Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Perlu Kita Elak Untuk Sewa Rumah Kepada Orang Asing?

Sekiranya anda mempunyai Rumah tambahan dan anda menjana pendapatan menerusi pelaburan hartanah dan elalui sewa rumah kepada orang lain. Jadi ia adalah penting untuk anda pastikan yang penyewa itu adalah penyewa yang mampu untuk bayar sewa setiap bulan tanpa hutang.

Bagi sesetengah orang, mereka tidak suka sewa rumah kepada orang asing dan mereka memang elakkan orang asing sebagai penyewa rumah mereka.

Orang Asing Yang Tidak Berpelajaran Tinggi

Perkataan yang lebih tepat adalah mereka tidak ingin sewa rumah kepada orang asing dari third world country yang datang untuk bekerja di Malaysia seperti mereka yang berasal dari negara Indon, Nepal, Afrika dan Bangladesh.

Bagi golongan foreigner professional yang datang kerja di Malaysia macam Korea, Jepun, India dan negara-negara barat, orang asing yang bukan dari third world countries adalah disambut oleh mereka.

Tapi disebabkan ramai dari kita yang memiliki rumah adalah dalam medium low cost atau low cost, jadi memang golongan professional ni kuranglah minat untuk tinggal di rumah sedemikian.

Masalah Yang Mungkin Timbul

Jika rumah disewa kepada orang asing yang bukan berpelajaran tinggi, kemungkinan besar rumah yang disewa kepada mereka akan masuk dengan orang yang ramai selagi boleh masuk. Mula-mula mungkin mereka kata cuma tinggal 4 orang. Lepas tu mai sanak saudara, jiran tetangga menjadi 10 orang. Maklumlah nak jimat, selesa tak penting, yang penting dapat kumpul duit dan balik kampung awal.

Dengan itu, rumah anda mungkin akan bersepah. Dapur tu usah cakap, memang kotor kerana operasi memasak mereka. Risiko juga ada pada anda jika terdapat di antara mereka yang tinggal di rumah anda adalah pendatang haram. Jika nak serbu pun susah dan jika berjaya pun kena cari penyewa lain lagi.

Selain daripada itu, penyewa orang asing itu juga mempunyai risiko masalah sosial, kacau anak dara orang, bergaduh, bawa bukan muhrim masuk rumah, main dengan isteri orang lain. Alih-alih jadi kes polis. Susah juga bila pemilik rumah yang kena bertanggung jawab atas apa yang dilakukan oleh penyewa itu.

Kalau rumah disewa oleh warga Afrika, memang ada isu yang mereka suka pasang muzik hip hop dengan suara yang kuat. Jiran bising beb, Siapa tak rasa sakit hati bila anak jaga dari tidur.

Yang lagi tak boleh tahan adalah terdapat penyewa yang tidak bayar sewa dah susah untuk menghalau keluar dari rumah. Kalau bangsa sendiri dan warga Malaysia bolehlah kita cakap dengan elok-elok. Silap-silap kena panggil geng yang berbadan saya untuk datang gertak.

Pengalaman Sewa Rumah Kepada Orang Arab

Untuk pengalaman saya, saya pernah sewa rumah kepada pelajar yang berasal dari Arab dan datang ke negara kita untuk melanjut pelajaran ke universiti.

Saya ingat orang asing yang mempunyai pelajaran tidak akan jadi masalah maka saya pun sewa saja kepada pelajar-pelajar itu yang semuanya ada 4 orang.

Tapi lepas beberapa bulan sudah saya menyesal untuk sewa kepada mereka sebab banyak masalah yang timbul oleh mereka tu. Bukan saja rumah saya dihancur di mana semua pintu bilik tidur kena kopak, kerusi patah, peti ais rosak jadi tak sejuk langsung, aircond ada air jatuh pun tak beritahu sampai lantai pun sudah jadi rosak.

Dan sewa juga susah nak kutip sebab selalu hutang dan perlu paksa buat banyak kali baru boleh dapat. Akhirnya saya panggil kawan-kawan datang untuk halau mereka keluar dari rumah baru dapat paksa mereka pindah. Lepas pindah kena bayar duit yang banyak untuk ubahsuai semua benda yang rosak tu. Akibatnya perbelanjaan lebih banyak daripada sewa yang saya kutip dari pelajar-pelajar Arab itu. Memang rugi besar.

Ada juga pemilik rumah yang tidak mahu sewa rumah kepada lelaki bujang. Sebab mereka ingat lelaki bujang tak pandai jaga rumah dengan baik.

Beli Rumah Sewa Yang Dekat Dengan Rumah Sendiri

Kalau plan nak melabur dalam hartanah, memanglah patut untuk kita beli rumah yang dekat di kawasan yang kita tinggal.

Kenapa penting untuk membeli rumah sewa yang dekat dengan rumah yang kita tinggal:

  1. Kos pengangkutan yang lebih murah untuk travel ke rumah sewa.
  2. Senang untuk pergi kutip sewa.
  3. Senang nak datang baiki kalau ada apa-apa yang rosak.
  4. Senang nak datang buat iklan sewa rumah di sekitar kawasan rumah.
  5. Senang untuk tuntut sewa jika penyewa tak bayar.
  6. Senang untuk tunjuk rumah kepada potential tenant tengok.

Ada kawan saya yang beli rumah di Melaka tapi dia sendiri kerja dan tinggal di KL. Pening kepala juga saya tengok kawan saya ni terutamanya bila penyewa itu tak bayar sewa dan dia perlu pergi ke Melaka untuk kutip bayaran sewa daripada mereka.

Jadi jika beli rumah yang ingin sewa di tempat yang jauh dengan tempat anda tinggal, anda kena cari penyewa yang betul-betul berminat untuk sewa. Jika dia seorang foreigner, perlu anda pastikan dia ada latar belakang yang baik supaya dapat kurangkan masalah yang mungkin timbul selepas rumah anda disewa oleh mereka.

The post Perlu Kita Elak Untuk Sewa Rumah Kepada Orang Asing? appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Perlu Kita Elak Untuk Sewa Rumah Kepada Orang Asing?

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×