Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wanita, Sebesar Mana Hargamu?

Saya sebenarnya sangat gemar membawa keluar seluruh isi rumah berjalan-jalan ke pusat bandar. Bukan apa, sebab saya rasa anak-anak sama seperti orang dewasa, Mereka perlukawn hiburan juga. Takkanlah setiap hari asyik duduk bermain di dalam rumah sahaja tanpa keluar berjalan-jalan. Sekurang-kurangnya dengan membawa mereka keluar berjalan, minda mereka akan terbuka melihat realiti sebenar kehidupan yang fana di dunia ini.

wanita kini

Kunjung ke Ibu Kota

Seperti biasa, kami sekeluarga memilih salah satu pusat rekreasi terkemuka yang ada di ibu kota. Memandangkan statusnya yang memang terkenal dan ditambah lagi dengan cuti hujung minggu, maka kehadiran kami di sana turut dikongsi bersama puluhan penduduk kota yang lain terutama golongan remaja yang tentunya membawa seribu satu macam ragam.

Tanyalah apa sahaja yang dipamerkan oleh golongan remaja yang ada di sana, bermula daripada fesyen, gaya hidup sehinggalah kepada tingkah laku mereka, semuanya sama! Hanya berpaksikan barat. Mungkin ada benarnya pendapat sebilangan besar cendekiawan tanah air bahawa remaja kita sememangnya telah diresapi oleh budaya orang berkulit putih yang masih kekal terus menjajah walaupun sebenarnya kita telah lama merdeka.

Tapi dalam banyak-banyak pertunjukan percuma yang dihidangkan kepada saya, perangai gedik gadis remaja kita yang amat menarik perhatian saya. Bukan berniat memalukan golongan gadis dewasa ini. Saya akui masih ramai lagi anak gadis kita yang masih terjaga adabnya di luar sana.

Tapi realitinya kita tidak dapat menafikan bahawa hampir keseluruhan mereka yang bergelar ‘anak gadis’ yang ada di Malaysia mempunyai perangai yang sama seperti yang telah saya nyatakan di atas. Mereka bukan sahaja bersosial tanpa mengira batas agama, bahkan saya lihat mereka seperti enggan menghiraukan pandangan masyarakat mengenai tindak-tanduk yang dilakukan oleh mereka sepanjang berada di tempat umum. Itu tempat terbuka, bayangkan bagaimana agaknya aksi ‘anak-anak gadis kita’ di tempat yang terselindung!.

Melihatkan aksi mereka, saya teringatkan kepada laporan akhbar Harian Metro yang telah saya baca mengenai gadis sunti kita yang bergelar mahasiswi semalam. Mengenai kehidupan malam mereka yang sungguh di luar imaginasi berdasarkan status mereka yang bergelar cerdik pandai. Cuba bayangkan bagaimana dashyatnya kehidupan anak gadis zaman millenium ini, bersosial dan berparti sakan sehinggakan meneguk arak seperti meminum segelas air suam. Di mana hilangnya gadis melayu yang melambangkan kesopanan wanita timur selama ini?

Jangan salahkan sesiapa sekiranya gejala buang bayi tidak berkesudahan sehingga hari ini atau akan datang. Gadis zaman sekarang memang terlalu berani dan ‘advanced’ berbanding zaman datuk dan nenek kita. Zaman di mana anak gadis disimpan kemas di dalam ‘peti’ seperti emas yang tak ternilai harganya. Saya kadang-kadang terfikir, inikah salah satu tandanya dunia di akhir zaman. Bila wanita semakin hilang perasaan malunya, bila harga diri seorang perempuan boleh digula-gulakan dengan sepotong ayat yang dipanggil ‘ayat-ayat cinta’, dan bila semakin ramai wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang. Wanita Sebesar Mana hargamu?

The post Wanita, Sebesar Mana Hargamu? appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Wanita, Sebesar Mana Hargamu?

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×