Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pita Penanda Lantai (Floor Marking Tape)

Floor Marking Tape ataupun Pita Penanda Lantai dibuat daripada plasticized polyvinyl chloride (PVC) dan disaluti dengan pelekat getah asli gred premium dan daya tahan lasak. Floor marking tape direka untuk tujuan membuat tanda di lantai untuk membezakan sempadan-sempadan tertentu. Ianya banyak digunakan di tapak pembinaan, kawasan proses pengeluaran kilang dan gudang.

floor marking tape

floor marking tape

Ciri-ciri Floor Marking Tape

  • Kekuatan tegangan  yang baik serta anti-lelasan / haus.
  • Daya cengkaman yang kuat serta kuasa melekat yang cemerlang
  • Berwarna cerah, boleh didapati dalam satu warna ataupun dengan jalur campuran
  • Penebat haba yang baik dan rintangan yang tinggi kepada minyak, kimia dan air.

Kebaikan Floor Marking Tape

  • Boleh dibuang ataupun ditanggalkan dengan mudah dan tanpa meninggalkan sebarang sisa pelekat pada lantai
  • Sesuai digunakan di dalam dan luar kawasan rumah atau kilang.
  • Fleksibiliti yang sangat baik dan lekatan yang baik pada permukaan yang tidak rata serta bentuk yang tidak sama
  • Warna terang atau berjalur untuk menarik perhatian serta memberi amaran untuk aspek keselamatan.
pita penanda lantai

pita penanda lantai

Skop Penggunaan Floor Marking Tape
Pita ini digunakan secara meluas. Contohnya di gelanggang badminton, gelanggang bola tampar dan gelanggang bola sepak, pita penanda lantai digunakan untuk menanda garisan sempadan. Untuk kilang pula, floor marking tape digunakan untuk menanda sesuatu kawasan yang penting. contoh tempat yang disediakan dengan alat pemadam api, menanda sempadan lorong khas untuk berjalan agar tidak dihalang dengan benda-benda dan sebagainya. Sebelum adanya marking tape, untuk tujuan membuat tanda-tanda sempadan, kita akan menggunakan cat. Ini memakan masa dan kos tinggi. Bayangkan sekiranya anda sentiasa perlu membuat penanda di lantai, betapa senangnya jika menggunakan tape ini. Yang lama senang ditanggalkan dan yang baru senang diaplikasikan.

The post Pita Penanda Lantai (Floor Marking Tape) appeared first on ERATUKU.



This post first appeared on Eratuku, please read the originial post: here

Share the post

Pita Penanda Lantai (Floor Marking Tape)

×

Subscribe to Eratuku

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×