Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran


Borang Permohonan Kemasukan Latihan GIATMARA 2018/ 2019 secara online. Berita baik buat pelajar Bumiputera yang bercadang untuk mengikuti latihan kemahiran Giatmara adalah salah satu pilihan buat mereka yang ingin mempunyai latihan kemahiran dalam bidang tertentu. Permohonan GIATMARA online 2018/ 2019 adalah dipelawa untuk mereka yang berumur 15 tahun keatas samada lepasan SPM atau tidak. Namun dengan bersyarat calon boleh membaca, menulis dan minat iaitu 3M. Mereka yang berkelayakan dan sihat tubuh badan boleh memohon untuk mengikuti program latihan sepenuh dan separuh masa GIATMARA di bawah tajaan Majlis Amanah Rakyat Malaysia (MARA) di GIATMARA Malaysia bagi kemasukan Januari dan Julai 2018.

Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran

Permohonan Kemasukan GIATMARA Online Sesi Januari Dan Julai

Penubuhan GIATMARA adalah bertujuan untuk menyediakan latihan kemahiran teknikal dan vokasional kepada belia-belia di luar bandar dan di dalam bandar bagi membolehkan para belia mendapat kemahiran sebagai persediaan menjadi tenaga kerja mahir dan usahawan teknikal bagi memenuhi keperluan industri dan keperluan kegiatan ekonomi serta keusahawanan di daerah setempat dan dalam negara.

Syarat Kelayakan Permohonan GIATMARA

Syarat-Syarat Kemasukan ke GIATMARA adalah seperti berikut :-

  1. Bumiputera.
  2. Sihat tubuh badan.
  3. Boleh membaca, menulis dan minat (3M).
  4. Berumur dari 15 tahun dan tiada had umur.
  5. Berminat dengan bidang yang dipohon.
  6. Tamat Tingkatan 5 dan berumur 18 tahun ke atas adalah syarat tambahan untuk menduduki peperiksaan kompetenan Suruhanjaya Tenaga (ST) bagi kursus Pendawai Elektrik & Penjaga Elektrik.

A. Permohonan GIATMARA Secara Online Dan Manual

Permohonan kemasukan ke GIATMARA boleh dibuat secara online untuk Kursus sepenuh masa. Untuk kursus separuh (separa) masa, pemohon boleh mengisi borang secara manual. Terdapat 2 sesi pengambilan kemasukan iaitu Sesi Januari dan Sesi Julai setiap tahun.

1. Program Sepenuh Masa (Secara Online)

Permohonan program latihan secara SEPENUH MASA (FULL TIME) boleh di buat secara online dengan mengisi Borang secara atas talian Klik Borang Online GIATMARA

Nota

  • Pemohon perlu mempunyai e-mel yang sah dan ingat kata laluan e-mel anda.
  • Sila buat semakan MANUAL PERMOHONAN secara online GIATMARA
  • Pemohon hanya boleh menggunakan browser google chrome bagi proses permohonan.
  • Setelah mengisi ruangan dibawah, pastikan pemohon menyalin KATA LALUAN yang diberikan untuk meneruskan dengan proses permohonan.

2. Program Separuh Masa (Secara Manual)

Permohonan program latihan separuh masa boleh dibuat dengan mengisi borang manual dan hantar ke mana-mana Pusat GIATMARA berhampiran anda. Klik BORANG SEPARUH MASA

3. Senarai Kursus Yang Ditawarkan Di GIATMARA

Kursus yang ditawarkan oleh GIATMARA di seluruh Malaysia adalah seperti berikut :-

  1. Kursus Kluster Komputer Dan Networking Technology
  2. Kluster Elektrikal (KEL)
  3. Kluster Elektronik Mekatronik
  4. Kursus Kluster Fabrik
  5. Kursus Kluster Hairdressing and Cosmetology
  6. Kluster Hospitaliti
  7. Kursus Kluster Kulinari
  8. Kursus Kluster Mekanikal
  9. Kluster Pembuatan
  10. Kursus Kluster Pengangkutan
  11. Kursus Kluster Percetakan
  12. Kluster Senibina

Klik Kursus Lengkap untuk mendapatkan maklumat lanjut kursus yang ditawarkan

4. Senarai Lokasi GIATMARA

  • Lokasi GIATMARA yang berhampiran dengan tempat tinggal anda boleh dirujuk di Lokasi GIATMARA seluruh Malaysia.

Cara Hubungi GIATMARA

Jika terdapat sebarang masalah, sila emel kepada [email protected]

  • WISMA GIATMARA
    No 39, Jalan Medan Tuanku,
    50300 Kuala Lumpur.
    Malaysia
    Tel: 03-2691 2690
    Fax: 03-2691 2820
    Emel: [email protected]
    Lokasi Ibu Pejabat
    Direktori Ibu Pejabat
    Direktori GIATMARA

Selamat membuat Permohonan Kemasukan GIATMARA 2018/ 2019 samada secara Online untuk kursus sepenuh masa ataupun manual untuk kursus separuh masa. Semoga anda berjaya dalam permohonan kemasukan ke GIATMARA yang dihajati dalam menambah latihan kemahiran untuk diri anda.



Source link

The post Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran appeared first on BLOGAMEER.COM.



This post first appeared on BLOGAMEER.COM | WADAH MADRASAH PENGALAMAN, please read the originial post: here

Share the post

Permohonan GIATMARA Online Latihan Kemahiran

×

Subscribe to Blogameer.com | Wadah Madrasah Pengalaman

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×