Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

SAPS Ibu Bapa Untuk Semak Keputusan Peperiksaan

SAPS Ibu Bapa membolehkan para ibu bapa untuk menyemak keputusan peperiksaan anak mereka masing-masing.

Apakah itu SAPS?

Ia merupakan nama singkatan bagi Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah. Sistem ini diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (MOE). Melalui sistem analisa ini, guru-guru hanya perlu memuat naik markah-markah peperiksaan murid di sekolah. Ibu bapa hanya perlu mengakses ke laman sesawang SAPS untuk mengetahui perkembangan dan pencapaian anaknya di sekolah.

saps ibu bapa

Bagaimana Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah berfungsi
Melalui inisiatif SAPS ini, guru-guru akan memasukkan ujian pelajar dan keputusan peperiksaan ke pangkalan data. Ibu bapa boleh akses keputusan akademik anak-anak mereka secara masa nyata di dengan selesa di rumah tanpa perlu pergi ke sekolah di mana ia mungkin tidak mudah bagi kedua ibu bapa dan guru sekolah.

Adakah Sistem Analisa Peperiksaan Sekolah merangkumi semua peringkat sekolah? Jawapannya tidak. SAPS pada masa ini hanya membolehkan ibu bapa pelajar-pelajar peringkat-peringkat berikut untuk membuat semakan secara online:

  • Sekolah Rendah dari darjah satu sehingga darjah 6
  • Sekolah Menengah dari tingkatan 1 sehingga tingkatan 5

Sistem analisa ini tidak merangkumi pelajar-pelajar pra-universiti ataupun tingkatan 6.
Melalui SAPS, ibu bapa boleh membuat 2 jenis semakan keputusan iaitu;

  • Keputusan Peperiksaan
  • Markah murid-murid untuk setiap peperiksaan sepanjang tahun.

Kebaikan

  • APS menyediakan alatan dan ciri analitikal yang boleh melengkap , membaiki serta menaikan taraf pengajaran guru. Ini akan menyumbang ke arah meningkatkan prestasi pelajar mereka.
  • Ibu bapa boleh mengetahui keputusan anak di sekolah dengan lebih cepat dan mudah. Bagi ibu bapa yang sibuk bekerja tidak perlu pergi ke sekolah pun boleh tahu keputusan anaknya.
  • Tanpa merujuk kepada Buku Laporan Prestasi Murid, ibu bapa tahu keputusan pelajaran anaknya. Ramai pelajar yang gagal peperiksaan tidak berani membawa balik Buku Laporan Prestasi Murid untuk disemak dan ditandatangani oleh ibu bapa. Masalah ini boleh dicegah dengan adanya SAPS ini.

Keburukan

  • Beban kerja guru-guru bertambah. Guru-guru pada masa ini bukan sahaja perlu memasuki kelas untuk mengajar murid-murid, tetapi perlu menulis Rancagan Pengajaran Harian. Tugas-tugas harian yang ada sudah cukup meletihkan. Dengan adanya aplikasi ini, para guru perlu pula meluangkan masa untuk memasukkan markah-markah peperiksaan murid-murid ke pangkalan data SAPS. Nisbah bilangan komputur dengan bilangan guru sekalah yang tidak seimbang turut merumit dan melambatkan lagi proses ini.

Cara-cara Untuk Membuat Semakan Peperiksaan

Senang sahaja untuk membuat semakan peperiksaan dengan menggunakan SPAS. Sila ikut langkah berikut:

    1. Klik http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php

laman kementerian pendidikan malaysia

    1. Masukkan nombor kad pengenalan murid ataupun nombor sijil lahir dan klik cari{nombor sahaja, sila abaikan dash (-)}
    2. Pilih negeri murid belajar
    3. Klik butang “Cari di Sini” untuk mendapatkan nama sekolah
    4. Setelah berjaya mencari nama sekolah, tekan “Semak”,

Untuk sebarang pertanyaan cara mengakses SAPS ibu bapa, sila hubungi nombor ini.

Talian Sementara: 012-6497579

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8:30 am sehingga 5:00pm)

Waktu rehat: 1:00pm sehingga 2:00pm, kecuali Jumaat 12:15pm sehingga 2:45pm

Kesimpulan

Jika anda risau tentang pencapaian akademik anak, tetapi oleh sebab-sebab tertentu anda tidak dapat membuat pengesahan pencapaian mereka, maka gunakan lah SAPS. Anda mungkin bertanya apa ini? SAPS adalah satu sistem analisa yang dibuat khas untuk membantu ibu bapa meneliti keputusan anak secara online dari pelbagai ujian seperti peperiksaan pertama, kedua, midterm, tahunan, PT3 dan sebagainya. Keputusan peperiksaan dikemas kini oleh guru-guru yang mengajarnya.

Peninjauan prestasi serta aktiviti anak di sekolah boleh dibuat dengan SAPS. Walaupun anak anda tidak diberikan perhatian 100% daripada guru-guru di sekolah, tetapi dengan adanya pemantauan ibu bapa akan membantu anak mereka mendapatkan keputusan yang lebih baik pada peperiksaan di masa hadapan.

The post SAPS Ibu Bapa Untuk Semak Keputusan Peperiksaan appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

SAPS Ibu Bapa Untuk Semak Keputusan Peperiksaan

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×