Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2019/ 2020 KPM Online


Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2019/ 2020 KPM Secara Online. Perhatian buat ibu bapa dan penjaga. Permohonan kemasukan murid ke Prasekolah (KPM) bagi sesi persekolahan tahun 2019 akan dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018. Pendaftaran PraSekolah boleh dibuat secara dalam talian di E-Prasekolah atau permohonan secara manual.

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2019/ 2020 KPM Online

Permohonan Kemasukan Ke Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) Tahun 2019 Secara Dalam Talian Dibuka Mulai 1 Mac 2018 Hingga 30 April 2018. Pendaftaran Permohonan Kemasukan Murid ke program pendidikan Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi sesi persekolahan tahun 2018 secara online

Syarat Kelayakan Memohon Prasekolah 2019/ 2020 KPM Online

Syarat Kelayakan Memohon ke prasekolah di bawah Kementerian Pendaftaran Malaysia adalah:

  • Kanak-Kanak Warga Malaysia Sahaja
  • Kanak-Kanak Yang Lahir Pada 2 Januari 2013 – 15 Januari 2015

Tempoh Permohonan Prasekolah 2019/ 2020 KPM Online

1. Secara Atas Talian

Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 30 April 2018

2. Secara Manual Melalui Prasekolah Yang Dimohon
Tempoh pendaftaran dibuka mulai 1 Mac 2018 hingga 31 Mei 2018

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2019/ 2020 Secara Online

Berikut adalah cara membuat permohonan online (atas talian) melalui laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Isi Borang Online

Buka laman web https://eprasekolah.moe.gov.my dan isi borang permohonan prasekolah. Lengkapkan semua butiran yang diminta.

2. Cetak Borang Permohonan

Permohonan yang telah lengkap perlu disemak dan dicetak.

Borang ini perlu diserahkan kepada prasekolah yang dipohon berserta dengan senarai semak yang dinyatakan didalam borang permohonan. Penyerahan perlu dilakukan dalam tempoh pendaftaran.

3. Semak Status Permohonan Prasekolah 2019/ 2020

Setelah mengisi borang, status permohonan boleh disemak dengan klik pada butang SEMAK PERMOHONAN di ruang LAMAN PENGGUNA.

Bagi permohonan yang telah BERJAYA, pemohon perlu mencetak SURAT TAWARAN dan serahkan pada sekolah yang dipohon pada hari pendaftaran yang dinyatakan di dalam surat tawaran tersebut.

Untuk rayuan permohonan, sila klik butang RAYUAN PERMOHONAN apabila dimaklumkan kelak.

Cara Membuat Permohonan Pendaftaran Prasekolah 2019/ 2020 Secara Manual

1. Ambil Borang

Ibu bapa/penjaga boleh mengambil borang permohonan di sekolah/institusi yang ingin dimohon. Tempoh permohonan secara manual bermula 1 Mac hingga 31 Mei 2018.

2. Lengkapkan Borang

Borang permohonan yang lengkap diisi berserta dokumen-dokumen berkaitan seperti yang diminta oleh prasekolah.

3. Hantar Semula Borang Bersama Dokumen Berkaitan

Kesemua borang beserta dokumen sokongan hendaklah dihantar ke sekolah yang dimohon.

Maklumat Lanjut Pendaftaran Prasekolah 2019/ 2020

Untuk maklumat lanjut, boleh berhubung terus dengan pihak sekolah atau layari laman web https://eprasekolah.moe.gov.my/.



Source link

The post Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2019/ 2020 KPM Online appeared first on BLOGAMEER.COM.



This post first appeared on BLOGAMEER.COM | WADAH MADRASAH PENGALAMAN, please read the originial post: here

Share the post

Permohonan Kemasukan Murid Prasekolah 2019/ 2020 KPM Online

×

Subscribe to Blogameer.com | Wadah Madrasah Pengalaman

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×