Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Tanda-tanda, Rawatan dan Pencegahan Sakit Lutut

Apakah simptom dan tanda sakit lutut?

Lokasi Sakit Lutut berbeza dan bergantung kepada mana satu struktur yang terlibat. Seluruh lutut mungkin mengalami kesakitan dan bengkak melalui proses jangkitan atau keradangan, manakala meniscus terkoyak atau fraktur tulang hanya memberi tanda pada satu lokasi yang tertentu. Biasanya sista Baker akan menyebabkan kesakitan dalam bahagian belakang lutut.

sakit lutut

sakit lutut

Simptom

Lokasi dan keamatan sakit lutut mungkin berbeza , bergantung kepada punca masalah yang dialami. Kadangkala sakit lutut diiringi tanda dan simptom seperti berikut

  • Bengkak dan kekakuan
  • Kepanasan dan kemerahan apabila disentuh
  • Kelemahan atau ketidakstabilan
  • Bunya pop atau berderap-derap
  • Tidak dapat meluruskan lutut dengan sepenuhnya

Apa yang menyebabkan sakit lutut?

Kecederaan ACL

Kecederaan ACL adalah koyak ligamen krusiat anterior – salah satu daripada empat ligamen yang menyambungkan tulang kering ke tulang paha anda. Kecederaan ACL memang biasa di kalangan individu yang bermain bola keranjang, bola sepak atau sukan-sukan lain yang melibatkan penukaran arah pergerakan secara tiba-tiba.

Tempurung lutut terpelecok

Ini bermakna tempurung lutut anda terkehel dari kedudukan asal, menyebabkan bengkak dan kesakitan lutut. Doktor anda mungkin mengelarnya “dislokasi patelar“.

Osteoartritis

Ini adalah sejenis artritis “haus dan lusuh”. Ia adalah punca utama sakit lutut bagi mereka yang berumur 50 tahun dan ke atas. Keadaan ini menyebabkan sendi lutut bengkak atau sakit apabila anda aktif melakukan sesuatu. Sendi yang dipengaruhi oleh osteoartritis boleh juga mengalami kekejangan pada awal pagi.

Gout

Gout adalah sejenis artritis yang menyebabkan keradangan, biasanya pada satu sendi, yang bermula secara tiba-tiba. Artritis gout adalah disebabkan oleh pembentukan asid urik dalam sendi.

sakit lutut sendi

sakit lutut sendi

Rawatan

1. Senaman dan pengurusan berat badan
Senaman harian dapat mengekalkan pergerakan sendi dan mengurangkan kesakitan lutut pada sesetengah individu. Bagi meraka yang mengalami artritis, kekalkan kaki dalam keadaan pegun atau mengurangkan jarak pergerakan untuk mengelakkan kesakitan boleh mengejangkan sendi dan memburukkan lagi keadaan. Pengurusan berat badan adalah penting kerana berat badan yang berlebihan juga boleh memburukkan lagi masalah.

2. Salap herba
Satu kajian yang diterbit dalam jurnal sains biologi Pakistan di mana para penyelidik telah menyiasat sejenis salva yang dihasil dengan kayu manis, halia, mastik, dan minyak bijar. Meraka mendapati salva tersebut berkesan sama seperti krim artritis yang mengandungi salisliat, sejenis rawatan pereda sakit topikal.

3. Ekstrak halia
Halia adalah sejenis tumbuhan berbunga. Akarnya sering digunakan untuk memasak. Memang nyata rasanya yang pedar dan berlainan, dan ramai orang menikmati rasa aromatiknya.

halia kering

halia kering

Pergunaan krim atau gel yang mengandungi halia di kawasan yang terjejas mungkin boleh membawa kebaikan. Menurut hasil kajian, ekstrak halia mampu memperbaiki osteoartritis dalam lutut apabila digunakan secara topikal. Para peserta menggunakan ekstrak halia tiga kali sehari selama 12 minggu. Dalam tempoh ini, mereka mengalami pengurangan tahap kesakitan dan juga simptom-simptom lain.

4. Penggantian lutut
Pertimbangkanlah pembedahan jika pilihan invasif minimal gagal. Pakar bedah boleh menggantikan rawan yang rosak dengan membubuh implan logam dan plastik pada hujung femur dan tibia (tulang kaki atas dan bawah) di mana kedua-duanya bertemu. Ia adalah pilihan yang paling drastic, tetapi ia boleh menyelamatkan tugas menaiki tangga anda.

5. Gunakan pek panas
Untuk meredakan sakit lutut dengan segera, rehatkan kawasan yang mengalami kesakitan dan cuba pendekatan panas untuk menguruskan kesakitan. Letakkan pek gel panas terapeutik pada kawasan yang terjejas selama dua puluh minit.

pak lutut panas

pak lutut panas

Alihkannya selama lima minit sebelum letakkannya kembali ke kawasan yang sama. Kalau anda tidak dapat menahan keamatan haba dari pek yang sedang diguna, anda boleh gunakan pek yang berhaba sederhana. Bahkan pek yang sedikit berhaba sudah dapat memberi keredaan pada kawasan yang mengalami kekejangan. Cuba gunakan haba setiap hari jika keadaan mengizinkan, sasar sekurang-kurangnya 15 minit. Jika terdapat bengkak yang teruk pada kawasan yang mengalami kesakitan, naikkan kawasan tersebut untuk mengurangkan penahanan bendalir.

6. Kurangkan berat badan
Paun yang berlebihan terlalu membebankan sendi dan tulang anda. Sekiranya anda mengalami sakit sendi dan juga gangguan tulang, seperti osteoporosis, kewujudan berat badan berlebihan juga boleh mempercepatkan degenerasi tulang. Kesakitan dapat dikurangkan dan masalah masa depan mungkin dapat dicegah dengan hanya membuangkan beberapa paun. Dalam kebanyakan kes, apabila kewujudan berat badan berlebihan atau obes menjadi antara sebab masalah kesihatan, para pakar mencadangkan sasaran pengurangan jumlah berat badan antara 5 hingga 10 peratus agar pemerhatian dapat dilakukan jika simptom bertambah baik.

Apa yang harus dielakkan?

1. Jangan terlebih rehat
Terlebih rehat boleh melemahkan otot anda, dan juga boleh memburukkan lagi kesakitan lutut. Dapatkan program senaman yang selamat untuk lutut anda dan terus mengikutinya. Bincang dengan doktor anda atau ahli terapi fizikal jika anda tidak pasti gerakan mana yang selamat atau berapa kerap anda boleh lakukannya.

2. Jangan membahayakan diri anda dengan kejatuhan
Kemungkinan ditimpa kejatuhan yang boleh menyebabkan lebih kerosakkan pada bahagian lutut bertambah dengan lutut yang sakit atau tidak stabil. Risiko terjatuh dapat dikawal dengan memastikan anda menerangi rumah anda dengan baik, mengguna susur tangan pada tangga, dan gunakan tangga atau bangku kaki yang teguh jika anda perlu mendapatkan sesuatu dari para yang tinggi.

3. Jangan mengubah keintensifan senaman anda dengan tiba-tiba
Anda perlu meningkat senaman harian anda secara beransur-ansur untuk mengelakkan sakit lutut.

4. Jalan berjalan di atas rumput
Jika anda menghidapi osteoartritis atau pernah mengalami kecederaan lutut, pilihlah laluan jalan kaki atau laluan yang sering digunakan oleh orang ramai dan bukannya laluan berumput atau laluan berbatu buntar yang membebankan lutut anda yang juga menambah peluang anda tersandung.

5. Jangan angkat bertinggung and lanj berlebih-lebihan
Jangan membengkokkan kaki anda lebih daripada 90 darjah, pastikan lutut anda kekal separas dengan tapak kaki anda.

The post Tanda-tanda, Rawatan dan Pencegahan Sakit Lutut appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Tanda-tanda, Rawatan dan Pencegahan Sakit Lutut

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×