Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Laksa Ikan Sekoq, Passembur dan Cendol Di Pantai Hujung Airport Pulau Langkawi Kedah


"Laksa, Passembur dan cendol Di Airport Langkawi"

Datang ke Langkawi Kedah Malaysia pastinya suatu kegembiraan apabila dalam mood bercuti.


Laksa Ikan Sekoq Airport Langkawi
Laksa Ikan Sekoq Airport Langkawi
Tidak kiralah dengan keluarga atau rakan-rakan apalagi seorang sahaja.


Setakat hari ini untuk sampai ke Pulau Langkawi memerlukan pengunjung menggunakan feri dan kapal terbang jika datang dengan pengangkutan awam.

Mungkin ada yang datang dengan sampan, tongkang atau jet ski sendiri.

Tetapi secara lazimnya dengan pengangkutan awamlah kan, feri atau kapal terbang.

Sampai Di Langkawi Mana Nak Makan ?

Sampai sahaja di Langkawi, pastinya dikocok dengan pesawat atau feri membangkitkan rasa lapar.

Walaupun bukan sampai tahap mahu makan yang berat-berat paling ringan pun makanan seperti laksa, mi atau bihun sup apalagi passembur.

Basahkan tekak pula dengan air cendol yang manis dan sejuk, hilang seketika keletihan ketika perjalanan.

Untuk tempat makan kali ini, penulis akan lebih menjurus kepada pengunjung dan pelancong yang datang dengan pesawat.

Tempat Makan Sekitar Airport Langkawi

Pesawat yang semestinya akan turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi (LGK).

Turun sahaja pesawat bagi yang tidak mencuba makanan yang ada dalam pesawat, walaupun hanya 40 minit jika dari KLIA, pasti akan ada rasa lapar.

Mahu makan di dalam airport, agak hilang bajet untuk melancong. Mahukan yang sedang sedang sahaja dan ringan ringan sahaja.

Contohnya seperti yang penulis katakan tadi, mi atau bihun sup, passembur dan laksa.

Ada.

Jangan risau dan khuatir. Penulis akan memberi cadangan tempat makan yang tidak jauh dari airport, jalan kaki pun boleh, namun, tidak payah.

Dengan grab mungkin sekitar RM5.

Laksa Ikan Sekoq Pantai Hujung Airport Langkawi

Ini lebih kepada lokasi sebenarnya. Dengan konsep makanan ala gerai dan trak makanan (foodtruck).

Makanan seperti yang penulis sebutkan tadi ada dijual.

Menu Makanan

Kawasan ini lebih popular dengan menu utamanya. Laksa ikan sekoq.

Laksa Ikan Sekoq

Memang menu utama, laksa biasa, iaitu laksa penang namun di letakkan seekor ikan kembung yang bersaiz kecil di dalamnya.


Ikan Sekoq Dalam Laksa
Ikan Sekoq Dalam Laksa
Sudahlah dengan kuah penuh perisa ikan dengan aroma bunga kantan, ada ikan seekor pula sebagai lauk tambahan.

Passembur (Rojak)

Menu kedua adalah, passembur. Dalam bahasa persuratan, rojak. Passembur biasanya membuatkan kita terkenangkan Pulau Pinang, namun, jangan diingat di Pulau Langkawi tiada menu ini.


Passembur Pantai Hujung Airport Langkawi
Passembur Pantai Hujung Airport Langkawi
Pelbagai jenis ramuan seperti udang, ketam, sosej, bebola ikan, bebola daging, dan pelbagai jenis yang membuatkan ia menjadi passembur senang cerita. 

Kuahnya tidak perlu ke pekan Kuah (ok, sekadar berseloroh). Kuahnya bak kata orang putih 'very nice'. Walaupun tak se gah passebuq penang namun masih ada.

Anda pilih apa yang dihajati, beri pada tuan kedai, dia goreng dan tersedia untuk di makan.

Mi Sup dan Bihun Sup

Seterusnya, mi dan bihun sup. Negeri sekitar utara memang suka menyediakan hidangan ini. Tidak perlu ke negeri-negeri utara, di mana-mana ada kedai yang bertemakan 'sup utara' kan ?

Di sini semestinyalah ada, jika laksa dan passembur bukan kegemaran anda. Cukup lengkap kandungan yang ada dalam mangkuk orang kahwin, ada mi atau bihun, ayam racik, beberapa ketul daging dan sayur.

Pastinya ada kuah supnyalah, jika tidak manakan ada nama sup hehe.

Menu Minuman

Itu adalah makanan, kini bab atau rangkap minuman.

Manis dan sejuk serta ada rasa ingin mengunyah-ngunyah, apa itu ?

Air cendol

Ya, cendol. Makanan kegemaran tidak kira pagi petang di mana jua, pada hematnya penulis jarang minum minuman yang agak manis.


Air Cendol Tepi Pantai
Air Cendol Tepi Pantai
Tapi sebagai kenang kenangan penulis teruskan jua.

Jangan risau, tetap pekat berlemak santan dan lembut cendol walaupun berada di tepian pantai.

Air Batu Campur

Bagi yang tidak berapa gemarkan air cendol, jangan kerut muka, air batu campur (ABC) pun ada.

Tidak suka benda yang lemak berkrim disukai ramai ? Air biasa pun ada, air sirap dan beberapa air lain.

Mungkin ada yang akan bertanya, kedai yang mana satu ?

Banyak Kedai, Apa Perbezaannya ?

Sepanjang jalan antara 'airport' dan pantai ini banyak sebenarnya kedai dengan menu yang sama sebagaimana di atas.
Perbezaannya ada tiga, 

1. Mana yang ikut selera anda
2. Mana yang lebih murah
3. Mana yang kawasan 'best'

Dengan konsep kedai seumpama 'food court', mana mana sama sahaja menunya. Penulis baharu dua kali mencuba lain-lain kedai disitu, memang ada bezanya dari segi rasa namun dari segi harga mungkin mereka sudah ada persepakatan, ada persamaan.

Video Review Menu Makanan

Boleh lihat video youtube di bawah untuk laksa dengan mihun sup. Seingat penulis ini adalah kedai paling hujung menghala ke balai polis.





Penulis mencuba sup di sini. Ketika ini kehadiran penulis di Pulau Langkawi untuk 'family day'.

Untuk video dibawah ini, penulis berjaya ke kedai selain dari yang atas, ketika menunggu waktu feri berlepas di Pekan Kuah.




Ada masa terluang isi perut dahulu. Lagipun kedai sebelumnya tutup lagi ketika penulis sampai.

Memang ada bezanya, bagi kedai A memang sedap, dari laksa ikan sekoq dan mihun sup. Pekat dan berperisa, passembur nya juga ok.

Bagi kedai B, bagi penulis laksa mereka agak hambar berbanding kedai A tidak sepekat kuah kedai A, namun, passembuqnya cukup sedap.

Masing-masing kedai ada makanan sedap mereka, ada juga yang menjual pisang goreng dan keropok.

Informasi Pengunjung

Lokasi Laksa Ikan Sekoq Pantai Hujung Airport

Berada di kawasan kebiasaan kapal terbang turun, dekat dengan selekoh penjuru menghadap laut atau lebih senang, buat carian pada google maps dan aplikasi waze Pantai Hujung Airport.
Insha Allah jumpa.

Laksa Ikan Sekoq Pantai Hujung Airport Langkawi
Jalan Kuala Muda, 
07100 Langkawi, Kedah



Waktu Operasi Kedai

Dibuka setiap hari. Bermula dari jam 12 p.m sehingga 7 p.m.

Harga Makanan (berdasarkan harga penulis makan)

Laksa Ikan Sekoq (Seekor) : RM 7/semangkuk
Passembur : RM 15/pinggan
Air Cendol : RM 2-RM 5

Anda fikir anda tahu Laksa Ikan Sekoq, Passembur dan Cendol Di Pantai Hujung Airport Pulau Langkawi Kedah ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.




This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Laksa Ikan Sekoq, Passembur dan Cendol Di Pantai Hujung Airport Pulau Langkawi Kedah

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×