Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Selangor Cyber Game 2016 Dilancarkan! Hadiah Wang Tunai Terkumpul RM350,000 menjadi rebutan!


Wowowo! This is madness..


Pada awal bulan September tahun hadapan maka bermula Acara e-sukan terbesar anjuran Negeri Selangor yang dinantikan oleh peminat tegar pemainan video online dan konsol. Jangan hairan bahawa kali ini team-team dari negara Laut China Selatan dan China akan beraksi. Bukan domestik sahaja! Must be hard.



Jangan berlengah lagi. Jom saksikan video promosi mereka di bawah ni.

Sumber: Youtube, MineskiTV

Bagi tahun ke-3 Acara Ini diadakan, lebih banyak tajuk permainan online yang dipertandingkan. Kesemuanya syok-syok belaka! Manakah tidak, hadiah terkumpul tahun ini adalah sebanyak RM350,000 beb! Acara ini juga akan berlangsung selama tiga hari iaitu dari 9 September hinggalah ke 11 September 2016.


Tempat pertandingan ini diadakan ialah OneCity Mall, Subang Jaya, Selangor. JomJomJom!


Mari kita tengok senarai pertandingan dan hadiah dalam acara yang ‘super hot’ ini:

Pertandingan
Prize Pool
MPGL SEA Championship (Dota 2)
USD 50,000
SCG League Of Legends Cup
USD 20,000
SCG Amateur Dota 2 Cup
RM 20,000
SCG CS:GO Cup
RM 20,000
SCG FIFA 16 Cup
RM 20,000
SCG Hearthstone
RM 10,000
SCG Ultra Street Fighter V Cup
RM 10,000
SCG Clash Royale Cup
RM 10,000

Bagi pertandingan utama acara ini, MPGL Dota 2, acara ini menampilkan host terkenal iaitu Eri Neeman. Di samping itu, pertandingan ini juga menampilkan bakat seperti Godz, WinteR, Odpixel, Sheever, Flava dan Danelie.




Jika anda tidak berpeluang pergi jangan risau! Hehe.. Acara ini akan disiarkan secara ‘live’ di Astro channel 808 (eGG) dan juga Twitch (streaming menggunakan internet).



Penaja utama acara SCG 2016 ini ialah Acer Predator (Acer) dan NVIDIA, sebuah pembuat kad grafik terkemuka dunia. Mereka akan menaja perkakas komputer berprestasi tinggi untuk acara ini. 

Thorbaik...


Selain itu, penaja lain yang turut menyumbang dalam acara ini ialah SteelSeries, OneCity, TIME dotCom, Twitch, Garena, eGG, E-Club, Tourism Selangor, MPSJ, Edollar, Ecity Hotel dan Mineski Infinity.





Pada sidang akhbar tempoh hari, Y.B Tuan Amirudin bin Shari – Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan Sukan, Kebudayaan dan Pembangunan Keusahawanan Negeri Selangor – telah menjelaskan sokongan padu untuk menyokong pembangunan e-sukan dalam kalangan belia di Malaysia, bermula dari Selangor.







Dari sidang akbak beliau berkata:

"Kerajaan telah banyak melabur dalam pembangunan sukan elektronik untuk kesejahteraan generasi muda kami di Selangor. Dalam membuat demikian, kami yakin bahawa kami boleh memberi lebih banyak pilihan kepada mereka dalam industri permainan video di masa hadapan. Kejayaan mereka menunjukkan bahawa kami telah berjaya dalam membuat cita-cita mereka menjadi kenyataan. Kami mahu mereka untuk berjaya! Acara Selangor Cyber Games ini bukan sahaja cara untuk kerajaan menunjukkan sokongan kepada generasi muda tetapi juga satu pesanan kepada para pemain bahawa kami juga sangat prihatin untuk pembangunan dan persekitaran mereka."

Beliau juga menyatakan bahawa ini juga salah satu usaha untuk mengubah persepsi komuniti rakyat Malaysia terutama generasi yang lebih tua terhadap permainan video ini. Beliau menghujahkan bahawa terdapat laluan kerjaya yang berdaya maju dalam e-sukan dan industri ini sedang berkembang dan akan menjadi salah satu faktor utama pertumbuhan ekonomi di dalam negara. Walaubagaimanapun, beliau sedar bahawa menggalakkan permainan video boleh menyebabkan pelajar untuk ponteng dan tidak belajar, beliau menambah bahawa disiplin itu sangat penting. Beliau menzahirkan kebimbangan kepada generasi muda, berkata bahawa kerajaan dan organisasi harus membangunkan potensi mereka tetapi dalam keadaan persekitaran yang selamat dan sihat.

Baca diatas dengan teliti, penting weyh!

Acara kali ini adalah salah satu acara e-sukan yang terbesar di Asia Tenggara pada masa ini. So, jangan lupa untuk menyaksikan keberlangsungannya secara live sama ada dari One City Mall atau dari kaca TV Astro anda di rumah.

Untuk maklumat lanjut tentang syarat dan pendaftaran pertandingan, silalah klik web ini:

Selangor Cyber Games 2016 Official Web



Untuk berita terkini tentang acara ini, silakan like page Facebook Mineski Events Team - Malaysia.


This post first appeared on Rusdi Rashid, please read the originial post: here

Share the post

Selangor Cyber Game 2016 Dilancarkan! Hadiah Wang Tunai Terkumpul RM350,000 menjadi rebutan!

×

Subscribe to Rusdi Rashid

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×