Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SOLAT MEMBEBASKAN MANUSIA DARI PERHAMBAAN

Saya teringat qesas seorang hamba Tuhan yang diperjalankan pada waktu malam dari negeri tempat dia mengadakan perjanjian dengan bapa mertuanya ke tempat dia bercakap dengan tuhan di lembah thuwa yang diberkati sekelilingnya.

di situlah dia terima perintah solat. dia diperintahkan pergi kepada firaun dan menyatakan tujuannya. di situlah dia mencegah mungkar yang dilakukan oleh firaun.

ketika berada di mesir. dia dan saudaranya diperintahkan mengadakan beberapa buah rumah. dan menjadikan rumah-rumah itu qiblat. di situlah Mereka solat.

peristiwa itu menggambarkan tujuan solat adalah mengadakan hubungan-hubungan dengan seseorang. kemudian mereka merancang suatu rancangan. mereka hendaklah mengadakan satu matlamat. kemudian mereka benar-benar melakukan.

kerana solat yang berjaya itu. akhirnya bangsa mereka dapat disatukan dan mempunyai satu qiblat yang sama. akhirnya mereka hijrah dari mesir ke timur. tempat mereka menerima perintah tuhan untuk diamalkan dan diberitahu kepada semua penduduk dunia.

tetapi dalam perjalanan selepas menyeberangi laut. ada sekumpulan orang-orang bodoh dari kalangan mereka yang minta sesuatu kepada ketua mereka.

mereka minta untuk adakan tuhan di hadapan mereka. dan mereka ingin Menghadap Tuhan sebagaimana orang-orang yang mereka lihat menghadap benda yang dinisbahkan dengan tuhan.

inilah keinginan manusia yang terbesar. mereka ingin menghadap tuhan. tetapi mereka tidak sabar. mereka menjadikan benda di hadapan untuk dihadap. kemudian mereka menggambarkan sedang menghadap tuhan.

mereka tidak sabar untuk menghadap tuhan. lalu mereka mengadakan cara-cara tertentu untuk menghadap tuhan di dunia ini walaupun ketika mereka menghadapnya mereka minta untuk diberikan banyak masa untuk hidup di dunia.

sedangkan tuhan hanya boleh dihadap apabila berlaku hari perhimpunan nanti. untuk sampai ke hari itu mereka mesti mati dahulu. tetapi mereka minta ditangguhkan hari yang sudah ditetapkan bila akan terjadi.

akhirnya mereka ditipu oleh orang yang mengaku mengetahui jejak rasul. seolah-olah merekalah pewaris rasul-rasul. merekalah yang mengadakan benda-benda untuk dihadap dan pengikut-pengikut mereka khusyuk dan tekun menghadapnya. kerana dengan perbuatan itu mereka menyakinkan diri sendiri bahawa mereka sedang menghadap tuhan…

semoga dengan kuasa tuhan. dia berikan kemudahan untuk saya menulis lagi.

0
0

The post SOLAT MEMBEBASKAN MANUSIA DARI PERHAMBAAN first appeared on bLog Ambo.



This post first appeared on BLog Juga, please read the originial post: here

Share the post

SOLAT MEMBEBASKAN MANUSIA DARI PERHAMBAAN

×

Subscribe to Blog Juga

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×