Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Nasi Daging Utara Di Kedai Nasi Daging Sempoi Jalan Kebun Shah Alam


"Nasi Daging Jalan Kebun"

Cukup biasa adalah nasi ayam, kebarangkalian untuk menemui nasi ayam di kawasan tempat makan adalah cukup tinggi.

Nasi daging Jalan Kebun
Nasi Daging Utara Jalan Kebun


Jika ada 'food court', inshaAllah akan menemui kedai yang menyediakan nasi ayam.

Bagaimana pula dengan nasi daging ? Pernah mendengarnya atau sudah mencubanya ?

Nasi Daging Utara

Nasi daging bukanlah asing sebenarnya. Nasi dengan lauknya hanya daging, lebih sinonim daging lembu. Sebagaimana nasi ayam, cuma bezanya berlaukkan daging.

Kali ini penulis berjaya mencuba satu hidangan nasi daging yang cukup popular juga di sekitar penulis.
Nasi daging ini penulis mencubanya di Jalan Kebun, Shah Alam Selangor.

Agak tular seketika di kumpulan (group) facebook beberapa ketika. Jadi penulis ingin mencubanya untuk dibuat ulasan.

Kedai Nasi Daging Di Jalan Kebun Shah Alam

Kedai menyediakan nasi daging ini adalah Nasi Daging Sempoi.
Mudah sahaja nama kedainya, kedai nasi daging sempoi jalan kebun shah alam.

Kedai Nasi Daging Air Asam
Kedai Nasi Daging Air Asam


Semestinya hidangan utama disini adalah nasi daging. Jarang sebenarnya untuk menemui nasi daging.
kebanyakan nasi ayam dan nasi kambing panggang.

Jadi, jom kita kenali apakah yang ada pada nasi daging di kedai makan ini.

Dari nasi ke lauk semuanya berkisarkan daging. Nasi yang berempah kurma ditanak dengan rebusan daging dan beberapa bahan lain.

kebiasaannya, beras yang digunakan adalah beras basmathi.

Lauknya adalah hirisan daging yang dikukus empuk atau dibakar atau boleh juga digoreng.
Dimakan bersama sampingan seperti air asam atau sup atau kuah kari.

Itu nasi daging dalam definisi.

Apa Rasa Nasi Daging Utara Di Sini ?

Kita lihat bagaimana pula nasi daging di kedai bertemakan utara ini.
Dalam hidangan setalam ini terdapat nasi, daging kukus, air asam kerisik, dan kari kentang.

Nasi

Dari segi nasi mereka tidak menggunakan beras basmathi yang panjang. Nasinya seakan beras nasi ayam. Mungkin 'signature' nasi daging kedai ini yang menyediakan nasi yang tidak keras dan tidak begitu ke arah bubur.

Lembik sahaja teksturnya.

Masih terdapat sesuatu didalam nasinya, masih terasa aroma rempah yang lebih menjurus kepada rempah kurma.

Warna nasi yang sudah ditanak ini kemerahan mungkin kerana air yang digunakan untuk menanak nasi ini adalah rebusan air.

Untuk nasi, penggemar nasi melekat atau sedikit lembik pasti suka, bagi yang sukakan nasi keras nasinya bukan untuk anda.

Dari segi 'portion', wow! banyak, mungkin setalam untuk dua orang perut berskala marhaen.

Lauk Daging Kukus

Daging yang dihiris nipis-nipis dengan saiz seinci lebih kurang dijadikan lauknya.
Difahamkan bahawa daging ini dikukus dan bukan digoreng atau direbus. 

Nasi Daging Lauk Kukus
Nasi Dan Daging Kukus


Bagi penulis, ia lembut dan empuk, namun pada daging tiada sebarang rasa ditemui.
Tekstur yang masih boleh diterima kerana kebanyakan adalah isi dan bukan bahagian lain seperti urat.

Jika makan begitu sahaja, tiada rasa pada daging ini dan agak kering.

Bilangan daging dalam setalam hidangan ini, bagi penulis banyak, jika berkadaran dengan suapan bersama nasi, mungkin sesudu nasi boleh letak 3 keping hirisan daging.
Banyak.

Air Asam Kerisik

Ini adalah sampingan. Dalam mangkuk kecil dihidangan dalam set ini. Ini lebih kepada perisa.
Mungkin lidah penulis tidak sehebat pengkritik makanan yang tersohor, perkataan kerisik dalam menu ini tidak ditemui.

Air Asam Kerisik
Air Asam Kerisik


Jika air asam, ya memang inilah air asam. cukup berperisa. Bagi penulis, air asam ini menjadi.
Ada rasa masam semestinya, dan pedas. Pedas adalah carian penulis dalam makanan.

Selain dari rasa air limau dan bawang, hirisan tomato juga boleh ditemui di dalamnya.
Namun, penulis gagal menemui rasa kerisik melainkan rasa belacan yang menambahkan lain perisanya.

Ada sebab air asam ini diletakkan sekali.

Kari Kentang

Agak mendukacitakan sebenarnya, jika boleh penulis inginkan kari ini menjadi dalang utama dengan perisa yang dapat menghadirkan lebih rasa dalam hidangan ini.

Kari Kentang
Kari Kentang


Namun, rasanya agak 'mild' atau sedikit tawar. Jika karinya lebih ke arah utara mungkin lebih 'garing' dan 'garang' untuk dinikmati bersama nasi dan lauk.

Maaf, penulis tidak begitu merasai kehadiran kari kentang.

Sup Kosong

Tidak lupa jika makan nasi daging tanpa disertakan dengan sup kosong memang tidak lengkap. Untuk sup ini memang rasa air rebusan daging bukan semata-mata air yang dilarutkan dengan serbuk perasa semata-mata.

Sup Kosong
Sup Daging Kosong


Penilaian Keseluruhan

Itu antara ulasan yang penulis boleh berikan. Dari segi rasa, boleh tahan sahaja, namun dari segi harga (lihat bahagian harga di bawah) dan 'portion' hidangan boleh diberikan pujian.

Nasi Daging Kukus
Banyak Portion


Opps! sebelum terlupa, kehadiran air asam kerisik memang memberikan seri pada hidangan ini. Masam dan pedas dengan 'kekayaan' perisa belacan sedap di makan dengan nasi yang lembik dan daging yang tiada perisa.

Keseluruhan penulis berikan : 2.9/5.0

Hidangan Lain

Selain dari nasi daging sempoi terdapat juga nasi ayam, nasi sup dan mi atau bihun serta kue tiaw sup.
Senang kata hidangan bersup.

Nasi Ayam
Nasi Ayam


Laksa dan nasi manggo juga disediakan.

Set Menu Talam
Makan Dalam Talam

Pesanlah teh o ais limau atau sirap limau memang kena dengan makanan berlemak dan berdaging seperti ini.

Teh O Ais Limau
Teh O Ais Limau


Informasi Pengunjung

Lokasi Kedai Makan Nasi Daging Sempoi

Berada di persimpangan jalan batu tujuh Jalan Kebun. Seberangnya adalah Achamm Chicken Chop.
Berdekatan juga dengan kedai basikal roda kampung.

Nasi Daging Sempoi,
No 1 Lot 4023  Jalan Bakri, Batu 7 Jalan Kebun,Seksyen 30, 
40460,Shah Alam
Selangor

Waktu Operasi Kedai

Dibuka setiap hari bermula dari jam 11 a.m sehingga 12 a.m

Harga Makanan (yang dicuba)

Nasi Daging Utara : RM 8.00/talam (single)
Nasi Ayam : RM 6.00

Harga menu Makanan
Harga Makanan dan Minuman


Khidmat Penghantaran Makanan

Ya! Foodpanda

Anda fikir anda tahu Nasi Daging Utara Di Kedai Nasi Daging Sempoi Jalan Kebun Shah Alam ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Nasi Daging Utara Di Kedai Nasi Daging Sempoi Jalan Kebun Shah Alam

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×