Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Perbezaan Maksud Blue Ray, WEBDL, DVDRips dan HDTV


Bagi penggemar movie atau filem dan downloader tegar Dari internet beberapa istilah seperti Blue Ray, Web Dl, HDTV dan DVDRips sudah agak biasa dilihat melalui kornea terus ke otak.

Geng downloader tegar sudah biasa dengan istilah-istilah tersebut melalui pengalaman. Dari aspek kapasiti fail, kualiti gambar serta kualiti bunyi. Namun secara teorinya ramai yang tidak mengetahuinya.


Blue Ray (BRRIP & BDRIPs)
Sistem file yang agak universal dalam kesesuaian dalam membacanya seperti DVD (dengan sokongan Divx/Xvid), XBOX 360, PS3 serta peranti yang lain. 
Jenis file ini boleh dikatakan adalah yang terbaik setakat ini dalam membaca file atau 'burn' dari DVD. Amat direkomen jika ingin mendapatkan kualiti gambar dan bunyi yang baik.



WEB-DL
Filenya datang dari sumber online, Online distribution website. Website online untuk mendownload. Kualiti boleh tahan bagus seperti blue ray kerana tiada sebarang ubahan atau re-encoded dibuat ketika di upload.
Kebanyakkan file adalah bersumberkan iTunes. Sebagaimana anda melihat di iTunes seperti itulah filenya setelah di download. Tiada sebarang logo network kelihatan pada skrin.

DVDRips
Jelas pada namanya. Merupakan hasil dari pembelian dvd yang sudah diekstrak menjadi soft copy. Ramai yang mengatakan kualitinya adalah terbaik, excellent. Namun harus diingat pada bila ia di'rip' dari dvd, kerana dvd dikeluarkan pada peringkat-peringkat tertentu.
Peringkat terakhir pengeluaran dvd adalah yang terbaik.

HDTV
Bagi mereka yang memiliki PVR astro, atau sebarang tv kabel yang membenarkan anda untuk merekod cerita, jika cerita anda direkod melalui tv itu bermakna file tersebut adalah dari HDTV. Namun mestilah dari rancangan HD atau memiliki tv HD.
Kebanyakan di Malaysia adalah datangnya dari astro best atau astro first.Kualiti berdasarkan cara rekod oleh perekod cerita.

Rip : adalah suastu aktiviti pengambilan data dari sesuatu sumber tiada kaitan dengan rest in peace.

Anda fikir anda tahu Perbezaan Maksud Blue Ray, WEBDL, DVDRips dan HDTV ?

Anda fikir sekali lagi....

Assalamualaikum....



This post first appeared on SOME BULLET FOR YOUR HEAD!, please read the originial post: here

Share the post

Perbezaan Maksud Blue Ray, WEBDL, DVDRips dan HDTV

×

Subscribe to Some Bullet For Your Head!

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×