Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Logo ‘Visit Malaysia 2020’, Ini respon Menteri Pelancongan dan Kebudayaan


Logo ‘Visit Malaysia 2020’, Ini respon Menteri Pelancongan dan Kebudayaan – PETALING JAYA: Biarpun netizen menimbulkan reaksi kurang senang terhadap rekaan Logo Tahun Melawat Malaysia 2020 yang baru diperkenalkan, Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan tetap mempertahankan rekaan tersebut. Menterinya, Datuk Seri Nazri Aziz berkata, kritikan yang dilemparkan berkaitan logo itu bukanlah satu isu.

Logo ‘Visit Malaysia 2020’, Ini respon Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

“Kritikan adalah biasa, kita tidak boleh dapatkan persetujuan rakyat seluruh Malaysia.

“Kalau nak tunggu semua orang setuju, sampai tahun 2020 pun (logo tersebut) tidak akan siap,” katanya ketika dihubungi The Star.

Kata beliau, pihak kementerian tidak membelanjakan sebarang kos ke atas rekaan logo itu kerana ia merupakan rekaan pihak jabatan sendiri.

Logo 'Visit Malaysia 2020
Logo ‘Visit Malaysia 2020’ yang mencetuskan kontroversi.

“Kami memiliki jabatan dalam kementerian sendiri dan mereka bertanggungjawab untuk mereka cipta semua logo sejak Tahun Melawat Malaysia yang pertama (1990) sehingga sekarang yang merupakan logo kelima.

“Kami tidak membayar kepada mana-mana syarikat pengiklanan untuk membuat rekaan tersebut.

“Saya lebih percayakan kakitangan sendiri daripada netizen. Lagipun, ia bukan ditujukan buat orang tempatan, sebaliknya untuk pelancong,” katanya.

Rekaan logo tersebut tular di internet kerana rata-rata netizen beranggapan bahawa ia tidak mencapai standard.

Logo yang kelihatan seperti sekeping setem itu menunjukkan Menara Berkembar Petronas, seekor Orang Utan memeluk seekor monyet dan seekor penyu di pantai menggayakan sepasang cermin mata hitam.

Slogan bagi logo tersebut adalah ‘Kembara, Nikmati, Hormat’.

Ketika ditanya tentang rekaan logo tersebut, Nazri berkata, logo tersebut meliputi ikon yang bertepatan dengan imej negara ini.

“Kami mengekalkan Menara Berkembar Petronas dalam logo kerana ia merupakan produk pelancongan yang paling banyak dirakam di Malaysia.

“Kita harus bangga dengan menara berkembar sama seperti orang Perancis bangga dengan Menara Eiffel.

“Bagi kempen Tahun Melawat Malaysia 2020, kita tidak boleh membuang haiwan itu kerana ia adalah simbolik kepada Malaysia,” katanya. – mStar

[ ARTIKEL BERKAITAN: ‘Visit Malaysia 2020’ – Netizen Tidak Puas Hati ]



Source link

The post Logo ‘Visit Malaysia 2020’, Ini respon Menteri Pelancongan Dan Kebudayaan appeared first on BLOGAMEER.COM.



This post first appeared on BLOGAMEER.COM | WADAH MADRASAH PENGALAMAN, please read the originial post: here

Share the post

Logo ‘Visit Malaysia 2020’, Ini respon Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

×

Subscribe to Blogameer.com | Wadah Madrasah Pengalaman

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×