Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Kereta, Rumah dan Insurans – Mana Yang Penting?

Kalau soalan ni ditanya kepada anda, apa jawapan yang akan anda bagi? Bagi aku, ini merupakan jawapan pendek aku:

“ikut keperluan, kalau perlu Kereta, belilah kereta, tapi ingat jangan Beli yang mahal-mahal punya. Kalau anda selesa dengan mempunyai tempat duduk sendiri, maka lebih baik untuk anda beli rumah. Kalau nak kehidupan yang lebih secure, maka belilah insurans dulu”

Sekarang ni nak bagi jawapan yang panjang sikit.

Kalau hati nak jadi pelabur hartanah yang berjaya, jawapannya pasti bila sudah berjaya dapat pinjaman rumah, ada ilmu pasal pelaburan hartanah, maka belilah hartanah dulu.

Sebenarnya ia adalah ikut perangai dan keadaan seseorang juga.

KERETA DULU:

  1. Anda seorang gadis dan anda takut nak rempit, nak pegi kerja jenuh naik bas pastu salin train. Maka wajib beli kereta.
  2. Anda seorang jejaka dan anda takut nak rempit, nak pegi kerja jenuh naik bas pastu salin train. Maka wajib beli kereta juga.
  3. Mak anda dah lama teringin nak tengok anak dia pakai kereta dan dia nak merasa naik kereta anak dia sebab anda anak sulung. Maka wajib untuk anda beli kereta supaya dapat tunaikanlah hasrat ibu anda.
  4. Kerja anda perlu selalu pergi ke outstation jauh-jauh dan susah nak pergi dengan kemudahan awam. Wajib untuk anda beli kereta dulu.
  5. Pekerjaan anda adalah seorang salesman yang kena pergi ke merata tempat untuk jumpa pelanggan. Maka anda wajib untuk beli kereta dulu sebab kereta tu dapat menolong anda dapatkan duit gaji dan membeli rumah dan insuran selepas tu.

Walaubagaimanapun, kalau perlu angkat kereta dulu, angkat yang murah-murah sudahlah. Sebab lagi mahal kereta, lagi tinggi pembayaran yang perlu ditanggung. Aku pernah tulis satu artikel tentang sama ada kereta itu asset atau liabiliti.

RUMAH DULU:

  1. Ibu bapa anda hidup merempat, setinggan yang dibenci, menyewa dengan tuan rumah yang bengis. Maka anda wajib beli rumah dulu dan bagi ibu bapa anda dapat tinggal dengan selesa di rumah sendiri.
  2. Anda selesa dengan naik kenderaan awam dan anda mempunyai kesedaran untuk beli hartanah pada usia muda. Maka anda wajib beli hartanah dulu.
  3. Anda adalah selesa dengan menunggang motor. Anda mempunyai kesedaran untuk beli hartanah pada usia muda. Mak anda wajib beli hartanah dulu.

INSURANS DULU:

  1. Anda perlukan perlindungan dari insurans sekiranya ada apa-apa hal berlaku pada anda.
  2. Anda perlu beli insurans medical dan sekiranya kena masuk wad tidak perlu tanggungkan bayaran rawatan dan hospital itu.

Tidak kira atas apa-apa sebab, memang semua orang mempunyai keperluan mereka masing-masing. Mereka juga mempunyai priority yang berlain antara satu sama lain.

Ini semua adalah berdasarkan keperluan mana satu yang paling penting buat masa sekarang.

Terdapat sesetengah orang akan beli rumah dulu, lepas tu baru beli kereta, dan bila status kewangan sudah stabil baru mula beli insurans.Ini merupakan giliran yang dilakukan oleh kebanyakan orang.

Kalau tanya agent insurans tentulah Insurans terlebih dahulu baru diikuti dengan membeli kereta atau rumah. Bagi mereka yang bukan perlu sangat pakai kereta tapi sanggup menghabiskan duit untuk beli kereta yang mewah. Lepas duit dah habis mula kecoh.

Bila kekasih paksa nak kawin pun sudah tak ada duit untuk kahwin. Usah lagi cakap nak beli rumah pula. Jadi perlulah buat rancangan dengan baik dari awal-awal lagi untuk mengelakkan buat kesalahan yang ketara atas pilihan yang salah dan menyesal kemudian.

Pada asasnya, apa yang patut kita semua orang buat adalah tambahkan aset dan kurangkan liabiliti. Bagi kereta, ia boleh jadi aset kalau mendatangkan keuntungan. Jika beli rumah, ia boleh jadi aset jika dapat sewa keluar dan terima wang sewaan setiap bulan.

Untuk insurans, jika beli dengan amaun yang anda mampu bayar setiap bulan, maka anda dapat perlindungan demi perubatan dan kemalangan. Dengan ini, usah anda risau lagi jika jatuh sakit dan tidak mampu untuk bayar bayaran perubatan yang tinggi tu. Jadi, ia boleh jadi satu aset juga.

Insuran Cuma Perlu Dalam Kecemasan Saja

Ada orang yang katakan insurans cuma penting bila ada sakit atau kemalangan. Tapi peluang untuk itu terjadi adalah kecil dan ramai orang yang tidak beli insurans langsung.

Mereka utamakan pembelian kereta sebab perlu pakai kereta untuk kerja, dan bila sudah simpan cukup duit maka beli rumah pula. Ada orang yang anggap beli rumah sebagai satu pelaburan sebab pada mereka harga rumah kian naik buat masa yang panjang. Untuk insurans, mereka cuka akan mempertimbangkan untuk belinya jika ada wang yang berlebihan.

Ada kawan saya yang cakap, dia lihat pada ibu bapanya, walaupun tidak pernah beli insurans, tapi nampak ok saja. Walau dia sedar insurans juga adalah penting, tetapi dia masih ambil risiko untuk tiada insurans sehingga dia mampu.

Dia nampak gaya kebarangkalian menyebelahinya apabila sepanjang tiada insurans dan dia tidak ditimpa musibah yang membuatkan kawan saya ni rasa dia perlukan insurans.

Bukan satu kawan saya saja yang ada fikiran sedemikian. Terdapat banyak daripada mereka yang say kena pun ada fikiran macam ni. Pada pendapat mereka, walaupun insurans dilambatkana selepas kereta atau rumah, insurans bukan sesuatu yang remeh.

Jika sudah berkemampuan tu, baru mere akan terus ambil insurans.

Tapi bagi mereka yang belum beli insurans, perlulah mereka sedar bahawa lagi tua beli lagi tinggi premium yang mereka perlu bayar. Selain daripada tu, jika sudah jadi semakin tua, semakin banyak penyakit akan datang dan syarikat insuran pun tidak mahu bagi beli kalau anda sudah ada penyakit walaupun pada masa tu anda sudah mampu untuk  bayar insurans.

Jadi adalah baik untuk anda dapatkan perlindungan insurans pada usia yang awal supaya anda boleh dapat beli dengan premium yang lebih rendah.

Ada satu kawan saya dulu bila ada kerja dan masa tu dia tak pandai sangat uruskan wang. Maka dia terus beli insurans nyawa dengan bayaran yang agak banyak.

Lepas dia sudah tahu banyak tentang insurans, dia terus hentikan pembiayaan untuk insurans nyawanya. Nasib baik bagi dia pada masa tu dia beli dengan Takaful Malaysia. Dengan Takaful Malaysia, 70% bayaran bulanan masuk ke dalam saving dan cuma 30% saja masuk dalam tabung.

Jadi, lepas dia hentikan polisinya dengan Takaful Malaysia, dia masih dapat balik 70% daripada duit yang  dia bayar setakat masa tu. Lepas dapat duit, dia terus ambil untuk beli rumah.

The post Kereta, Rumah dan Insurans – Mana Yang Penting? appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Kereta, Rumah dan Insurans – Mana Yang Penting?

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×