
Jawatan kosong kerajaan terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Februari 2018. Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan Jawatan Kosong terkini di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai:
1. PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT F41
Syarat Lantikan Wajib :
a) Warganegara Malaysia;
b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
c) Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Lantikan
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer dan Teknologi Maklumat atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf denggannya. atau;
b) Ijazah sarjana muda kejuruteraan dalam bidang komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yangdiiktiraf setaraf dengannya. atau;
c) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat, kejuruteraan komputer atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
Taraf Jawatan : Perkhidmatan Kontrak (Contract For Service -CFS)
Fungsi Bidang Tugas
Bertanggungjawab mengkaji dan menganalisis kemungkinan kesesuaian sistem komputer yang sedia ada dan seterusnya mereka bentuk, membangun, melaksana, menyelenggara serta kajian semula sistem pemprosesan data dan maklumat bersesuaian dengan kegunaan Pihak Berkuasa.
CARA MEMOHON
(i) Permohonan hendaklah menggunakan surat bidas disertakan dengan sekeping gambar terbaru berukuran pasport dan hendaklah disertakan dengan satu (1) salinan fotostat sijil dan dokument-dokumen berikatan yang diakui SAH (mengikut susunan):-
a. Resume Calon
b. Kad pengenalan
c. Sijil Kelahiran
d. Sijil Tamat Persekolahan
e. Salinan STPM/STAM/SPM/PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
f. Salinan Ijazah berserta transkrip (sekiranya berkaitan)
g. Pengiktirafan kelayakan Ijazah/Diploma/Sijil daripada JPA (sekiranya pemohon adalah lepasan IPTS) dan
h. Lain-lain dokumen sokongan.
Hantarkan permohonan anda kepada :
KETUA EKSEKUTIF,
PIHAK BERKUASA PERANTI PERUBATAN,
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA,
ARAS 5, MENARA PRISMA PLOT 3C4,
PRESINT 3, PERSIARAN PERDANA,
62675 PUTRAJAYA.
(ii) Pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan/ Badan Berkanun/ Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing, dan disertakan dengan salinan Borang Laporan Penilaian Prestasi Tahunan dan kenyataan Perkhidmatan yang terkini.
(iii) Pemohon hendaklah menulis nama jawatan yang dipohon diatas sebelah kiri sampul surat.
(iv) Permohonan yang tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan atau tidak bergambar atau tidak lengkap akan ditolak permohonannya.
(v) Hanya calon-calon yang berkelayakan setelah ditapis dan didapati sesuai sahaja akan dipanggil untuk temuduga. Pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan dalam tempoh tiga (3) bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan adalah sebagai TIDAK BERJAYA.
Tarikh Tutup Permohonan : 02 Februari 2018
(TERKINI) Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41 di KKM Februari 2018 – Jawatan Kosong Kerajaan | Jawatan Kosong Terkini Februari 2018.
Source link
The post Jawatan Kosong Pegawai Teknologi Maklumat F41 di KKM Februari 2018 appeared first on BLOGAMEER.COM.
This post first appeared on BLOGAMEER.COM | WADAH MADRASAH PENGALAMAN, please read the originial post: here