Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pinjaman Peribadi Maybank Yang Boleh Dipertimbangkan

Pinjaman peribadi Maybank menawarkan dari pembiayaan sebanyak RM 5,000 hingga RM 100,000 serta pembayaran balik dari minimum 2 hingga 6 tahun. Tiada penjamin atau cagaran yang diperlukan. Malah tidak ada juga yuran pemprosesan atau caj setem bagi permohonan Pinjaman ini. Sila ambil maklum bahawa ini adalah Pinjaman Peribadi konvensional dan bukannya pinjaman berlandaskan Islam.

pinjaman peribadi maybank

Maybank juga menyatakan bahawa ia akan mengambil masa selama 48 jam untuk tempoh kelulusan pinjaman tersebut. Dana akan dipindahkan ke akaun pemohon sebaik sahaja telah mendapat kelulusan pinjaman. Pemohon dikehendaki mempunyai akaun simpanan atau semasa dengan Maybank.

Mengapa Memilih Pinjaman Peribadi Maybank?

Pinjaman Peribadi Maybank adalah produk yang bertujuan untuk memanfaatkan perkhidmatan kewangan di Malaysia dan juga di serata Asia. Memanfaatkan perkhidmatan kewangan bermakna ia melibatkan penyediaan akses yang mudah terhadap pembiayaan, terma syarat dan harga yang adil, dan memberikan nasihat berdasarkan keperluan pelanggan, semuanya masih ke arah mengutamakan keperluan masyarakat. Bersama-sama dengan pelanggannya, Maybank memasang impian untuk terus bergerak ke hadapan dan memajukan cita-cita Asia.

Kadar Faedah

Kadar faedah ini bergantung kepada jumlah pinjaman. Anda akan dapat menikmati kadar faedah yang lebih rendah dengan jumlah pinjaman yang lebih tinggi. Jumlah pinjaman bermula dari RM 5,000. Pinjaman RM 5,000 hingga RM 20,000 akan memberi anda 8.00% p.a. , RM 20,000 hingga RM 50,000 akan memberi anda 7.00% p.a. manakala pinjaman RM 50,000 hingga RM 100,000 akan memberi anda 6.50% p.a. Sila ambil maklum bahawa kadar yang dinyatakan adalah kadar rata.

Jumlah PinjamanKadar Faedah p.a
RM 5,000 hingga RM 20,0008.00% Kadar Rata
RM 20,000 ke atas hingga RM 50,0007.00% Kadar Rata
RM 50,000 ke atas hingga RM 100,0006.50% Kadar Rata

Caj dan Bayaran

Pinjaman Peribadi Maybank tidak memerlukan yuran pemprosesan dan juga tiada yuran setem. Pinjaman ini datang dengan pelan perlindungan peribadi dari Maybank. Pemohon akan mendapat denda penalti 1% p.a untuk sebarang kelewatan pembayaran balik pinjaman. Standard GST 6% akan dikenakan bagi sebarang caj perkhidmatan oleh bank. Pemohon juga akan dikenakan caj RM 200 atau tunggakan 3% (bergantung pada mana pilihan yang lebih tinggi yang akan dikenakan) untuk bayaran awal pinjaman peribadi tersebut.

Kelayakan

Pinjaman peribadi Maybank hanya boleh didapati untuk warganegara Malaysia sahaja. Anda perlu berusia 21 tahun hingga 60 tahun pada tempoh akhir pembayaran balik. Gaji bulanan minimum untuk menjadikan anda layak adalah sebanyak RM 2,500 sebulan atau RM 30,000 setahun bagi pekerjaan tetap.

Dokumentasi

Bekerja

  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia (Hadapan dan belakang)
  • Borang BE terbaru dari LHDN beserta dengan resit cukai
  • Penyata gaji paling terbaru selama 3 bulan
  • Penyata akaun bank paling terkini selama 6 bulan

Bekerja Sendiri

  • Salinan Kad Pengenalan Malaysia (Hadapan dan belakang)
  • Salinan pendaftaran Syarikat
  • Borang BE terbaru dari LHDN beserta dengan resit cukai
  • Penyata akaun bank paling terkini selama 6 bulan

Jadual Pembayaran Balik

jadual pinjaman peribadi maybank

Kebaikan

  • Bayaran serendah RM 102.78 untuk sebulan
  • Pelan Insurans Wajib
  • Tersedia untuk sektor swasta

Keburukan

  • Kadar adalah agak tinggi berbanding dengan pinjaman lain di Malaysia

Adakah Saya Perlu Pinjaman Peribadi Maybank?

Dengan Pinjaman Peribadi Maybank, anda akan menerima terma syarat yang fleksibel serta kadar yang berpatutan. Untuk mendapatkan pinjaman yang bersesuaian dengan anda, isikan borang di halaman ini dan bandingkan pinjaman peribadi Maybank dengan pembekal lain hari ini. Anda boleh mengubah keputusannya mengikut kesesuaian diri anda dengan menyatakan jumlah yang anda ingin pinjam, tempoh pembayaran yang anda inginkan, dan juga pendapatan bulanan anda. Dengan membandingkan melalui GoBear, anda akan boleh memastikan bahawa anda menerima pinjaman peribadi yang direka mengikut keperluan kewangan anda. Cubanya sekarang! Anda juga boleh menyemak butiran penerangan mengenai pinjaman peribadi Maybank di bawah, seperti kadar bayaran yang dikenakan dan apa yang anda perlukan sekiranya anda ingin membuat permohonan.

The post Pinjaman Peribadi Maybank Yang Boleh Dipertimbangkan appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Pinjaman Peribadi Maybank Yang Boleh Dipertimbangkan

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×