Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Virus Zika: Informasi yang anda perlu tahu dan Panduan mengelak daripada Terjangkit


Malaysia semalam telah dikejutkan dengan berita kes pertama serangan Virus Zika semalam. Berita ini amat mengejutkan ramai rakyat di Malaysia terutamanya yang berada berdekatan dengan  kawasan pesakit.

Entri kali ini akan membincangkan informasi tentang Virus Zika dan langkah-langkah untuk anda mengelak daripada terjangkit. Mari kita baca informasi ini dan pastikan anda menyebarkan kepada kawan dan keluarga anda untuk mengelakkan mereka daripada terjangkit. Dengan kerjasama bersama, InsyaAllah penyakit ini dapat dielakkan. Amin.


Pesakit pertama yang di-sahkan terjangkit virus ini adalah seorang wanita yang berumur 58 tahun pada 31 Ogos di Hospital Sungai Buloh setelah ujian air kencing (PCR) beliau positif Virus Zika. Beliau yang beralamat di Bandar Botanik, Klang, Selangor terjangkit penyakit ini selepas melawat anak perempuan beliau yang berada di Singapura pada 19 Ogos lepas, yang juga adalah seorang pesakit Zika. Selepas balik daripada Singapura, beliau juga dilaporkan telah melawat beberapa tempat di sekitar Kuala Lumpur dan Klang dalam tempoh 21 Ogos hingga 28 Ogos.



Menteri Kesihatan Malaysia, DR.Subramaniam dalam satu sidang akhbar berkata :

Kami sedang membuat langkah kawalan terhadap nyamuk aedes berdekatan dengan rumah pesakit sebagai langkah untuk mengelak penyebaran virus ini.

Apa itu Virus Zika?

Virus Zika sebenarnya adalah termasuk dalam kategori penyakit ringan TETAPI adalah sangat merbahaya terhapat perempuan yang sedang mengandung. Menurut CDC (Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika), Zika adalah penyakit berjangkit kebanyakan disebabkan oleh gigitan daripada nyamuk Aedes (Ae. Aegypti dan Ae. Albopictus). Nyamuk-nyamuk ini juga amat agresif menggit pada waktu siang.

Nyamuk aedes jenis Ae.Aegypti

Nyamuk Aedes jenis Ae. Albopictus




Kenapa bahaya kepada wanita mengandung? Ini kerana pesakit wanita tersebut boleh menurunkan penyakit ini kepada janinnya. Jangkitan semasa mengandung boleh menyebabkan kecacatan semasa kelahiran.






TIADA LAGI VAKSIN DAN UBAT UNTUK ZIKA! Tetapi jangan risau, kerajaan Singapura telah melaporkan bahawa dari 115 kes yang dilapokan di sana, kebanyakan mereka telah sembuh.


Bagaimana Virus Zika tersebar?
  • Gigitan nyamuk
  • Dari wanita mengandung kepada janinnya
  • Seks
  • Pemindahan darah (belum disahkan)

Simptom-simptom Zika?

Kebanyakan yang terjangkit Virus Zika tidak mempunyai simptom atau hanya mempunyai simptom yang ringan sahaja. Simptom Zika boleh berlarutan untuk beberapa hari sehinggalah berminggu-minggu. Tambahan lagi, seseorang yang telah dijangkiti Zika akan terselamat daripada jangkitan pada masa hadapan. Antara simptom-simptom yang boleh dikaitkan dengan jangkitan Virus Zika ialah:
  • Demam
  • Ruam
  • Sakit sendi
  • Konjunktivitis (Red Eyes)

Simptom lain termasuk:
  • Sakit Otot
  • Sakit Kepala

Panduan untuk mengelak daripada dijangkiti Virus Zika:


Ingat bahawa tiada ubat atau vaksin lagi untuk mengelak Zika. Cara yang terbaik ialah untuk mengelak penyakit yang disebarkan oleh nyamuk ialah dengan melindungi diri anda dan keluarga anda dengan gigitan nyamuk. Begini caranya:

Pemakaian
  • Pakai baju yang berlengan panjanng dan seluar panjang setiap masa -- klik SINI untuk membeli baju lengan panjang secara online dengan tawaran hebat. AMARAN: Nyamuk ni juga aktif pada waktu siang!
  • Rawat pakaian dengan menggunakan ‘Permethrin’ 



Penghalau Serangga

  • Guna ubat nyamuk yang telah didaftarkan kepada EPA (Agensi Perlindungan Alam Sekitar) terutamanya yang mengandungi kandungan aktif berikut -- DEET, picaridin, IR3535, para-methane-diol atau ‘oil of lemon eucalyptus -- klik di SINI untuk membeli Penghalau Nyamuk anda secara online. Pastikan anda melihat label untuk arahan produk yang akan anda guna.
  • Ubat nyamuk mengandungi bahan diatas sudah dibuktikan selamat dan efektif biarpun digunakan oleh wanita yang mengandung dan yang masih menyusukan anak.
  • Jangan guna Penghalau Serangga terhadap bayi yang berusia kurang daripada 2 bulan.
  • Jangan guna produk yang mengandungi ‘lemon eucalyptus’ atau para-methane-diol terhadap kanak-kanak yang berusia kurang daripada 3 tahun

Untuk mengetahui lebih lanjut, rujuk laman web EPA:
Environmental Protection Agency(EPA)-registered insect repellents

Dirumah

  • Pastikan tingkap dan pintu rumah anda sentiasa ditutup. Pasangkan penyaman udara.  Ini untuk menghalang nyamuk daripada masuk ke dalam rumah anda.
  • Net nyamuk boleh digunakan untuk melindung tempat baring bayi anda -- klik di SINI untuk membeli secara online.
  • Tidur lah di tempat yang dilindungi net nyamuk jika tidak dapat menutup rumah secara kesuluruhan kerana ketiadaan penyaman udara.




Itu sahaja yang dapat admin kongsikan berkenaan Virus Zika dan Langkah untuk mengelak daripada terjangkit. Terima kasih kerana membaca. Jangan lupa kongsikan kepada keluarga dan rakan anda supaya dapat menghalang Virus Zika daripada terus menular di Malaysia!


Rujukan: theborneopost.com, cdc.gov/zika, epa.gov


This post first appeared on Rusdi Rashid, please read the originial post: here

Share the post

Virus Zika: Informasi yang anda perlu tahu dan Panduan mengelak daripada Terjangkit

×

Subscribe to Rusdi Rashid

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×