Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

3 Kepentingan Tentang Hibah Takaful

Mari kita fahami 3 kepentingan Hibah dalam kehidupan kita. Memang diakui ada yang tersilap pandang pada perkara ini. Namun sebagai Perunding Takaful Bertauliah amat wajar saya mengupas serba ringkas tentang Hibah. Kupasan secara lanjut dan terperinci hanya hanya boleh dilakukan dengan berjumpa terus, personal mesej dan sebagainya.

Apa Itu Hibah Takaful?

Hibah takaful adalah pemberian sejumlah Duit (bukan Aplikasi Duit ) kepada seseorang yang setelah kita meninggal dunia tanpa pengiraan sistem faraid dan pembahagian harta pusaka.

Sejumlah duit ini boleh dituntut oleh pewaris dengan mudah, cepat dan telus melalui kendalian pihak takaful. Proses tersebut hendaklah lengkap dengan dokumen yang diperlukan.

Berikut adalah 3 kepentingan Hibah Takaful. Saya nasihat anda semua untuk baca dengan hati yang ikhlas. Baca dengan fikiran yang tenang agar lebih mudah faham. Jika lepas baca pun tak faham tak apa. Boleh anda pergi jumpa seorang perunding takaful untuk mendapatkan jelasan secara peribadi.

Khidmat nasihat dan perkongsian ilmu memang adalah percuma sahaja.

1. Selesaikan hutang si peminjam

Macam ada sesetengah orang kata bahawa tak berhutang maka tak ada barang. Barangkali cara pemikiran seperti ini adalah kurang bijak.

Ya memang betul. Sebab kemampuan duit tunai kita amat terhad dan kita terpaksa bekerja dan menunggu hujung bulan untuk menerima gaji sama ada kepada pekerja sektor awam atau swasta.

Kita berhutang untuk membeli rumah, kereta, kahwin dan sebagainya. Ditakdirkan kita meninggal dunia lebih awal. Tak minta tetapi itulah ajalnya. Kita meninggalkan hutang RM 300,000.

Namun oleh sebab kita sudah mencarum dalam takaful maka pewaris dapat RM 700,000. Duit tersebut boleh digunakan untuk membayar hutang dan pewaris kita pula ada duit tunai untuk meneruskan kehidupan.

2. Tiada kos guaman dan mahkamah

Dalam takaful segala proses menuntut duit yang dihibahkan tidak rumit. Borang yang diisi perlu lengkap dengan dokumen yang diperlukan.

Permohonan ini tidak perlu sebarang kos tambahan kerana anda tidak perlu upah peguam dan pihak mahkamah. Sesiapa yang faham dan sedar perkara ini tentunya tidak sabar untuk berjumpa seorang perunding takaful atau menunggu panggilan daripada mereka supaya dapat cepat-cepat mencarum dalam takaful dan membuat hibah kepada pihak pewaris.

Perlu saya war-warkan juga bahawa Hibah bukan untuk orang Islam semata-mata. Sistem hibah adalah untuk semua dan salah satu kebaikan dalam muamalah Islam untuk masyarakat secara keseluruhannya.

3. Mengelak perebutan harta ( duit )

Sifat semulajadi untuk kebanyakan manusia adalah tamak. Atas perasaan tamak mereka sanggup berebut harta tinggalan ibubapa dan bersengketa antara adik beradik. Penyelesaian terdekat yang boleh dipakai adalah dengan menggunakan sistem Hibah.

Namun jika nak gunakan sistem Hibah pun jangan terlambat juga. Hibah yang dibuat ketika pemilik masih hidup dan menamakan siapa sahaja yang diingininya. Ini tidak kira seorang pewaris atau orang yang diyakini untuk menerima sejumlah duit yang dihibahkan.

Duit tersebut akan jadi sah milik dalam penama yang dihibahkan. Hibah ini adalah sah di sisi undang-undang. Sebab itu jangan lukakan perasaan orang yang banyak duit ini sebab takut mereka tidak hibahkan duit mereka untuk kita.

Mungkin pada hari ini keramaian daripada kita tak kisah akan kepentingan tentang hibah. Namun setelah kita meninggal dunia (tak minta tetapi sudah tentu hari tersebut akan datang) segala duit dalam akaun bank, ASB, Tabung Haji, Public Mutual, Bon Saham dan sebagainya akan dibekukan. Proses menuntut segala harta tersebut mengambil masa yang panjang untuk selesaikan semua kerumitan. Yang paling cepat pun perlu ambil masa sekurang-kurangnya dua tahun.

Bayangkan dalam masa dua tahun pelbagai bayaran perlu dijelaskan setelah pencari rezeki utama tiada lagi dalam dunia ini. Dari mana untuk mendapatkan sumber duit tunai dalam masa yang singkat.

In shaa Allah jika pencari rezeki utama ada menghibahkan duit melalui caruman takaful maka kos hidup semasa tempoh tuntutan boleh ditampung sekiranya berlaku perkara yang kurang disukai tetapi pasti iaitu kematian.

Jadi mahu atau tidak mahu proses menghibahkan sejumlah duit mesti dilakukan untuk kebaikan orang yang kita sayang. Kita pergi mereka ‘sayang’. Kita masih hidup lagilah mereka sayang.

Sebagai syarat dan bukti sayang kepada orang tersayang buat hibah hari ini juga. Jangan tunggu sampai esok.

The post 3 Kepentingan Tentang Hibah Takaful appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

3 Kepentingan Tentang Hibah Takaful

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×