Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Penggunaan Velcro Tape Semakin Meluas

Velcro Tape ataupun pelekat Velcro Tape dihasilkan pada tahun 1948 oleh George De Mestral – seorang jurutera elektrik Switzerland. Semenjak itu, Velcro tape boleh didapati dan pada masa sekarang kepelbagaian ukuran panjang boleh didapati. Name Velcro tape diambil daripada nama kilang pertama yang menghasilkan serta memasarkan pita pelekat tersebut.

velcro tape 4 inches

Ciri-ciri Velcro Tape

Ia boleh digunakan dalam bidang yang luas. Contohnya, anda boleh gunakan pelekat Velcro untuk mengetatkan kasut anda (tidak perlukan tali untuk ikat kasut). Tape ini juga amat kukuh dan ini membolehkannya mampu menyokong berat yang tertentu.

Ia diperbuat daripada bahan ringan dan senang digunakan. Boleh dipasang pada kasut, wayar, pakaian dan sebagainya.

Polyester dan nylon merupakan bahan utama yang digunakan untuk menghasilkan Velcro tape. Ini menjadikan ianya sangat tahan lama dan boleh dicuci dengan mudah.

velcro tape 1 inche

 Kelebihan Velcro Tape

Ramai isi rumah menggunakannya sebagai pengikat di permaidani, langsir atau tirai tingkap. Bagi yang mempunyai komputer, printer, scanner, keyboard di rumah atau pejabat pastinya terdapat banyak wayar. Untuk mengemaskan kesemua wayar supaya tidak berselerak, pita pelekat Velcro amat sesuai.

Bagi golongan orang kurang upaya (OKU), tape ini banyak digunakan di pakaian mereka agar senang untuk mereka pakai.

Jika anda tidak ingin menggerudi lubang di dinding rumah tetapi masih ingin menggantung gambar ataupun objek kecil, Velcro tape merupakan pilihan terbaik. Anda hanya perlu lekatkan pelekat Velcro di dinding dan terus boleh gantung gambar atau objek. Ramai suka melekat pita ini di dinding untuk gantung papan tanda kecil, nota, keychain dan lain-lain lagi.

Video klip dibawah menunjukkan cara penggunaan pelekat velcro tape.

Saiz Dan Kuantiti Velcro Tape

Saiz & PACKING
Warna
Gulung/Kotak
25 mm x 25m Black / White / Brown / Red / Light Orange / Violet / PurpleLight Yellow / Light Green / Forest Green / Blue 40
50 mm x 25 m 20
100 mm x 25 m 10
150 mm x 25 m 6

The post Penggunaan Velcro Tape Semakin Meluas appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Penggunaan Velcro Tape Semakin Meluas

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×