Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Urusan Dengan Hutang Atas Pinjaman dan Perbelanjaan

Konon ada impian nak bebas hutang pada usia 45 tahun tapi bila beli barang semuanya nak berhutang. Asal ada boleh entitle untuk dapatkan lebih banyak loan, mesti nak lagi berhutang. Sampai bila nak bebas hutang macam ni?

Budaya berhutang seperti ini memang dari asal sudah jadi sebahagian hidup kita. Kalau hutang untuk beli aset tak apa, yang jadi masalah besar ialah, hutang untuk beli liability. Beli perabot hutang, beli mesin basuh hutang, beli laptop hutang. Bila sudah habis bayar hutang Kereta, hutang lagi untuk beli kereta baru.

Asal umur 33 sudah habis bayar untuk pinjaman Myvi, angkat pula Alza dengan pinjaman yang baru. Macam ini kena sampai umur 42 tahun pula baru dapat bayar habis hutang kereta.

Nak bebas dari hutang memang itulah caranya, JANGAN BERHUTANG LAGI. Kalau nak terus berhutang, sampai sudahlahh tak bebas hutang!

Pendapat Dari Rakan Sekerja

Bagi rakan sekerja saya, dia berpendapat kereta mesti kena berhutang sampai bila-bila, barulah dapat merasa pakai kereta baru. Lagipun kereta pun bukan dia nak pakai dengan masa yang lama. Yang paling lama pun 4 atau 5 tahun saja.

Lepas tu dia akan trade in dan ambil kereta lain. Dia berpendapat kalau pakai kereta tu saja sampai habis bayar hutang, maintenance tu lagi banyak yang perlu dibayarkan. Bila kereta sudah mula meragam, terdapat macam-macam bahagian kereta yang kena repair.

Jadi, rakan sekerja saya ini cakap adalah baik untuk pakai dalam 5 tahun, sebaik saja habis warranty terus tukar kereta baru. Tapi mesti cari bayaran bulanan yang sama macam kereta sebelum ni.

Sebagai contoh, sebulan installment RM 800, maka perlu carilah kereta baru yang mempunyai bayaran installment yang sama dengan kereta anda sebelum itu. Kalau dapat kurang lagi bagus. Jangan pergi beli kereta yang kena bayar bulanan sampai RM 1,000 atau kereta yang anda tidak mampu nak bayar itu.

Hutang Untuk Beli Kereta

Ada yang mempunyai soalan kenapa nak bayar sekaligus dengan wang tunai bila beli kereta kalau berhutang merupakan lebih menguntungkan?

Dalam kes kawan saya, dia ada RM 88,000 cash dan dia mampu beli Toyota Vios dengan cash tanpa perlu buat sebarang pinjaman kereta pun.

Tapi dia masih pergi buat pinjaman sebab dia lebih rela bayar downpayment RM 8,000 dan letak baki RM 80,000 tu dalam pelaburan ASB.

Ini adalah sebab interest hutang beli kereta Vios itu cuma 2.3%. Yang RM 80,000 simpan di akaun ASB tu dia boleh dapat purata 7% interest. Dengan ini dia boleh beruntung dengan lebih lagi daripada bayar semua wang yang dia ada untuk beli kereta itu.

Ini memang boleh jalan jika kiraan yang anda dapat di mana apa yang boleh anda untung dengan duit yang anda ada itu adalah lebih daripada pinjaman. Jangan buat pinjaman tetapi pelaburan yang anda buat itu lagi kurang daripada interest yang perlu anda bayar untuk loan anda itu, ini sudah jadi tidak berbaloi.

Menahan Godaan Kad Kredit

Macam mana pula untuk anda melawan godaan hutang Kredit kad jika anda belanja dengan terlampau dengan mengguna Kad Kredit anda?

Kemudahan berhutang membuatkan seseorang berbelanja apa yang tidak perlu. Jadi kunci di sini ialah anda patut cuma berbelanja apa yang perlu.

Di bawah ini adalah tips praktikal yang saya pakai yang mungkin anda semua boleh contohi.

1.  Ada 2 kad kredit sudah cukup

Saya ada mohon dan pakai 2 kad kredit saja. 1 yang jadi utama dan lagi 1 adalah sebagai back up yang cuma akan digunakan sekiranya kad utama tidak boleh pakai. Lagi banyak kad yang anda ada, lagi tinggi kredit limit. Jika anda tidak dapat kawal, memang sangat senang untuk anda mengumpul hutang yang banyak.

2. Dapatkan kredit limit yang rendah

Pada kad kredit yang saya pakai, kredit limitnya cuma RM 28,000. Kredit limit ini amat rendah berbanding dengan kredit limit yang rakan sekerja yang saya ada. Ada yang sampai RM 100,000.

Jadi, kalau anda nak atasi godaan guna kad kredit, lebih baik anda pergi minta bank berkenaan untuk kurangkan kredit limit. Dengan limit yang rendah, belanja pun akan lebih rendah.

3. Jelaskan diri mana keperluan dan mana kehendak

Sekiranya anda keliru sesuatu kehendak dan jadikannya satu keperluan, maka senang untuk anda beli banyak barang yang bukan apa yang anda mampu untuk beli.

4. Tentukan kad kredit guna untuk apa hal

Saya ada tentukan kad kredit saya cuma diguna untuk belanja atas grocery penting seperti susu anak, lampin anak dan petrol. Selebihnya, makan mahal atau beli baju seluar baru semua ni bukanlah tujuan untuk guna kad kredit.

5. Set limit guna kad kredit berapa

Ini pun penting juga. Biasanya saya hadkan kegunaan kad kredit saya sampai RM 400 sampai RM 500 sahaja. Bila kegunaan saya pada bulan ini sudah sampai tahap yang saya tetapkan, saya akan berhenti untuk gunakannya untuk buat bayaran lagi.

6. Kurangkan Kunjungan ke tempat shopping

Ini memang sesuatu yang mest dapat kurangkan perbelanjaan. Kalau selalu pergi, lagi selalu nampak barang yang boleh dibeli dengan kad kredit.

The post Urusan Dengan Hutang Atas Pinjaman dan Perbelanjaan appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Urusan Dengan Hutang Atas Pinjaman dan Perbelanjaan

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×