Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Iktibar Dari Lawatan Ladang Buaya Terbesar Sarawak

Saya dan rombongan pergi lawatan ke ladang Buaya terbesar Sarawak iaitu Jong’s Crocodile Farm untuk mencari iktibar dari reptilia buaya..Kami bertolak dari Kota Samarahan ke ladang buaya dalam 30 minit sahaja.Perjalanan kami sangat lancar sebab pergi dalam pukul 9.45 pagi.Rata-rata pengguna jalanraya sudah masuk ke pejabat dan sudah berada di destinasi pekerjaan masing-masing.

Jongs Crocodile Farm

Setibanya kami di sana sudah ada beberapa rombongan dari Semenanjung Malaysia dan orang Sarawak sendiri menunggu untuk membeli tiket.Harga tiket juga berbeza mengikut kategori umur.Dewasa iaitu dari umur 12 tahun ke atas dikenakan RM12 satu kepala dan kanak-kanak dari umur 3 tahun sehingga 11 tahun cuma RM6 manakala kanak-kanak yang berusia dibawah 3 tahun tidak dikenakan bayaran.Bagi orang luar Sarawak harga tiket dikenakan sekali ganda.Boleh congak sendiri la ye.

saya akur harga yang ditawarkan agak mahal semata-mata nak tengok buaya.Namun jika difikirkan logiknya memang kos selenggara ladang yang sebesar itu bukannya murah.Kos makanan untuk buaya sahaja memang tinggi.Haiwan ini bukan makan rumput tetapi daging.Itu belum termasuk kos makanan haiwan-haiwan lain yang dikurung seperti penjara kehidupan.

Jong’s Crocodile Farm telah dibuka sejak tahun 1963 lagi.Di ladang ini terdapat pelbagai haiwan selain dari buaya seperti khinzir,ikan Arapaima,monyet,kura-kura,ular dan sebagainya.Malah kambing pun ada.Haiya.Itu haiwan pun ada juga la.Sebab tu ada upgrade menjadi zoo.

Apa yang menarik tentang sifat buaya ini ialah tenang dan kaku hampir sepanjang masa.Sifat penyabar sang buaya tahap tertinggi.Mungkin kerana haiwan ini hasil tinggalan zaman dinasor yang belum pupus sepenuhnya.Tengok pun tidak seronok kerana tiada pergerakan langsung.Kalau ikutkan hati mahu sahaja jolok guna kayu supaya buaya yang tengah santai itu mengamuk dan menganas.Barulah ada thrill dan saspen.

Keseronokan kami bermula ketika aksi memberi makan buaya.Sebelum itu sudah diumumkan melalui sistem PA bahawa masa untuk Jumping Crocodile Feeding mengunakan 3 bahasa iaitu English,Cina dan Melayu.Apalagi bergegas para pengunjung untuk ke satu kawasan yang dikhaskan melihat buaya makan makanan yang dihulur melalui tali.Ada dua sesi untuk memberi makan buaya yang diadakan pada pukul 11 pagi dan pukul 3 petang.

Loceng dibunyikan.Sang buaya seakan-akan faham dan bergerak menunggu ke pondok yang menempatkan dua pekerja.Dari jauh saya rasa ngeri melihat belasan buaya yang besar dan menganggakan mulut ke arah pekerja tersebut.Cuma beberapa ekor sahaja yang sudi berenang ke sungai untuk memperlihatkan aksi mereka melompat ke atas untuk ngapkan daging yang dihulurkan melalui tali direntang melepasi kolam.

saya terfikir sejenak.Haiwan yang kaku sepanjang masa akan ganas seketika waktu makan sahaja.Yang peliknya mereka tidak bergaduh dan hidup sangat harmoni tidak seperti haiwan kucing atau anjing.Bayangkan dalam kolam yang sempit dan menempatkan berbelas ekor buaya tidak berkelahi sesama sendiri.Mereka seolah-olah satu kumpulan haiwan yang harmoni dan hidup rukun damai.

crocodile farm

Ladang buaya di Jong’s Crocodile Farm and Zoo memang tempat sesuai untuk dikunjungi oleh rakyat negara ini maupun pelancong dari luar.Alasannya Sarawak belum mempunyai Zoo yang lengkap.saya berharap ladang ini terus sukses dan sukses hingga ke zaman-zaman yang akan datang.

Bagi mereka yang pertama kali berkunjung memang rasa teruja.saya dan geng sekerja serta anak pernah pergi beberapa kali.Rasa teruja dah merosot kot.Cuma dulu dengan sekarang ada sedikit perubahan terutama tandas yang lebih banyak untuk kegunaan penggunjung.

Iktibar yang jelas Dari Lawatan Ladang buaya sangat santai.Jangan jadi buaya darat maupun buaya tembaga.Buaya mempunyai kesabaran paling tinggi kerana paling kurang pergerakan.Kaku dan statik bagaikan tunggul kayu.

Cuma jangan kita melabelkan buaya terlalu jahat disebabkan mereka menyerang manusia.Binatang ini perlu hidup dan bebas lepas sebagaimana haiwan liar yang lain.Jika sudah bertemu makanan biarpun bangkai sekalipun tetap tidak akan ditolak.Apa lagi manusia yang ada daging fresh.

Oh ya.Buaya juga ada sejarah tersendiri dengan panggilan nama Bujang Senang dan Bujang Sudin.Kisahnya banyak diceritakan dari mulut ke mulut melalui generasi ke generasi dari dulu sehingga sekarang,

The post Iktibar Dari Lawatan Ladang Buaya Terbesar Sarawak appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Iktibar Dari Lawatan Ladang Buaya Terbesar Sarawak

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×