Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Pemilik FB Hina Islam Terima Padah.



 Susulan mengeluarkan kenyataan menghina umat Islam di laman sosial kelmarin, polis kini berusaha mengesan pemilik akaun Facebook (FB) yang menggunakan nama Anna Ong Iye Lung.

Difahamkan, kenyataan menghina itu dikeluarkan sebagai respons kepada insiden pergaduhan jemaah sebuah masjid dengan seorang pemandu Toyota Camry yang tular di media sosial.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, Polis Kini menjalankan siasatan berhubung kenyataan dikeluarkan wanita berkenaan dan akan Mengambil Tindakan sewajarnya.
“Kita akan ambil tindakan terhadap Anna sekiranya dia didapati menyalahgunakan media sosial.
“Kalau dia mendakwa laman sosialnya itu diceroboh, kita akan jalankan siasatan.
“Bagaimanapun, sekiranya betul ia keluar daripada dia sendiri, kita akan ambil tindakan tegas,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Status FB itu mula tular di laman sosial hingga menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara termasuk Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Sohaimi Shahadan yang menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas ke atas wanita itu.
Bagaimanapun, akaun berkenaan dipercayai dipadam tidak lama kemudian selepas menerima pelbagai kritikan netizen. 


This post first appeared on APA-APA AJE.., please read the originial post: here

Share the post

Pemilik FB Hina Islam Terima Padah.

×

Subscribe to Apa-apa Aje..

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×