Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

10 Jenis Kacamata (Shades) Popular Terdapat Di Pasaran


"Kaca Mata untuk Bergaya"

Sebelum kita mengenali 'gaya' dan bentuk atau jenis kaca mata (shades) yang terdapat dipasaran. Ada baiknya kita ketahui sejarah asal usul penggunaan kaca mata ini.


10 Jenis Kacamata Di Pasaran
10 Jenis Kacamata Di Pasaran
Sejarah Trend Pemakaian Kaca Mata

Awalnya trend kaca mata (untuk bergaya) bermula sekitar 1920-an. Zaman ini sudah begitu maju dari industri perfileman dan hiburan untuk negara yang menjadi penjajah, dan yang bukan dijajah.


Bagi mengelakkan dikenali oleh peminat atau paparazi yang 'hardcore', pemakaian kaca mata hitam bermula dengan pelakon filem atau personel terkenal dalam bidangnya, satu alat penyamaran selain dari menghalang pandangan silau benda terang.

Dari masa ke masa, ia mula tular dan menjadi 'trend' masyarakat sehingga ke hari ini.

Maka wujudnya syarikat jualan kaca mata seperti Ray Ban, Oakley, Prada Eyewear, Persol, Gucci, Emporio Amani dan pelbagai lagi.

Semua Kaca Mata Hitam Sama

Ketika belum lagi mengenali kaca mata ini bagi penulis semua kaca mata untuk bergaya adalah sama. Semua adalah kaca mata hitam, namun hakikatnya, bagi mereka yang mementingkan gaya dan penampilan, kaca mata hitam banyak jenisnya.

Ada yang berbeza bingkai, berbeza warna kaca, berbeza juga bentuk dan saiz. Dari perbezaan inilah akan menghasilkan variasi untuk pemakai yang akan disesuaikan dengan citarasa, bentuk wajah dan bajet.

Kenali Jenis-Jenis Kaca Mata

Mari kita kenali beberapa jenis 'shades' atau kaca mata hitam yang terdapat di pasaran:

1.Kacamata The Wayfarer


The Wayfarer Shades
The Wayfarer Shades
Jenis ini cukup popular masa kini. Mula diperkenalkan oleh Ray Ban sekitar 1956. Jika berkunjung ke kedai kaca mata tidak kira butik atau uptown sekalipun anda akan menemui kaca mata jenis wayfarer ini.

Senang cerita memang cukup popular dengan bingkai sederhana tebal dan menutupi mata sehingga kening. Datang dalam pelbagai jenis warna kaca yang sesuai untuk dipadankan. 

Bagi penulis, kaca mata jenis ini membuatkan kita rasa terjamin (secure), bingkai yang agak 'bold' bentuknya cukup sesuai dengan mana-mana golongan dan target fesyen.

Popularitinya mungkin disebabkan versatilitinya untuk pemakai, unisex, lelaki dan wanita sesuai. Kadang-kadang ia tidak begitu melihat pada bentuk muka pemakai.

Bagi mereka yang inginkan 'biasa-biasa' dan tidak begitu 'funky' ini pilihan mereka.

2. Kacamata The Aviator
The Aviator Shades
The Aviator Shades
Dengan batang halus membentuk bingkai kaca mata. Tidak setebal bingkai wayfarer. Bagi penulis, kaca mata wayfarer lebih menampakkan si pemakai kelihatan 'macho' dan matang.

Jika lelaki memakainya kelihatan maskulin dan jika wanita ia lebih kepada keseriusan karakter pemakainyaCukup dikenali dengan nama 'aviator' memandangkan jenis ini memang menjadi pilihan Tom Cruise dalam filem 'Top Gun'.

Apa tidaknya dalam dunia lua, kaca mata keluaran Ray Ban ini sekitar 1936 adalah pilihan juruterbang ketika Perang Dunia Kedua.Sebagai penahan sinaran matahari ketika terbang.

Nak nampak macho dan matang ? Ini pilihan anda.

3. Kacamata Teashades (Round Vintage frame)


Round Shades
Round Shades
Jenis ini juga dikenali sebagai "teashades" dan "Lennon specs". Jenis membulat ini banyak digunakan oleh kumpulan Beattles.

Jika anda perasaan, cerita kung fu Cina lama ada memakainya, senang cerita ada kisah dua budak kembar yang satu pandai berkungfu satu lagi gemuk dan memakai cermin mata jenis round ini.

Bagi penulis, cermin mata round ini banyak ke arah menacari kelaianan selain dari tema komedi. Kaca mata jenis round ini boleh dianggap 'adik' kepada aviator kerana dalam satu sudut kita dapat melihat kematangan dalam diri si pemakai.

Jadi, dari komedi sehingga ke kematangan, kaca mata ini boleh dianggap 'rare'. Seni kreatif kepada si pemakai. Dari segi nilai, ia vintaj.

Ingin kelihatan vintaj. Round frame untuk anda.

4. Kacamata Clear Frame


Clear Frame Shades
Clear Frame Shades
Citarasa dan variasi karakter manusia berbeza-beza. Ada yang sukakan bingkai yang bewarna-warni, ada yang sukakan warna 'plain' dan ada juga yang tidak menyukai warna, ada sekadar bingkai dan lutsinar (transparent).

Terang lagi bersuluh, clear frame adalah kaca mata jenis lutsinar bingkainya.

Bentuknya seakan wayfarer yang bentuk binkainya agak tebal, untuk bingkai jenis ini memang tidak akan sesuai untuk jenis bingkai halus seperti aviator.

Bagi penulis, bingkai lutsinar ini lebih menjurus kepada fesyen klasik. Pemakai yang tidak begitu inginkan perhatian yang seirus namun ada nilai klasik.

Klasik pilihan sesuai untuk pemakainya.

5. Kacamata Rimless 


Rimless Shades
Rimless Shades

Rimless adalah antagonis kepada tiga diatas, tiada bingkai pada kaca. Semata-mata kaca dan pemegang ke telinga.

Sesuai bagi mereka yang jenis simple, minimalist. Tidak begitu menyerlah namun menggambarkan pemakainya benar-benar inginkan kaca mata untuk faktor tertentu tidak begitu meementingkan gaya.

AKan tetapi ia tetap menampakkan gaya matang dalam simple.

Anda yang simple orangnya sesuai untuk kaca mata rimless

6. Kacamata Brownline (Semi-Rimless)
Brownline Shades
Brownline Shades

Jika rimles tanpa bingkai kaca, kali ini dengan bingkai kaca namun separuh sahaja. Macam nak tak nak.

Kaca mata jenis ini juga dikenali sebagai 'brownline'.Mungkin jenis ini ada bingkai pada bahagian separuh lagi namun agak nipis berbanding separuh atasnya.

Dari simple kepada ada gaya sedikit untuk jenis 'brownline' ini. Simple dalam gaya. Itu frasa yang agak sesuai mungkin.

Jenis ini juga dikenali sebagai clubmaster.

7. Kacamata Oversized


Oversized Shades
Oversized Shades
Ini adalah 'king' dan 'queen' dalam kaca mata. Seseorang yang inginkan namapak diva dan 'vogue', inilah pilihan anda.

Bagi penulis, penulis gelarkan kaca mata jenis ini sebagai kaca mata mata lalat. Besar gedabak, mungkin sesekali boleh tertutup lubang hidung.

Bergaya, diva dan level konfiden yang tinggi adalah pemakai jenis ini.

Bagi yang bukan diva ia sesuai untuk berada di pantai atau kawasan cahaya yang silau dimana akan menghadirkan karakter misteri si pemakai.

8. Kacamata Shield


Shield Shades
Shield Shades
Kaca mata jenis ini adalah lebih kepada unsur futuristik. Pernah layan filem terminator ? pasti akan anda kenali bentuk kaca mata ini. Mungkin sesuai untuk mereka yang gemarkan trend dan muzik tekno.

Bentuk bingkai yang 'smooth' dan membentuk lengkok tanpa penghujung adalah ciri pada cermin mata ini. Mudah cerita, kaca mata untuk mereka yang gemarkan filem 'back to the future'.

Sesuai untuk pemakai yang futuristik dan inginkan gaya masa depan.

9. Kacamata Shutter Shades


Purple Shutter Shades
Purple Shutter Shades
Agak 'rare' sebenarnya. Sukar ditemui pemakainya di mana mana. Bagi muzik video atau ke majlis 'funcky' mungkin mudah ditemui.

Dengan jalur-jalur pada cermin memberikan karakter meronta-meronta dalam jiwa si pemakai.

Bayangkan anda adalah lady gaga, jika anda sesuai menjadi lady gaga, bolehlah mencari kaca mata ini. Peminat tarian 'shuffles' banyak mengenakan pemakaian shades ini.

Gaya ? Ia agak lebih kepada personaliti untuk mencari kelainan dan peringkat keyakinan yang tinggi.

10. Kacamata Sukan (Sport)


Sport Shades
Sport Shades
Begitu jelas namanya, untuk aktiviti suka. Sukar tertanggal dan tahan silau. Dua sifat yang diperlukan untuk atlit perlukan dalam memilih kaca mata. Sekali pandang seumpama melekat pada muka. Longgar-longgar tak sesuai untuk aktiviti lasak.

Dalam lasaknya ada juga gaya, apalagi bila memilih cermin yang memiliki tona warna dari terang ke pudar. Kadang-kadang kalau abang-abang polis atau kakak-kakak JPJ gunakan ketika operasi cun juga.

Bagi yang inginkan bergaya saja-saja dengan kaca mata ini, tidak salah kerana ia masih dalam skop untuk bergaya selain dari menu utamanya iaitu untuk aktiviti sukan.

Faktor Pemilihan Kacamata Sesuai

Sudah ketahui 10 jenis kaca mata yang ada di pasaran ? Kena dengan gaya penampilan dan bentuk wajah, kaca mata hitam atau 'shades' ini boleh memberikan karakter kepada si pemakai.

Polarized atau tidak polarized adalah pilihan anda sendiri, begitu juga bajet harga.

Bagi penulis yang biasa-biasa sahaja, jenis wayfarer dan aviator sudah cukup untuk pemanduan, travel atau menonton MotoGP.

Anda fikir anda tahu 10 Jenis Kacamata (Shades) Terdapat Di Pasaran ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

10 Jenis Kacamata (Shades) Popular Terdapat Di Pasaran

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×