Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Ápa itu HIV? Tanda-tanda dan Punca Jangkitan

Apakah itu HIV?

Nama penuh HIV adalah virus kurang daya tahan manusia Atau human immunodeficiency virus dalam bahasa Inggeris. Jika tidak dirawati, virus ini boleh menyebabkan sindrom kurang daya tahan penyakit, atau AIDS. Tidak seperti virus yang lain, badan manusia masih tidak dapat menghapuskan HIV dengan sepenuhnya, walaupun diberi rawatan. Jadi, apabila seseorang individu dijangkiti HIV, dia akan menjadi pembawanya seumur hidup.

AIDS HIV

AIDS HIV

Semua virus mesti menjangkiti sel hidup untuk pembiakan. HIV mengambil alih sel sistem imun tertentu yang seharusnya mempertahankan badan. Sel-sel ini dipanggil sel CD4, atau sel T.

Tanpa rawatan, Jangkitan Hiv mula memberi simptom dalam purata 8 hinnga 10 tahun dengan penyakit oportunis, atau penyakit yang hanya menyebabkan kesakitan kepada orang yang mengalami gangguan sistem imun.

Bagaimana anda boleh dijangkiti HIV?

HIV hidup di dalam badan orang yang dijangkiti sebagai bendalir badan berikut:

  • Darah
  • Mani (semen) dan air mani sebelum pancut (pre-seminal fluid [“pre-cum”])
  • Bendalir rektum (Rectal fluids)/mukus dubur (anal mucous)
  • Bendalir faraj (Vaginal fluids)
  • Susu ibu (Breast milk).

Untuk dijangkiti, bendalir badan tersebut perlu memasuki ke dalam darah anda melalui membran mukus (sebagai contoh selaput faraj, rektum, lubang penis, atau mulut), kulit terjejas (seperti luka), atau disuntik terus ke dalam aliran darah anda.

4 Syarat Bagi Penyebaran HIV

Dalam perbincangan risiko HIV, empat syarat penting mesti ditepati sebelum penyebaran HIV boleh berlaku:

1. Perlu ada bendalir badan di mana HIV boleh hidup biak.
Ini termasuk semen, darah, bendalir faraj, atau susu ibu. HIV tidak dapat hidup biak dalam keadaan udara terbuka atau bahagian badan yang mengandungi kandungan asid yang tinggi, seperti perut atau pundi.

2. Perlu ada saluran penyebaran di mana bendalir badan dapat bertukar-tukaran.
Saluran utama penyebaran termasuk aktiviti seks tertentu, perkongisan jarum, pendedahan perkhidmatan kesihatan, atau penularan dari ibu kepada anak.

3. Perlu ada cara bagi virus untuk mencapai sel yang mudah diserang dalam badan.
Ini boleh berlaku melalui kepecahan atau penembuasan kulit, atau tisu mukosa dubur atau faraj. HIV tidak dapat menembusi kulit yang utuh.

4. Perlu terdapat tahap virus yang mencukupi dalam bendalir badan.
Ini adalah sebabnya mengapa air liur, peluh, dan air mata tidak berkemungkinan untuk menjadi sumber HIV kerana ketumpatan virus dalam bendalir tersebut boleh dianggap tidak mencukupi. Enzim peneutralan dalam air liur (dipanggil sebagai secretory leukocyte peptidase inhibitors, atau SLPIs) didapati boleh mengurangkan keupayaan hidup biak HIV dengan baik.

Tanda-tanda penjangkitan HIV

Tanda-tanda awal jangkitan HIV mungkin ringan dan mudah diketepikan. Tetapi walaupun tanpa tanda-tanda yang ketara, individu yang dijangkiti masih boleh memindahkan virus ini kepada individu yang lain. Ini adalah salah satu sebab betapa pentingnya untuk mengetahui sama ada anda dijangkiti penyakit ini.

Tanda-tanda HIV yang mendadak pada wanita

Sesetengah golongan perempuan mungkin mempunyai tanda-tanda seperti selesema yang ringan, termasuk:

demam

demam

  • Demam
  • Sakit kepala
  • Kekurangan tenaga
  • Nodus limfa (lymph nodes) yang bengkak
  • Sakit kerongkong
  • Ruam
  • Kesakitan otot dan sendi
  • Ulser dalam mulut
  • Ulser pada organ jantina
  • Berpeluh malam
  • Cirit-birit

Tanda-tanda HIV yang mendadak pada lelaki

Tanda-tanda HIV yang paling umum bagi golongan lelaki di peringkat ini termasuk:

  • Ruam badan
  • Demam
  • Sakit kerongkong
  • Sakit kepala yang teruk

Tanda-tanda HIV yang tidak begitu umum bagi golongan lelaki di peringkat ini termasuk:

  • Nodus limfa yang bengkak
  • Loya
  • Keletihan
  • Ulser dalam mulut
  • Ulser pada organ jantina
  • Berpeluh malam
  • Muntah
  • Kesakitan otot dan sendi

Tiga Peringkat Jangkitan HIV

Peringkat 1
Seseorang akan terasa seperti selesema selepas jangkitan awal, tetapi bukan semua orang akan mengalami ini.

Peringkat 2
HIV mungkin berlarutan selama lebih kurang 10 tahun, tanpa sebarang tanda yang lain.

Peringkat 3
Adalah waktu di mana sistem imun sudah dirosakkan dengan teruk sehingga ia tidak lagi dapat melawan jangkitan dan penyakit yang serius.

Lebih awal anda mendapatkan pemeriksaan kepastian jangkitan HIV dan memulakan rawatan yang sewajarnya, lebih besar kemungkinan kesihatan jangka panjang anda.

Selalunya HIV dapat disebar dari individu yang tidak mengetahui bahawa mereka sudah dijangkiti HIV kerana ramai orang tidak menunjukkan sebarang tanda pada peringkat 1 dan 2.

Sesetengah aktiviti seks adalah lebih selamat daripada yang lain apabila menglibatkan risiko jangkitan HIV.

Aktiviti-aktiviti berikut adalah tidak berisiko – ia tidak pernah sekali pun menyebabkan laporan kes jangkitan HIV:

  • Melancap
  • Menyentuh organ jantina pasangan anda
  • Membelai badan antara satu sama lain (dry humping)
  • Perciuman
  • Melakukan seks oral dengan kondom, dental dam, atau balutan plastik
  • Menggunakan alat mainan seks yang bersih

Bagaimana saya boleh mengurangkan risiko jangkitan HIV?

Sesiapa pun boleh dijangkiti HIV, tetapi anda boleh mengambil langkah tertentu untuk melindungi diri anda dari jangkitan HIV.

Dapatkan pemeriksaan dan mengetahui status HIV pasangan anda. Bincang dengan pasangan anda mengenai pemeriksaan HIV dan mendapatkan pemeriksaan sebelum anda menjalinkan hubungan seks. Gunakan penentu lokasi pemeriksaan dari hospital untuk mencari lokasi pemeriksaan HIV berdekatan dengan anda.

Pelincir (Lubricant)
Hubungan seks menjadi lebih selamat dengan adanya pelincir. Ia dapat mengurangkan risiko kekoyakan pada faraj dan dubar yang disebabkan oleh kekeringan atau geseran, dan juga boleh mencegah kondom dari terkoyak.

Amalkan monogami
Menjalinkan hubungan seks dengan hanya satu teman boleh mengurangkan risiko HIV dan penyakit STIs yang lain. Bersikap setia antara satu sama lain selepas pemeriksaan STIs. Ini bermakna anda cuma menjalinkan hubungan seks dengan pasangan anda dan tidak melakukannya dengan individu yang lain.

monogami

monogami

Profilaksis pra pendedahan (Pre-exposure prophylaxis [PrEP])
PrEP adalah kaedah pencegahan HIV untuk individu yang berisiko tinggi yang masih belum dijangkiti HIV. PrEP adalah pil yang anda boleh makan setiap hari.

Jangan berkongsi jarum untuk pengambilan dadah, penindikan atau pencacahan.

jangan kongsi jarum

jangan kongsi jarum

Jika anda menyuntik dadah, amalan ini mungkin mendedahkan anda kepada HIV dan virus lain yang terdapat dalam darah, seperti hepatitis c.

Adalah penting supaya tidak berkongsi jarum, picagari atau alat suntikan yang lain, seperti sudu dan swab.

Bagaimana kalau sudah dijangkiti HIV?

Bawa bertenang jika anda mendapati bahawa anda telah dijangkiti HIV. Individu yang hidup dengan HIV boleh menjalankan kehidupan seperti biasa, mempunyai hubungan yang sihat dan juga hubungan seks. Tetapi adalah penting untuk mengambil langkah pencegahan supaya pasangan anda tetap bebas dari jangkitan HIV.

Mulakan perawatan untuk HIV secepat mungkin, dan teruskan pengambilan ubat HIV mengikut jadual yang ditetapkan. Ini dapat mengurangkan peluang anda untuk memindahkannya kepada pasangan anda dan membantu anda mengekalkan kesihatan anda.

Jangan menderma darah, plasma, semen, organ badan, atau tisu badan.

Jangan berkongsi barang peribadi, seperti berus gigi, pisau cukur, atau alat mainan seks, yang mungkin sudah tercemar dengan darah, semen atau bendalir faraj.

Pemeriksaan untuk HIV semasa kehamilan

Pemeriksaan HIV melalui ujian darah ditawarkan kepada semua wanita hamil sebagai sebahagian daripada pemeriksaan rutin antenatal.

Jika tidak dirawat, HIV boleh dipindah dari ibu kepada bayi semasa kehamilan, kelahiran atau penyusuan.

Jangan menyusu bayi dengan susu ibu, dan bayi juga harus menerima rawatan selepas dilahirkan.

The post Ápa itu HIV? Tanda-tanda dan Punca Jangkitan appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Ápa itu HIV? Tanda-tanda dan Punca Jangkitan

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×