Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Persiapan Makanan Untuk Bayi Berusia 1 – 12 Bulan

Tags: bayi makanan susu

JANGAN sesekali beranggapan bahawa Bayi anda sudah bersedia untuk mengambil makanan pejal dengan mengikut mana-mana jadual sekalipun. Bayi anda akan memakan makan pejal seperlunya apabila sudah tiba masanya – percayalah kepada proses semulajadi dan tanda-tanda yang ditunjukkan oleh bayi anda. Bermulalah dengan perlahan dan biarkan bayi anda mengambil masa untuk mencuba dan menikmati rasa makanan.

Susu Ibu dan/atau Susu Formula adalah sumber makanan yang PALING PENTING untuk bayi yang berumur 1 hingga 12 bulan. JANGAN gantikan susu ibu atau susu formula dengan makanan pejal. Jangan mulakan pemakanan pejal sebelum doktor pediatrik anda mengatakan sudah tiba masanya.

1 – 3 Bulan

Susu Ibu atau Susu Formula adalah makanan yang disyorkan untuk bayi yang baru dilahirkan dan ianya mencukupi untuk keperluan nutrisi dan pertumbuhannya.

susu ibu

Penyusuan Susu Ibu

  • Untuk bayi yang berusia 1 bulan, anda perlu menyusukan bayi anda 60-120ml susu badan setiap 2 jam.
  • Untuk bayi yang berusia 2 hingga 3 bulan, anda perlu menyusukan bayi anda 120-210ml susu badan setiap 2 hingga 3 jam.

Susu Formula

  • Untuk bayi yang berusia 1 bulan, anda perlu memberikan bayi anda 60-120ml susu formula setiap 2 jam.
  • Untuk bayi yang berusia 2 hingga 3 bulan, anda perlu memberikan bayi anda 120-150ml susu formula setiap 2 hingga 3 jam.

Memulakan pemakanan makanan pejal untuk bayi yang berusia 3 bulan adalah berisiko kerana bayi akan lebih mudah mendapat alahan makanan di masa akan datang berbanding bayi yang hanya diberi susu ibu sehingga usia enam bulan. Susu ibu adalah satu-satunya pilihan makanan yang berkhasiat dan selamat untuk bayi yang berusia 3 bulan.

4 – 6 Bulan

Ini adalah peringkat umur yang saya rasa sangat dikhuatiri dan merunsingkan kebanyakan para ibu dan bapa. Salah satu perkara yang paling penting untuk diketahui adalah, tidak ada tetapan usia yang pasti untuk pemberian makan pejal kepada bayi. Saya telah mengumpulkan beberapa jenis makanan pejal untuk membantu anda mengenali jenis-jenis makanan yang selamat, sihat dan berkhasiat untuk bayi anda bilamana si manja memulakan proses makanan pejal.

Sereal dan bijirin

Nasi putih, nasi perang, bubur.

Sayur-sayuran

Kentang manis, lobak, labu, parsnip, kentang putih, labu madu, dan rutabaga.

Tenusu

Yogurt

Buah-Buahan

Pisang, avokado, pir, epal, nektarin, plum, pic.

avocado

Bayi yang berusia 4-6 bulan cenderung untuk makan 2 hingga 4 auns makanan setiap hari. Sesetengah bayi yang berusia 4-6 bulan mungkin tidak mula mengambil makanan pejal sama sekali.

Ramai para ibu sering tertanya-tanya samada mereka sudah boleh memberikan makanan pejal apabila bayi mereka berusia 4 bulan. Sebaiknya anda tunggu sehingga bayi anda berusia kira-kira enam bulan sebelum memberikan makanan pejal untuk melindungi kesihatan bayi anda. Pada usia 6 bulan, bayi anda mempunyai sistem pertahanan badan yang lebih kuat dan ini mengurangkan keberangkalian dijangkiti penyakit bawaan makanan.

7 – 8 Bulan

Apabila bayi anda berusia 7-8 bulan, bayi anda sudah mula merangkak dan ingin mencuba segala-gala makanan! Bayi pada usia ini sungguh ingin tahu apa sahaja yang dilihatnya kerana mereka sudah mula peka terhadap persekitaran.

Bayi anda yang berusia 8 bulan akan masih mengambil 24 hingga 32 auns susu formula atau susu badan setiap hari. Tetapi makanan yang diberikan perlu mengandungi lebih banyak jenis makanan, seperti bijirin, buah-buahan, sayur-sayuran dan daging hancur atau puri.

sayur-sayuran

Berikan si manja makanan lecek dan jejari lembut, serta puri. Makanan jejari boleh berupa potongan lobak yang telah dimasak matang, potongan pisang, atau jejari roti tawar tanpa garam dan kek nasi bersaiz kecil. Ini akan membantu bayi anda membiasakan diri dengan makanan pejal.

Cadangan lain untuk makanan jejari termasuklah keju, roti bakar, dan potongan epal yang telah dikupas. Adalah lebih baik jika anda tidak memberikan bayi anda biskut manis atau biskut tongkat. Ianya tidak bernutrisi dan bayi anda kemungkinan akan terbiasa dengan tabiat memakan makanan ringan yang manis-manis.

9 – 12 Bulan

Menurut “Kids Health” oleh Nemours, bayi yang berusia 9 hingga 12 bulan sudah bersedia untuk makan makanan yang lebih pejal dan kurang bergantung pada susu ibu atau susu formula untuk nutrisi. Pilihlah makanan sihat yang bernutrisi untuk anak anda yang berusia 1 tahun. Ini akan memastikan anak anda mendapat nutrisi semaksimum mungkin dari setiap suapan.

Sarapan pagi:

Bubur gandum: Mulakan dengan mana-mana bubur gandum tanpa gula. Bancuhkannya dengan susu ibu, susu formula, air, atau jus buah. Untuk kepelbagaian, masukkan beberapa potongan pisang atau buah-buahan yang dijual di dalam kemasan botol atau buah-buahan yang dikukus di rumah, seperti pir atau epal.

Lempeng atau wafel: Cuba gunakan campuran bijiran penuh. Tambah sedikit mata gandum untuk meransang kesihatan tubuh anak anda. Untuk kepelbagaian, letakkan puri buah-buahan di atasnya – elakkan sirap manis (yang juga tidak berkhasiat).

telur

Telur: Campurkan dengan satu sudu keju kotej dan pukul rata. Untuk kepelbagaian, jadikannya hidangan makan tengah hari dengan mencampurkan tauhu hancur atau sayuran yang telah dilembutkan.

Makan tengah hari:

Sup: Masak sup bersama dengan sayuran dan mi yang bertekstur lembut. Hidangkan suam-bukan panas-dan sedikit demi sedikit. Untuk kepelbagaian, tambahkan kacang hancur, daging cincang, atau keju cincang.

bubur

Telur hancur dengan keju dan tomato, sosej ayam yang lazat, burger sayur, bubur, kentang panggang, bebola ayam dan epal, salmon, bayam dan kentang lecek.

Makan Malam:

Pasta/nasi/kuskus: Kisar bersama dengan saus di dalam mesin pemproses makanan. Jika anda menggunakan makanan dalam bungkusan, gunakan perencah dengan sedikit. Untuk kepelbagaian, tambah sayur-sayuran yang telah dimasak terlebih dahulu, seperti zukini dan labu atau daging cincang.

ikan

Ikan dan kentang goreng, bubur, daging dadu unggas, daging lembu, tauhu, sayuran hijau, mi, kentang, buah, susu formula atau susu ibu.

The post Persiapan Makanan Untuk Bayi Berusia 1 – 12 Bulan appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Persiapan Makanan Untuk Bayi Berusia 1 – 12 Bulan

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×