Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Larian Arsenal My Run 2018 Di D'pulze Shopping Mall Cyberjaya


"Arsenal My Run"

Sesungguhnya Larian kali ini memang ditunggu-tunggu. Buka sahaja laman sesawang RaceXasia terpampang satu grafik iklan mengenai larian ini. Memang dalam minda pernah terfikir, bilakah Arsenal akan menganjurkan larian, dan inilah masanya.

Arsenal My Run 2018
Arsenal My Run 2018
Berpandukan iklan di RaceXasia.com penulis tanpa segan silu meneruskan pendaftaran. Buka sahaja terdapat satu video dari mat saleh mungkin mat saleh London dari Arsenal sendiri seumpama mengalu-alukan sesiapa yang ingin menyertai larian ini.



Larian Julung Kali Arsenal Fans

Memang terbaik memandangkan penulis sememangnya adalah salah seorang dari jutaan peminat Arsenal. Larian Arsenal My Run 2018 seumpama penganjuran larian yang ditunggu-tunggu.

Seperti biasa setiap larian penulis akan membuat ulasan (review) untuk setiap larian yang penulis sertai. Secara kebetulannya ini adalah larian ke 10 Penulis Dan Isteri sertai. Pada awalnya isteri penulis tidak berapa ingin menyertai larian ini.

Design T-Shirt Larian yang Menarik

Oleh kerana rekaan (design) baju dan medal finisher larian yang agak menarik. Penulis berjaya memujuk isteri penulis untuk menemani penulis untuk menyertai larian julung kali dianjurkan oleh Arsenal Malaysia ini.

Jersi Invincibles 49 Arsenal
Memang rekaan bajunya cukup menarik dan menawan. Sekali pandang sahaja sudah mengujakan. Dengan bertemakan warna merah dan biru tua dengan susunan petak-petak abstrak cukup menarik.

Kenangan Zaman 'Invincibles 49"

Dengan tercetaknya nombor pada baju perkataan 'Invincibles 49" dengan gaya 'font' yang menarik. Suka penulis terangkan apa makna tulisan 'invincibles 49' selain dari perkataan 'coyg' (come on you gunners) pada cetakan belakang t-shirt larian ini.

Invincibles 49 adalah bersempena berjayanya pasukan Arsenal menggondol gelaran EPL (English Premier League) dengan bergaya iaitu menjulang piala liga inggeris tanpa sebarang kekalahan sehingga perlawanan yang ke-49. Secara automatiknya pada musim 2003/2004 pasukan Arsenal dianugerahkan piala EPL bersalut emas.

Tanya peminat Chelsea, ManU, Liverpool apalagi Mancity pernahkah mereka menggondol piala 'rare' ini. Itu dulu.

Dekorasi Merian Pada Medal

Cukup menarik 'design'nya dan medalnya juga memang bertemakan 'the gunners' dengan bentuk meriam dan diukir 'gunners'.

Gunners| Finisher Medal Arsenal Run
Acara larian ini dianjurkan oleh Arsenal Malaysia dan dijayakan oleh Masyuk Active satu badan penganjuran 'event'. Dengan kerjasama beberapa lagi penaja termasuk penaja 'venue' atau tempat iaitu D'pulze Cyberjaya.

Hari Pengambilan Race Kits

Race kit penulis dapatkan di ruang legar tingkat Ground Floor D'pulze Shopping Mall pada hari kejadian, hari larian.

Hari Sabtu tersebut sahaja yang membolehkan penulis dan isteri mengambil race kit yang berupa t-shirt seumpama jersi, nombor bib dan beberapa voucher termasuk voucher dari Sunway lagoon yang didatangkan sekali bersama beg larian.

Bersama Jersi Invincibles 49
Sesi kutipan race kit sebenarnya sudah mula dibuka beberapa hari sebelumnya, kerana kerja pergi pagi balik petang, terpaksalah dapatkan ketika hari larian, tidak mengapa kerana larian adalah pada sebelah malam.

Wefie Dulu
Layan ronda-ronda D'pulze Mall, makan-makan ayam penyet untuk tenaga dan bergambar sekeliling, tidak sedar malam sudah menjelma.

Permulaan Larian Arsenal My Run 2018

Peserta sudah mengerumuni pintu masuk  utama mall, semua begitu bersemangat dan bertenaga nampaknya. Jam 8.30 terdengar suara dikejauhan meminta untuk mendekati pentas sementara untuk memanaskan badan dengan tarian zumba. Zumba sebelum larian ? Itu biasa.

Berpeluh sudah, jam 9 malam semua peserta tidak kira 3km, 6km (kami) dan 10km dilepaskan serentak. Berlari-lari anak masing-masing ada sekali sekala tersenyum apabila lensa kamera dan lensa dari 'drone' menangkap setiap aksi peserta.

Penulis dan isteri menyertai larian sejauh 6km. Cukup untuk mengeluarkan lemak dan kalori tersimpan. 

Route Larian 6KM

'Route' larian untuk 6km untuk 3km pertama semua bermula dalam sekumpulan yang sama semasa pelepasan. Mula berpecah apabila melihat papan tanda yang menyatakan kategori jarak masing-masing.

Secara kasar kawasan larian untuk 6km adalah sekitar taman tasik Cyberjaya dan kampus MMU. Dari D'pulze menuju ke arah taman tasik dan mengelilingi perimeter MMU Cyberjaya. Sebenarnya 1.5km dalam laluan untuk 6km ini penulis dan isteri pernah melaluinya pada larian 3km columbia asia night run tahun lalu.

Cukup 'familiar' kawasannya.

Dalam tempoh 1 jam lebih kami sampai di kawasan penamat. Beratur untuk dapatkan 'finisher medal' dan spageti bersama kuah. Dalam situasi penulis dan isteri dapat spageti sahaja kuah sudah habis.

Mungkin ini perlu diperbaiki pihak penganjur akan datang, mohon sekalikan kuah dengan spageti, kerana kebanyakan peserta ambil lebih kuah berbanding spageti. Beberapa bekas spageti juga sudah masam. Pisang adalah satu kemestian. 

Zumba ringan sebagai 'cooling down' sebelum acara seterusnya.

Skrin Besar Perlawanan Arsenal FC vs Crystal Palace FC

Acara masih belum berakhir, masa yang ditunggu-tunggu peserta larian yang bertongkatkan sebagai peminat Arsenal FC, iaitu perlawanan liga inggeris antara Arsenal dan Crystal Palace.

As Seen on @mizanogram Insta
Jarang boleh layan tengok bola ramai-ramai meskipun beberapa kali sistem audio bermasalah. Selain di mamak ini antara aktiviti lain layan bola ramai-ramai. Mujurlah perlawanan menarik dengan di separuh masa Arsenal mengungguli dengan 4 berbalas kosong.

As Seen on @mizanogram Insta
Namun, separuh masa kedua agak hambar (typical Arsenal mentaliti ketika 'leading'), penulis dan isteri mengambil peluang untuk mendapatkan kembali kereta yang diparkir di lot parkir D'pulze Mall (risau jika pintu mall ditutup).

Sesudah mendapatkan kereta, kami 'layan' kembali perlawanan tadi dalam kereta sahaja sambil ditemani pendingin hawa kereta.

Aspek yang Boleh Diperbaiki

Usai sahaja perlawanan, pulang ke rumah secara berjemaah dengan peluh yang sudah kering. Oh terlupa, meskipun gagal mendapatkan sebarang voucher Sunway Lagoon untuk cabutan bertuah tadi masih mampu tersenyum kerana tidak perlu berhadapan dengan kesesakan lalulintas untuk pulang.

Secara kesimpulannya, walaupun Arsenal MY Run adalah kali pertama dianjurkan boleh diberi pujian selain dari spageti tiada kuah, spageti basi, audio skrin besar buat hal, boleh diperbaiki lagi nanti.

Henry The Legend
Tahniah the gunners! Tahniah Masyuk Active!

Anda fikir anda tahu Larian Arsenal My Run 2018 Di D'pulze Shopping Mall Cyberjaya ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Larian Arsenal My Run 2018 Di D'pulze Shopping Mall Cyberjaya

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×