Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pengalaman Menaiki Cable Car Di SkyCab Langkawi


"Sky Cab Langkawi Island"

Bercuti di Langkawi untuk anda tidak lengkap jika tidak mencuba menaiki sky cab Langkawi. Sky cab Langkawi adalah pengembaraan menaiki Cable Car (kereta kabel) untuk sampai ke Gunung Mat Chincang (Machincang Mount).


Pengalaman Di SkyCab Langkawi
Sejujurnya sudah dua kali penulis menaiki sky cab ini. Kali pertama adalah ketika rombongan ketika PLKN sekitar 2004 bersempena salah satu aktiviti penulis sebagai pelatih PLKN Beringin Langkawi.


Pengalaman ketika itu agak samar memandangkan masih terpinga-pinga dan kebebasan agak di kawal fasilitator.

Pengalaman Kedua Di SkyCab

Selepas lebih kurang 13 tahun kenangan menaiki cable car Langkawi, penulis 'repeat' kembali kenangan tersebut. Cabaran menaiki sky cab Langkawi adalah bagi mereka yang gayat. Takut akan ketinggian, ini adalah cabaran bagi mereka yang fobia akan tempat tinggi.

Apalagi apabila Gondola yang seumpama aquarium ditiup angin ketika berada sekitar 500 meter dari aras permukaan bumi, hasil tiupan angin dari Laut Andaman.

Bagi penulis yang pernah terbang bersama TB-10 dan SR-20 ketika latihan penerbangan dahulu, gayat hanya umpama kunyahan kacang dipinggiran bibir. Nampak kan betapa riak dan takburnya penulis.

Rekod Malaysia Book of Records

Namun, ada sedikit gusar sebenarnya. Langkawi Sky Cab yang dinspirasikan oleh Tun Dr. Mahathir pada 1999 ini sedang memegang rekod dunia untuk ” The Longest Free Span Mono-Cable Car “ sepanjang 950 meter.


Longest Free Span Cable Car Langkawi
Pada asasnya, pengunjung akan dibawa ke puncak Gunung Machincang (Mat Chincang Sebenarnya) untuk melihat permandangan sekitar Langkawi yang mana telah disediakan dua platform tinjau selain dari sky bridge nun di puncak gunung. Ada saja 'trail' atau laluan darat mendaki gunung ini, namun, pilihan untuk 'terbang' ke puncak itu ada, jadi apa lagi cubalah sky cab Langkawi.

Suasana Sekitar Station SkyCab

Semuanya bermula dari tempat parkir kenderaan, melalui kawasan seumpama bazar dengan gerai-gerai cenderamata dan makan sebelum sampai di platform permulaan menaiki sky cab Langkawi.


Pintu Masuk SkyCab Langkawi
Suasana yang seperti perkampungan 'cowboy' cukup indah. Oh sebelum terlupa, kawasan ini sebenarnya umpama satu taman tema (theme park), pelbagai aktiviti lain yang cukup menarik untuk dilakukan selain dari 'tema' utamanya menaiki gondola terbang ke puncak gunung.

Banyak sebenarnya aktiviti di 'taman tema' sky cab ini, kebanyakan namanya juga bermula dengan 'sky'. Contohnya; SkyDome, SkyRex, SkyGlide, SkyBistro, SkyTrail, SkyBoutique dan SkyPos. Itu adalah aktiviti yang bermula dengan perkataan sky. Bagi aktiviti lain di taman tema ini adalah 6D Cinemotion, 3D Art Langkawi, Time Travel dan SkyAdventure Park (ok, tertinggal satu perkataan sky).

Dalam banyak-banyak aktiviti ini, penulis berpeluang mencuba SkyCab, 6D Cinemotion dan 3D Art Langkawi sahaja. Mungkin untuk kunjungan yang lain penulis akan mencuba kesemuanya.

Permulaan Di Base Station

Baiklah, berbalik kepada pengalaman menaiki SkyCab Langkawi. Pengembaraan bermula di Base Station. Usai sahaja membeli tiket seumpama gelang kertas dan pakai di pergelangan tangan maka tibalah masa penulis dan isteri menunggu gondola terbang untuk dinaiki.


Ketibaan gondola atau cable car ini datang secara membulat seumpama santapan di kedai sushi. Sebelah sana mereka yang baharu pulang dan yang sudah kosong datang ke arah mereka yang sedang menunggu untuk menaiki gondola tersebut, macam penulislah.
Kekerapan untuk satu gondola sampai adalah satu untuk setiap 30 saat.


Bergambar Hilangkan Gayat
Semuanya secara automatik, namun dipantau, cepat-cepat masuk ke dalam satu kotak berbentuk membujur telur yang majoriti permukaannya adalah cermin kaca.

Tiada sebarang enjin didengari, hanya bunyi angin di luar dan bunyi geseran 'pulley' dan 'cable' diluar. Usai sahaja keluar dari teduhan bangunan 'base station' disinilah bermulanya pendakian ala-ala terbang ke udara.


Penampakan Air Terjun Telaga Tujuh
Dari saat melepasi base station sebenarnya, anda sudah pun mendaki. Di sebelah kiri anda adalah panorama Selat Melaka dan Laut Andaman.

Panorama Cantik Dari Udara

Boleh nampak kebiruan air laut dan kapal-kapal sedang berlayar. Di sebelah kanan anda pula semasa pendakian adalah kehijauan hutan tropika yang berteraskan dengan batuan berusia 550 juta tahun umurnya.


Panorama Dari Cable car
Kehijauan hutan tropika, jika diamati betul-betul terdapat satu air terjun kelihatan, jalur putih menuruni lurah gunung. Ketika di pertengahan rasa bergoyang tu ada. Kalau berani bukalah sedikit cermin yang boleh terbuka untuk menghirup udara sekitar 500 meter dari paras laut.

'Penerbangan' Berderau Adrenalin 

Bagi beberapa ratus meter pertama bukanlah satu cabaran (kecuali mereka yang gayat). Cabaran untuk anda adalah apabila gondola cable car mula memecut untuk mendapatkan momentum untuk mendaki puncak gunung yang agak curam, disitulah segala bendalir tubuh termasuk adrenalin anda akan dirembes keluar.


Lihat Pada Kabel yang Begitu Condong
Berderau juga jika anda kali pertama mengalami situasi ini. Ini mendaki, bayangkan ketika penurunan nanti. Penulis gelaran 'stage' atau peringkat ini sebagai peringkat adrenalin. Memang pulun habis tenaga diperlukan gondola untuk melepasi puncak gunung ini, apalagi jika pandang ke hadapan seumpama anda mehu menuju ke arah cenuram batu kapur yang bewarnan putih kehitaman tersebut.


Condong Bukan ?
Pada peringkat untuk menaiki puncak ini adalah 'klimaks'nya. Isteri penulis yang berada disebelah ketika ini begitu erat merangkul bahu penulis, siap berbekas merah lagi hehe.

Melepasi puncak tersebut, pendakian mulai landai dan rileks. Di kejauhan kelihatan gah Middle Station yang dibina pada ketinggian 650 meter dari aras laut. Perjalanan dari Base Station dan ke Middle Station adalah sejauh 1700 meter yang mungkin mengambil masa sekitar 20-30 minit perjalanan bersama gondola cable car. Secara automatik pintu gondola terbuka apabila menyentuh 'sensor' di platform middle station.


Cable Car View
Di Middle Station SkyCab

Pengunjung boleh turun disini, seumpama destinasi pertama anda. Di Middle Station sebenarnya sudah cukup tinggi untuk bergambar, disediakan platform 360 darjah untuk melihat permandangan sekitar. Platform yang tidak bersambung dengan 'balai ketibaan' gondola cable car, namun dihubungkan dengan tangga kayu.

Di Platform Kayu Middle Station
Sejuk betul suasananya, bandingkan dengan kesejukan di Cameron highland. Jika anda tiba ketika musim hujan dengan udara yang tepu, mungkin anda akan diselubungi kabus.


Perjalanan seterusnya adalah untuk ke Top Station, yang berketinggian 708 meter dari aras laut. Tidak begitu jauh dari Middle Station.


Kau Kunci Cintamu Dalam Hatiku Cia Cia
'Copy-paste' dari Middle Station cuma pada aras yang berbeza. Bagi kenangan berbayar, terdapat krew dan staff SkyCab yang akan menyuruh anda 'posing' untuk bergambar kenangan, bukan percuma namun berbayar.


Base Jump kah ?
Kami tidak menggunakan khidmat tersebut memandangkan kami sudah boleh 'selfie' dan 'wefie' sendiri-sendiri. Jika masih ada, perjumpaan anda ke dalam 'force' kegelapan mungkin ada jika terserempak dengan darth vader yang inginkan anda bersamanya ke force kegelapan. Cosplayer sebenarnya.


Menuju Ke Top Station
Singgah Di Top Station SkyCab

Top Station sebenarnya adalah balai ketibaan untuk mereka yang ingin melihat Pulau Langkawi secara keseluruhan, yang dikelilingi laut. Nun di utara pulau-pulau sekitar Thailand turut kelihatan.


View Middle Station dari Top Station
Station ini juga adalah pintu masuk untuk ke SkyBridge yang tidak berapa jauh dari Top Station. 


Pulang Jom!
Sudah selesai 'checklist' mesti singgah di Langkawi. Ambil gambar kenangan, menikmati permandangan di dalam suhu sejuk. Tibalah masa untuk pulang ke Bumi. Saat yang dinantikan adalah menuruni 'slope' curam ala-ala roller-coaster nanti.


Melepasi Roller Coaster Ride Versi Cable car
Datang ke Langkawi jadikan SkyCab yang berjarak dari base station ke top station 4400 meter ini sebagai salah satu aktiviti percutian anda. Di lain travelog artikel di Langkawi, penulis akan berkongsi pula pengalaman di SkyBridge, Jambatan tertinggi tersebut.

Informasi Pengunjung

SkyCab Langkawi terletak di kaki Gunung Mat Chincang Langkawi. Bukan sesuatu yang sukar untuk ditemui menggunakan aplikasi waze atau google maps.


Waze Lokasi Skycab Cable Car Langkawi
Bagi yang masih lagi 'hipster' untuk mendapatkan alamatnya, dibawah adalah alamat SkyCab Langkawi;

Panorama Langkawi Sdn Bhd
Cable Car Station, Oriental Village,
Burau Bay,
07000 Langkawi,
Kedah, MALAYSIA

Hubungi: 
Telefon :[6]04-959 4225/1225
Faks :[6]04-959 1121/4121

Email: [email protected]

How to Get Here ?

12km dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, dengan durasi masa 20-30 minit dengan menaiki kereta. Dari Pekan Kuah mungkin dalam masa 35 minit untuk sampai melalui jarak 29km.

Dapatkan penginapan sekitar Langkawi untuk memudahkan perancangan dan tentatif program anda. Boleh menempah melalui aplikasi agoda di bawah, mungkin anda mendapat tawaran harga yang amat berpatutan


Pilihan Gondola

Terdapat 3 jenis gondola untuk dipilih:

1. Normal Gondola
2. Bottom Glass Gondola (Gondola transparent dibahagian lantainya)
3. VIP Gondola, yang lebih mewah. Dengan 'leather seat' sekali

Setiap gondola dibenarkan dinaiki penumpang seramai 6 orang dengan kapasiti maksima berat adalah 480kg/gondola.

Waktu Operasi

Beroperasai setiap hari kecuali sebarang penyelenggaraan sedang dijalankan.
Dibuka pada jam 9.30 pagi sehingga 7.00 malam. Jika musim cuti, sekolah atau umum, skycab mungkin dibuka awal dari masa berkenaan.

Harga Tiket


Harga Tiket Cable Car SkyCab Langkawi
Normal Gondola

Normal: RM30-RM55/person
Express Lane: RM90-Rm105/person

High Class Gondola

Glass Bottom Gondola: RM105/person
Private Gondola: RM550/gondola
VIP Gondola: RM550/gondola

SkyCab Combo

Combo A: RM45-RM75/person
Combo B: RM40-RM70/person


BACA JUGA: PENGALAMAN ISLAND HOPPING DI PULAU LANGKAWI

Anda fikir anda tahu Pengalaman Menaiki Cable Car Di SkyCab Langkawi ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Pengalaman Menaiki Cable Car Di SkyCab Langkawi

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×