Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Beberapa Jenis Kuih Yang Ingin Saya Kongsikan

Kuih Serimuka Kaler Pink

Kuih Serimuka Pink Kaler untuk minum petang. Pertama kali aku dapat merasa Serimuka dengan kaler pink ni. Mana silap macamana boleh silap? Tak silap pon. Ni gara-gara anak-anak aku dah bagi cadangan kat nenek diaorang nakkan Kuih Serimuka tapi kaler pink. Adooiyaii. Nak taknak dek sayangkan cucu,maka terciptalah kuih serimuka berkaler Pink.

Sebenarnya pewarna tiruan takde dan aku tersalah beli pulak pewarna..hehe. Mengeleng kepala mak aku. Sorry Makkk..miahaha. Fuh terbaik tak manis dan tak tawar.Memang secukup rasa. Aku takleh banyak sangat makan Kuih Serimuka ni sebab ada pulut yang boleh melemahkan aku tetapi tidak melemahkan semangat aku nak makan. End Up dekat 10 ketul masuk perut..

Jika ada tambah santan fuhhh memang lentok.

Kuih Keria Kribang, Sajian Minum petang

Kuih Keria Kribang, Sajian Minum petang. Aku dah cakap dah, orang tua aku memang pantang. Kalau dah cucunya bukak mesti dibuatnya. Kali ni Kuih Keria Kribang, kalau kat sini sama jer namanya Kuih keria gak. Kribang tuh kira Keledek lerr..hehe. Bila buat sendiri memang puashati. Kena pulak makan panas-panas. Lembut pulak tuhh, memang terbaik.

Lepas ni apalah pulak menu yang akan dibuat.Pantang disebut oleh cucu beliau terus dibuatnya. Oh ya, keledek yang mak aku gunakan adalah Ubi Keledek yang kaler Maroon. Ada gak yang kaler oren. Memang sekejap jer terus licin dikerjakan oleh anak aku sorang ni yang juara makan iaitu NAJIHAH. Adeyyy..membina lemak betullah beliau kali ni.

Kuih Kelupis Sarawak @ Pulut Berinti

Kuih Kelupis Sarawak @ Pulut Berinti akhirnya dapat dinikmati. Dah bertahun-tahun tak merasa akhirnya dapat dirasai sebab orang tua aku ada kat sini. Bezanya Kuih Kelupis kali ini menggunakan daun pisang sebagai ganti kepada sejenis daun hutan yang kalau kat Sarawak digelar daun “nyirek”. Pembuatan lebih kurang macam Pulut Panggang, cuma Kelupis tidak dipanggang. Kebiasaannya ada dua jenis iaitu yang berinti dan tak berinti. Aku rasa MAMAT ni mesti tau buat..

Juadah ini biasanya menjadi menu utama dimusim perayaan terutama semasa Hari Raya Aidiladha.Bila orang tua dah ada kat sini macam-macam masakan dimasak, “masak” aku hilang segala pantang larang..hehe. Minggu lepas buat cucur durian tapi aku tak sempat nak rakam sebab tak larat disebabkan tertidur. Bangun jer cucur dah tersedia. Sememangnya masakan ibu adalah yang terbaik. Lepas ni nak belajar buat nasi lemak express pulak.

Kuih Cincin Sabah

Kuih Cincin Sabah itu adalah kuih yang unik di mana anda cuma boleh jumpa dan rasanya di negeri Sabah. Ia merupakan kuih kegemaran bagi orang tempatan sebab lepas kuih ini siap buat, rasanya amat enak.

Sekiranya anda tidak pernah rasa kuih ini, anda mesti tidak boleh melepaskan peluang untuk cuba jika anda berkunjung ke Sabah. Boleh cakap sebaik saja pertama kali anda cuba, anda akan terus suka padanya.

Kuih ini banyak senang untuk cam. Ia bukan seperti apa yang dinamakan untuk kuih ini di mana anda boleh mendapati bentuk cincin pada permukaannya. Ia biasanya mempunyai 7 lubang dalam setiap kuih cincin. Maka, kuih ini adalah seperti gabungan daripada 7 cincin dan bukan satu saja.

Rasanya yang rangup, dan rasa manisnya sederhana, mmg uniquely Sabah, cant find elsewhere. Sesuai jugak jadi sebahagian kuih hantaran di majlis perkahwinan. Jangan guna kuih cincin ni sebagai cincin akad nikah sudahlah, mahu bapak mertua bagi penumbok!

Keropok Amplang Sabah

Kali pertama merasa Keropok Amplang Sabah ialah semasa kali pertama sampai ke Sabah di rumah abang ipar. Uniknya ia hanya dihasilkan di Sabah. Ianya diperbuat daripada ikan dan harganya sekitar RM2 untuk 100 gram.

Rupa dan bentuknya adalah seperti diatas. Mula – mula merasa pun dah suka. Terasa ikan dan kerangupannya. Stok keropok amplang kali ini Abang Ipar pos dari Sabah. Jika anda kesana atau ada kawan ke sabah bolehlah kirim untuk merasanya.

Anda pernah rasa? Suka tak?

The post Beberapa Jenis Kuih Yang Ingin Saya Kongsikan appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Beberapa Jenis Kuih Yang Ingin Saya Kongsikan

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×