Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) Januari 2018


Jawatan Kosong MPKlang Januari 2018

Jawatan kosong kerajaan terkini di Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) Januari 2018. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini di Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) sebagai:

Jawatan ( Tetap/Kontrak )

1. Akauntan WA41
2. Penolong Pegawai Undang-Undang L29
3. Penolong Pegawai Tadbir N29
4. Pembantu Tadbir N19

Jawatan ” Contract For Service “

1. Pegawai Penilaian W41
2. Penolong Pegawai Penilaian W29
3. Pembantu Penilaian W19
4. Pembantu Tadbir N19

Tarikh Tutup: 26 Januari 2018 ( Jumaat )
Lokasi : Klang, Selangor
Sektor : Kerajaan

PERHATIAN KEPADA PEMOHON

i) Permohonan hendaklah dibuat dalam borang MPK(BP) Perjawatan Pindaan 7/2016 yang boleh diperolehi di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Perbandaran Klang dengan harga RM2.00.

ii) Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan disertakan gambar berukuran passport, salinan salinan sijil kelahiran, kad pengenalan, sijil persekolahan, kelulusan akademik yang berkaitan yang telah disahkan daripada salinan asal.

iii) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah mengemukakan borang permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat Dan Penamatan Perkhidmatan) 2005 dan menyertakan bersama-sama Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini dan Laporan Penilaian Prestasi (LNPT).

iv) Permohonan yang lewat diterima dan tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan dan calon yang berkelayakan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

v) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh ditutup hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

vi) Borang jawatan kosong juga boleh dimuat turun di laman sesawang/portal rasmi Majlis Perbandaran Klang (www.mpklang.gov.my) atau sila muat turun pada link borang permohonan jawatan di bawah.

Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah di hantar kepada :

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN
BANGUNAN SULTAN ALAM SHAH
JALAN PERBANDARAN
41675 KLANG

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Bahagian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Klang di talian 03-3375 5555 sambungan 1512 /1510.

Muat turun iklan dan syarat permohonan disini

Muat turun borang permohonan jawatan disini

(TERKINI) Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) Januari 2018 – Jawatan Kosong Kerajaan | Jawatan Kosong Terkini Februari 2018.



Source link

The post Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) Januari 2018 appeared first on BLOGAMEER.COM.



This post first appeared on BLOGAMEER.COM | WADAH MADRASAH PENGALAMAN, please read the originial post: here

Share the post

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Klang (MPKlang) Januari 2018

×

Subscribe to Blogameer.com | Wadah Madrasah Pengalaman

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×