Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Cara Menggunakan Basikal OBIKE


"Basikal Obike"

Apabila melalui Jalan Imbi menuju ke Berjaya Times Square, penulis ada terlihat kelibat beberapa buah basikal bewarna kuning. Tertera pada basikal berkenaan 'OBIKE'.


Cara Menggunakan Basikal OBIKE
Cara Menggunakan Basikal OBIKE
Apakah itu OBIKE ?

OBIKE adalah satu kemudahan yang cuba ditawarkan kepada pengguna dalam bandar sebagai alternatif kepada berjalan kaki.


Umpama menyewa sebuah basikal untuk ke satu destinasi. Satu cara berkongsi basikal yang telah banyak di negara-negara maju. OBIKE pertama kali digunakan di Singapura pada Februari 2017 dan berkembang ke 12 negara lain seperti Taiwan, Korea, Malaysia, Australia, Thailand, Germany, Austria, the Netherlands, Belgium, Italy, the United Kingdom, Switzerland and Sweden.

Kebanyakan OBIKE ditempatkan dikawasan menunggu pengangkutan awam seperti di perhentian bas (bus stop) dan perhentian teksi selain dari berdekatan dengan LRT atau tren.

OBIKE jika digunakan sebaiknya memang satu inovasi perkongsian yang amat bagus untuk membantu elak kesesakan di kawasan tertentu.

Cara Menggunakan Sistem OBIKE

Sudah tahu apa itu OBIKE ? Bagaimana cara untuk menggunakannya ?

Terdapat beberapa langkah yang diperlukan oleh pengguna untuk menggunakan OBIKE. Antara langkah-langkah mudah ini adalah:

1. Muat turun aplikasi OBIKE pada telefon mudah alih anda. Di Playstore atau Apps Store (apple store atau google play).


Download Obike App
2. Daftar (sign up) untuk mencipta satu akaun OBIKE anda dengan menggunakan nombor telefon anda.

Sign Up Obike
Sign Up Obike
Lebih mudah jika anda daftar masuk menerusi akaun Facebook

3. Gunakan aplikasi OBIKE untuk mencari kawasan yang diletakkan OBIKE (seumpama menggunakan google maps, pastikan GPS anda dipasang) di kawasan yang telah dikhaskan OBIKE diletakkan.


Locate An Obike
4. Pada basikal OBIKE dilengkapi dengan sistem kunci keselamatan pada tayarnya. Bagi membuka kunci (lock) ini anda perlulah menggunakan aplikasi OBIKE pada telefon atau gajet anda dengan mengimbas (scan) pada QR Code yang ada pada basikal OBIKE, dibahagian kunci tayar belakang.


Scan to Unlock Obike
Scan to Unlock Obike
5. Bagi mengunci kembali basikal OBIKE apabila diletakkan di tempatnya. Kuncikan OBIKE secara manual.


Video Langkah Langkah Gunakan OBIKE

Bayaran Sewa OBIKE

Sebagai permulaan pengguna perlu membayar RM49 (RM19 untuk pelajar) sebagai deposit. Bayaran ini adalah seumur hidup. Bayaran deposit jika berlaku apa-apa.
   
Penulis juga kurang pasti 'apa-apa' itu macam mana. Deposit refundable, atau sebagai langkah berjaga-jaga dari pihak OBIKE takut basikalnya dicuri atau dirosakkan. Bayaran sekali dikenakan dan gunakan sepuasnya OBIKE.

(Dalam tempoh percubaan bayaran adalah melalui kad kredit dan kad debit atau paypal)

Rate untuk penggunaan OBIKE adalah RM0.50/30minit. 

Cara Top-Up Kredit OBIKE

Apabila sudah habis RM 49 (student RM19) digunakan, anda perlu 'top up' dengan cara:

pergi ke Menu
lepas tu tekan My Wallet 
tekan Top Up Now
lepas tu anda boleh pilih untuk topup RM12, RM20, RM50, ataupun RM100. 
Lepas pilih amaun topup yang diingini
tekan Pay Now untuk membuat bayaran

Mungkin apabila OBIKE sudah dikendalikan dengan baik oleh pengendali dan sudah ramai yang boleh terima sistem ini, sistem kad prepaid akan dikeluarkan.

Bacaan Pedometer

Apa yang menarik mengenai aplikasi OBIKE ini adalah terdapat bacaan meter untuk anda membakar kalori ketika menggunakan OBIKE, seperti jam digital fit bit sebagai contoh.


Pedometer Menu OBIKE
Pedometer Menu OBIKE
OBIKE juga menyediakan satu menu untuk melaporkan sebarang salah laku terhadap basikal mereka dan jika ingin melaporkan tentang kerosakan pada basikal.

Aplikasi OBIKE menggunakan sistem bluetooth, pastikan peranti anda memiliki sistem bluetooth. Pengguna OBIKE disarankan membawa power bank atau pengecas telefon kerana kemungkinan aplikasi ini 'makan' banyak data dan bateri anda, kerana bluetooth dan gps.

'Ride' OBIKE Percuma


OBIKE Invitation Code
OBIKE Invitation Code
Anda boleh menunggang basikal OBIKE dengan percuma dengan mengesyorkan aplikasi OBIKE kepada rakan anda seumpama 'recommendation' menggunakan nombor kod jemputan (invitation code) anda.

Meletakkan aplikasi dan sistem negara maju pada masyarakat mentaliti kelas ketiga ? Satu kesabaran dalam tunjuk ajar dalam faktor sikap diperlukan.

Pengguna OBIKE perlulah berumur 12 tahun dan ke atas.

Anda fikir anda tahu Cara Menggunakan Basikal OBIKE ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum.



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Cara Menggunakan Basikal OBIKE

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×