmian. Dengan garapan bos baharu, Zamsaham, tiga jersi pasukan dikeluarkan.

Merah putih adalah warna rasmi TRW sebagai jersi home dengan logo yang baharu. Jersi away lebih menyerlah dengan paduan warna hitam dan keemasan.

Serta 3rd kit yang digunakan warna putih sebagai dasar warna. Ketiga-tiga jersi pemain ini ditaja oleh 93 Sports.


Jersi Home TRW Kelantan FC 2021



Sumber : TRW Kelantan FC Facebook

4. Terengganu FC

Al-Ikhasan merupakan pereka jersi Terengganu FC, hitam putih menjadi warna asas untuk jersi home mereka.

Tidak begitu serabut susun atur coraknya, senang mata memandang.

Lebih menarik adalah jersi away, yang warnanya seakan warna pengeluar rokok seketika dahulu 'dunhill'.

Warna merah darah yang agak gelap dengan warna hitam pada lengan dan bahu. Terengganu FC juga mengeluarkan tiga jenis rekaan jersi untuk penjaga gawang

Jersi Home Terengganu FC 2021



Sumber : Terengganu FC Facebook

5. Sabah FC

Dengan warna merah pudar Sabah FC tampil bergaya dengan rekaan jersi Home dari Lotto.

Pasukan gelaran The Rhinos ini turut mengeluarkan jersi away bewarna biru gelap dengan jalur merah.

Tiga pilihan warna jersi yang akan dipakai oleh penjaga gawang pasukan Sabah FC.

Jersi Home Sabah FC 2021



Sumber : Sabah Football Association Facebook

6. Melaka United FC

Hijau pokok Melaka adalah warna rasmi bagi Melaka United FC. Warna tersebut diwarnakan pada jersi Home mereka sendiri.

Hasil keluaran jenama Al-Ikhsan ini juga menampilkan jersi away yang bewarna putih. Melaka United FC memilih dua warna untuk disarungkan oleh penjaga gawang mereka

Jersi Home Melaka United FC 2021



Sumber : Melaka United FC Facebook

7. Perak FC

(akan datang)

8. Kedah FC

(akan datang)

Dengan pelancaran secara rasmi jersi jersi dari pasukan liga malaysia (Liga Super dan Liga Perdana) maka bermulalah musim terbaharu liga Malaysia 2021.

Tanda Kemeriahan Liga Malaysia Musim 2021

Masing masing menampilkan warna rasmi masing masing. Sesuai untuk kemeriahan pemain dan juga penyokong yang memakainya nanti.

Walaupun dalam keadaan pandemik Covid-19, liga Malaysia diteruskan dengan prosedur dan s.o.p yang dikeluarkan oleh MKN dan KKM.

Anda fikir anda tahu Senarai Jersi Home, Away, 3rd Kit Pasukan Liga Malaysia 2021 ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Senarai Jersi Home, Away, 3rd Kit Pasukan Liga Malaysia 2021

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×