Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Fauzi Nawawi Panjat Syukur Anak Dapat 10A.



Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah pun dikeluarkan hari ini.
Antara anak artis yang mengambil keputusan SPM adalah anak kepada pelakon popular Fauzi Nawawi iaitu Hana Farisha, 17, yang berjaya memperoleh 10A.
“Perasaan saya masa mula-mula tengok keputusan SPM Hana buatkan saya lupa semua perkara dan masalah hari ini. Dan jiwa saya rasa lapang tenang dan seronok. Sebagai Seorang Bapa tentunya saya gembira dan menjadi manusia paling bahagia bila melihat keputusan anak saya itu.
“Harapan saya nak Hana melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti yang diidamkan. Sebagai seorang bapa saya akan bantu dan cuba penuhi impian dan cita-cita dia.

“Tiada halangan dan saya takkan menentukan apa saja yang dia mahukan, kecuali kesungguhan dan keinginan dia sendiri. Bagi saya anak-anak ini kita perlu sokong dan bimbingan pada bidang yang mereka minat,” ujarnya gembira ketika dihubungi.
Akui Fauzi dia sentiasa berdoa untuk anak-anaknya.

“Mereka dididik dengan agama, diajar untuk tidak meninggalkan solat. Dan itu Juga yang saya terapkan kepada anak-anak yang lain.
“Pemangkin semangat untuk anak-anak adalah kasih sayang dan juga tanggungjawab anak itu sendiri.
“Anak saya yang sulung Hainal Fatihah juga pernah mendapat 8A di dalam SPM. Jadi Hainal juga menjadi pembakar semangat untuk adik-adik dia ketika itu. Maka lahirlah kejayaan Hana pada hari ini,” katanya.
Mengakhiri perbualan Fauzi juga bersyukur kerana dikurniakan isteri, Lisdawati yang sangat prihatin dan bertanggungjawab mendidik anak-anak mereka.
“Saya sebagai ayah akan beri secukup-cukupnya tanggungjawab dan kasih sayang kepada mereka walaupun sesibuk mana pun saya.
“Saya juga berasa beruntung, boleh dikatakan semua anak-anak saya diberikan anugerah, kelebihan dan kepandaian masing-masing. Syukur saya ada seorang isteri, Lisdawati yang juga menganggap anak-anak saya sama seperti anak dia sendiri.
“Kasih sayang dan nasihat yang selalu dia bagi serta pengorbanan dia selama ini dengan saya selama 10 tahun. Dialah yang banyak bersama anak-anak saya kalau saya sibuk. Dia juga yang berikan teguran dan bimbingan. Sebenarnya anak-anak saya lebih rapat dengan Lisdawati berbanding saya sendiri," katanya.  
Untuk rekod, Hana merupakan anak ketiga hasil perkahwinan Fauzi dengan bekas isteri. Selain Hana, tiga lagi adik beradik lain ialah, Hainal Fatiha, 21, Fariz Hazwan, 20, dan Fikri Hakimi, 15.


This post first appeared on APA-APA AJE.., please read the originial post: here

Share the post

Fauzi Nawawi Panjat Syukur Anak Dapat 10A.

×

Subscribe to Apa-apa Aje..

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×