Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Petua Hilangkan Kuning Bayi

Kalau nak tahu, saya sebenarnya banyak membaca perkongsian mengenai Cara Kurangkan Kuning Bayi di alam maya ini. Malangnya kebanyakan daripada cara kurangkan kuning bayi yang ditulis oleh pemblog la ni, saya lihat kurang efektif dan ditulis seperti ‘melepaskan batok di tangga’.

Walaupun ada di antara cara tersebut diakui berkesan oleh pembaca, tapi apa yang boleh saya simpulkan daripada testimonial dan hasil bacaan saya, cara yang didedahkan hanya bersifat kebetulan.

Sumber: kuning bayi

Serius.

Saya tidak kata apa yang saya tulis ini nanti adalah yang terbaik untuk mengatasi masalah jaundis or petua kuning bayi yang terbaik pada alaf ini, tidak… no such thing. Cuma apa yang saya berani kata, hasil tulisan ini adalah pandangan jitu yang telah saya kupas directly dari sudut pandang sains yang tentunya diakui sendiri oleh doktor-doktor pakar bertauliah.

Sekali lagi ye ibu-ibu, diakui oleh doktor-doktor bertauliah dan bukannya oleh pemblog separuh masak seperti saya.

Okey mari kita lihat bagaimana saya mengupas cara kurangkan kuning bayi yang saya mulai dengan pengenalan mengenai penyakit ini. Sikit jer. Bolehkan?

Apa itu Penyakit Kuning / jaundis?

Penyakit kuning atau juandis bayi adalah gejala yang biasa berlaku dalam kalangan bayi kesan daripada kerosakan sel darah merah yang lama. Proses pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini seterusnya menghasilkan bilirubin yang menjadi punca kepada penyakit kuning.

Perlu difahami bahawa peningkatan kadar bilirubin yang tinggi dalam darah inilah yang menyebabkan kulit bayi berwarna kekuningan. Seperti yang saya petik daripada kata-kata Dr. Mohd Azam di Harian Metro.

Quote
“Biasanya bilirubin akan dibuang melalui najis dan air kencing. Tetapi apabila terdapat terlalu banyak darah yang rosak dan pecah kemudian dihuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat.

Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi,”

Dr Mohd Azam, Pakar Kardiologi Pediatrik, Hospital Perubatan Pantai

Bilirubin? Apa itu bilirubin dan bagaimana ianya meningkat?

Bilirubin adalah produk yang terhasil apabila sel darah merah seseorang rosak. Biasanya hati akan memusnahkan bilirubin dan menyingkirkannya dari dalam tubuh melalui proses perkumuhan. Dalam kes ini, hati bayi tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat.

Secara saintifik, faktor-faktor yang menyebabkan paras bilirubin pada bayi dipertingkatkan boleh disebabkan oleh:

  • Bayi tidak mendapat bekalan susu ibu secukupnya. Menyebabkan pergerakan usus perlahan – Bilirubin lambat disingkirkan dari dalam tubuh bayi.
  • Jaundis biasanya akan didapati oleh bayi yang dilahirkan pramatang atau tidak cukup bulan. Ini boleh berlaku sebab hati bayi yang dilahirkan tidak cukup bulan tidak dapat memproses bilirubin dengan cepat. Di samping itu, usus bayi juga tidak berfungsi sepenuhnya. Situasi akan jadi kurang baik lagi jika bayi tidak sedut susu ibu yang mencukupi.
  • Sel darah merah bayi  berselerak dengan lebih cepat dan juga mempunyai tempoh hayat yang lebih singkat. Terutamanya bayi yang mempunyai G6PD yang sering mengalami situasi seperti ini.
  • Ibu menghidap penyakit diabetes atau kencing manis.
  • Semasa kelahiran, lebam di badan bayi mengalami kaedah vakum yang mengakibatkan banyak kerosakan sel darah merah dan mereka perlu digantikan dengan yang baru.
  • Darah ibu tidak sesuai dengan darah bayi.
  • Bayi lelaki  biasanya lebih kerap untuk dapat kuning berbanding dengan bayi perempuan.

Macam mana mengenal penyakit kuning?

Penyakit kuning dapat dikesan seawal hari kedua atau ketiga selepas kelahiran. Pada peringkat ini, tanda kekuningan akan jelas kelihatan pada bahagian putih mata, gusi dan kulit muka bayi. Sekiranya ditekan dengan lembut kemudian dilepaskan, warna kekuningan akan dapat dilihat dengan jelas pada kawasan yang terlibat.

Untuk hasil yang lebih tepat, pastikan pemeriksaan demam kuning yang dilakukan dibuat di bawah cahaya matahari atau di bawah lampu panjang putih sahaja. Noted.

Sekiranya perlu, doktor akan mengesyorkan pemeriksaan darah untuk mengukur tahap kepekatan bilirubin dalam darah anak anda.

Setakat ini boleh fahamkan? Kalau tak boleh juga, baca balik apa yang saya tulis kat atas tu… tak boleh jugak, apa kata korang ke dapur sat, dan buat secawan milo panas. Baru senang sikit otak tu nak hadam benda-benda teknikal macam ini.

Okey jom kita singkap lebih lanjut cara kurangkan kuning bayi dalam entri kali ini.

Adakah penyakit kuning berbahaya kepada anak saya?
Kebiasaannya TIDAK! Ibu-bapa tak perlu bimbang kerana bilirubin akan dibuang secara alami melalui najis dan air kencing. Malangnya ada di antara kes penyakit kuning (yang jarang sekali berlaku) yang dilaporkan mencetus kepada gejala kernicterus dan pelbagai penyakit lainnya seperti radang hati, saluran darah tersumbat dan hepatitis.

Oleh itu, beri perhatian kepada sebarang perubahan pada warna kulit bayi anda 24 jam selepas dilahirkan. Sekiranya bayi anda demam melebihi 37.8 darjah celsius, kelihatan lemah dan tidur sepanjang hari, jangan segan untuk merujuk kes tersebut kepada doktor bertauliah kerana dikhuatiri menghidap penyakit kuning yang teruk.

Cara kurangkan kuning bayi

Isi utama kepada persoalan ini, untuk mengurangkan juandis bayi, anda perlulah;
1. Berikan susu ibu yang secukupnya kepada bayi anda untuk menggalakkan pergerakan usus. Tempoh selang masa yang disyorkan adalah 3 jam sekali atau lapan – dua belas kali sehari.

2. Cara kurangkan kuning bayi yang paling efektif adalah dengan menggunakan kaedah terapi lampu ataupun dikenali sebagai kaedah phototherapy dengan cara bayi diletakkan di bawah lampu biru yang mempunyai 450 nano water. Mata bayi akan ditutup dengan topeng mata dan badan bayi hanya memakai lampin saja tanpa sebarang baju lain. Cahaya yang dikeluarkan oleh lampu biru ini akan menukar bilirubin kepada biliverdin yang lebih bermanfaat kepada tubuh badan bayi. Selepas itu, ia akan dikumuhkan melalui air kencing.

3. Cara kurangkan kuning bayi ke-3 ialah dengan membalut bayi anda dengan selimut fiber optik yang dipanggil bili-blanket ataupun bili-pad.

4. Sekiranya rawatan fototerapi dan selimut fiber optik ini gagal menghalang daripada kenaikan tahap bilirubin sehingga mencecah 428umo1/1 atau 25mgd/L, rawatan pemindahan darah terpaksa dilakukan untuk menggantikan darah yang mengandungi kepekatan bilirubin yang tinggi kepada darah normal si penderma.

#Fakta yang belum disahkan sebagai cara kurangkan kuning bayi

  1. Jemur bayi di bawah sinaran matahari
  2. Mandikan bayi dengan air bunga dan ginseng yang boleh dibeli di kedai ubat tradisional cina
  3. Mandikan bayi dengan air rebusan pokok dukung anak
  4. Mandikan bayi dengan air rebusan peria hantu
  5. Mandikan bayi dengan air teh
  6. Mandikan bayi dengan air bercampur daun kuchai
  7. Mandikan bayi dengan air bercampur daun inai
  8. Titiskan air anggur hitam ke mulut bayi
  9. Titiskan air anggur hijau ke mulut bayi.
  10. Minum susu kambing
  11. Makan jamu dan halia
  12. Memberi air glukos pada bayi

Panjang lebar saya huraikan mengenai cara kurangkan kuning bayi rite. Kalau dah penuh dengan isi macam ni pun korang masih gunakan cara dan petua kurangkan kuning bayi mengikut cara di atas yang belum dibuktikan, saya dah tak boleh kata apa. Itu pilihan dan hak masing-masing. Sometimes cara tradisional pun berkesan apa.

The post Petua Hilangkan Kuning Bayi appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Petua Hilangkan Kuning Bayi

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×