Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kelebihan dan kebaikan Daun Ketapang dan Daun Mahang Kepada Ikan Laga (Betta)

"Daun Ketapang dan Daun Mahang Ikan Laga"

Ikan laga atau betta atau nama asalnya betah sudah mendapat sambutan yang hangat.

kelebihan daun ketapang kepada betta
Kebaikan Daun Ketapang untuk Ikan Betta

Tidak kira ikan laga jenis liar dan jenis hibrid atau jenis moden. Dari sekecil-kecil manusia sehinga sedewasa manusia jika minat akan ikan hiasan, pasti meminati ikan betta.


Penjagaan Kesihatan Ikan Betta

Setiap benda yang bernyawa seperti juga ikan betta memerlukan penjagaan yang betul dalam mengekalkan ikan betta berada dalam keadaan yang dalam terbaik.

Tidak monyok, tidak stress, apalagi bentuk fizikal dalam keadaan baik.

Kita kembali kepada fitrah tempat asal ikan betta. Ikan ini akan biasa ditemui dikawasan yang redup dan banyak daunan tertentu.

Warna air tempat asal mereka juga boleh dijadikan rujukan tempat sesuai dengan ikan betta ini.

Ubat untuk Ikan Betta

Daun ketapang adalah salah satu 'ubat' semula jadi kepada ikan betta. Sebagai menghindar dan mengelakkan dari betta kita monyok, pasif dan mungkin sirip rosak.

daun ketapang muda
Daun Ketapang Muda

Daun ketapang yang kering yang telah gugur ke bumi biasanya menjadi pilihan. Kebolehan daun pokok ketapang ini untuk mengeluarkan pati dengan mudah apalagi antara faktor kenapa daun ketapang ubat semulajadi terbaik untuk ikan betta.

Kebaikan Air Daun Ketapang Untuk Ikan Betta

Daun Ketapang untuk Ikan Betta
Daun Ketapang untuk Ikan Betta

Antara kelebihan yang ada pada daun ketapang untuk ikan betta atau ikan laga ialah;

1. Menurunkan Nilai PH air

Air yang sesuai untuk ikan betta adalah air yang kurang alkalinya. Bagi menurunkan nilai PH kepada kesesuaian dengan betta, air rendaman daun ketapang boleh membantu.

Dengan kehadiran asid organik seperti humik dan tanin air yang beralkali akan diturunkan dengan kesesuaian persekitaran ikan yang tidak suka akan air yang beralkali. 

2. Membunuh Bakteria Jahat

Air ketapang memiliki kimia yang mampu mengawal dan menghapuskan bakteria yang boleh menyebabkan ikan betta sakit dan merosakan fizikal pada ikan.

Dengan nilai PH dari daun ketapang, ia tidak sesuai untuk bakteria atau kuman untuk membiak.

Mengekalkan bakteria baik untuk ikan.

3. Menyerap Toksik dan Logam Bahaya

Kehadiran air rendaman air ketapang dalam air simpanan ikan betta mampu menyahtoksikan kehadiran logam berat yang ada dalam air.

Logam berat seperti zink, kuprum dan aluminum. Dalam air nampak sahaja jernih di mata kasar namun terdapat benda asing lain jika tidak dirawat airnya.

Tambah-tambah lagi air paip.

4. Mencegah Penyakit

Apabila sudah menghalang bakteria dan kuman berbahaya untuk hidup, maka penyakit yang boleh melemahkan ikan akan tiada.

5. Merawat Luka Pada Ikan

Ikan betta merupakan makhluk hidup, bukan besi atau batu. Semestinya tidak akan lari dari terluka walaupun tidak disengajakan.

Air rendaman daun ketapang umpama ubat yang akan merawat luka.

6. Merangsang Pengeluaran Buih Ikan Betta Jangan

Apabila sudah aktif dan tiada sebarang penyakit. Aliran darah dan organ dalaman ikan juga turut berada dalam kesihatan yang terbaik.

Maka apalagi untuk membuat buih, gagah, mantap dan cantik sudah bersedia untuk 'kahwin'.

7. Ikan Betta Menjadi Tenang Tidak Stress

'Blackwater' adalah kawasan asal ikan ini, tidak kira sudah dikacuk atau sudah bermutasi sebanyak mana 'marble'nya.

Fitrahnya akan kenal tempat asal mereka. Air rendaman ketapang sememangnya 'mengingatkan' mereka kepada tempat tinggal kampung halaman mereka.

Maka tiada lagi gusar dan stress pada ikan.

8. Membantu Proses Mutasi Dengan Cantik

Dalam suasana 'blackwater' dan mampu merawat penyakit ikan ini berada dalam kesihatan terbaik.

Untuk bertukar warna atau naik warna bukanlah sesuatu yang susah untuk ikan yang sihat.

Apalagi dengan pembentukan sirip dan ekor yang lebih sihat dan 'subur'.

Tidak perlu tanam di dalam tanah sebagaimana penulis buat pada ikan imbellis pada zaman kanak-kanak.

9. Meningkatkan Metabolisme

Mesti peminat ikan betta inginkan ikan betta yang dijaga aktif dan tidak hanya terapung semata-mata.

Air rendaman ketapang boleh memberikan tenaga dan menaikan metabolisme ikan sehingga menjadi aktif.

Diketuk-ketuk dinding aquarium terus menyerang, apalagi disuakan dengan cermin. Masuk pertandingan memang aktif.

pokok ketapang
Pokok Ketapang

Tumbuhan Selain Ketapang Untuk Betta

Pokok Mahang
Pokok Mahang

Apa yang penulis sampaikan diatas bukan hanya tertumpu pada daun ketapang sahaja.

Malah terdapat daun lain yang memiliki khasiat sebagaimana daun ketapang iaitu daun mahang.

Daun Mahang Kering
Daun Mahang Kering

Dari pengalaman penulis menyauk ikan laga liar, kebanyakan kawasan 'blackwater' kawasan semulajadi ikan betta ini berada dibawah daunan pokok mahang.

Bentuk Daun Mahang
Bentuk Daun Mahang

Daun mahang memiliki sama khasiat dengan daun ketapang, namun daun ketapang lebih popular dan ramai yang menggunakannya.

Kelebihan dan Keburukan Daun Ketapang dan Daun Mahang

Salah satu kekurangan daun ketapang adalah jika tidak diproses betul-betul air rendaman akan mengeluarkan minyak.

Bagi daun mahang, tiada minyak yang banyak terbentuk, itu kelebihan daun mahang.

Namun, daun mahang memiliki keburukan berbanding daun ketapang. Ini pengalaman penulis, lama masa yang diperlukan daun mahang untuk mendapatkan air patinya berbanding daun ketapang yang lebih cepat.

Setiap daun ada kelebihan dan kekurangan. Namun, kedua-dua memiliki khasiat dan kebaikan yang sama untuk ikan laga kesayangan anda.

Perhatian/Amaran:

Penggunaan berlebihan daun ketapang boleh menyebabkan nilai Ph air tidak stabil disamping dapat membahayakan nyawa ikan. 

Daun yang dipilih mestilah daun yang bersih dan kering. Daun yang belum sepenuhnya kering tidak mendatangkan manfaat malah boleh memberi keburukan kepada ikan.

Dapatkan Pati Ketapang Siap Proses RM2/botol : https://bit.ly/2EhGhtX

Kelebihan Untuk Ikan Hiasan Lain

Kelebihan yang ada pada dua daun ini bukan sahaja untuk ikan betta atau ikan laga, ia sebenarnya untuk mendapatkan kualiti air yang bermutu tinggi jadi tidak kira gapi, tetra, barb atau molly dan platty juga sesuai.

Anda fikir anda tahu Kelebihan dan kebaikan Daun Ketapang dan Daun Mahang Kepada Ikan Laga dan Ikan Hiasan ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Kelebihan dan kebaikan Daun Ketapang dan Daun Mahang Kepada Ikan Laga (Betta)

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×