Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

FBI Live dari rumah bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana


FBI Live dari rumah bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana. BEKAS penyampai HOT FM Faizal Ismail kini mengendalikan radio sendiri menerusi medium laman sosial Facebook bersama bekas rakan gandingannya, Fara Fauzana sejak dua hari lalu. Faizal berkata, program berkonsepkan konti rumah dinamakan FBI Live itu menggunakan aplikasi live Facebook dan disiarkan secara visual di rumahnya yang terletak di Damansara, Petaling Jaya.

FBI Live dari rumah bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana

FBI Live dari rumah bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana

“Saya lihat ramai masyarakat hari ini terutama anak muda gemar menonton dan menggunakan aplikasi Live di laman sosial mereka. Dari situ, tercetusnya idea untuk mewujudkan visual radio sendiri.

“FBI Live ini sudah mula beroperasi sejak enam bulan lalu. Bagaimanapun dua hari lepas saya umumkan kehadiran Fara sebagai rakan gandingan,” katanya.

Menurut Faizal, selepas mengumumkan untuk meninggalkan radio Hot FM lima tahun lalu, ramai peminat yang masih menantikan kehadirannya mewarnai stesen radio.

“Sebelum ini saya pernah memberitahu bahawa saya tidak mahu terikat dengan kerja sepenuh masa. Saya nak buat kerja yang mengikut keselesaan.

Segmen FBI Live

“Disebabkan itu juga, saya terpanggil untuk kembali ke udara menerusi FBI Live. Mula-mula orang pelik melihat pembaharuan yang dilakukan, namun dunia kini bergerak ke arah digital dan menerima maklum balas positif daripada peminat,” katanya.

FBI Live akan bersiaran setiap hari pada pukul 3 petang manakala segmen malam bermula jam 9 malam setiap hari Isnin dan Rabu.

Faizal turut berkongsi FBI Live mendapat kepercayaan daripada beberapa pihak untuk mengiklankan produk mereka. – myMetro



Source link

The post FBI Live dari rumah bersama Faizal Ismail Dan Fara Fauzana appeared first on BLOGAMEER.COM.



This post first appeared on BLOGAMEER.COM | WADAH MADRASAH PENGALAMAN, please read the originial post: here

Share the post

FBI Live dari rumah bersama Faizal Ismail dan Fara Fauzana

×

Subscribe to Blogameer.com | Wadah Madrasah Pengalaman

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×