Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT UTM - SENAMROBIK PERDANA SIRI 4/2017



PROGRAM Gaya Hidup Sihat UTM - SENAMROBIK PERDANA SIRI 4/2017

Perkara di atas dirujuk dengan segala hormatnya.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa pihak Universiti di bawah Program Pembangunan Modal Insan akan menganjurkan Program Gaya Hidup Sihat UTM - Senamrobik Perdana Siri 4/2017. Program akan diadakan pada ketetapan berikut:​
Tarikh : 4 April 2017, Selasa
Masa : 7:30 - 7:45 pagi - Kehadiran Warga UTM
7:45 – 8:45 pagi - Acara Senamrobik Perdana
Tempat : Stadium Azman Hashim, UTM JB
Instruktor :
En. Mohamad Radzi bin Abd Razak (Seksyen Pembangunan, BSM, Pendaftar)
En. Mohd Ruzaimi bin Mas'od (Pejabat Harta Bina)
En. Mohd Hatta bin Md Sodari (Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi)

3. Seluruh Warga UTM adalah dijemput bersama-sama untuk memeriahkan program. Ketua Jabatan hendaklah bertanggungjawab memastikan kehadiran staf di PTJ/Fakulti masing-masing adalah teramai sewaktu program berlangsung. Bersama-sama ini juga turut dilampirkan layout kedudukan yang terkini PTJ dan Fakulti di Stadium semasa program berlangsung sebagai rujukan.​

4. Semoga hasrat Pengurusan UTM untuk memastikan gaya hidup sihat sebagai budaya Warga UTM dapat direalisasikan. Kerjasama seluruh Warga UTM dalam menjayakan prorgam ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

Seksyen Pembangunan
Bahagian Sumber Manusia (BSM)
Pejabat Pendaftar
Universiti Teknologi Malaysia
81310 UTM Johor Bahru
Tel : 07-5531116 / 37946 / 30361
Fax : 07-5585821

updated by paklong jb


This post first appeared on KPAP UTM, please read the originial post: here

Share the post

PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT UTM - SENAMROBIK PERDANA SIRI 4/2017

×

Subscribe to Kpap Utm

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×