Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Artis Janda Berpura Mesra Dengan Anak.Walhal Gambar Curi !

Tags: artis anak gambar


Tak habis-habis Miss K dengar kisar artis yang bergelar janda ni. Rupanya, sebalik wajah manis dan penampilan jelita, dia menyimpan bisa… Gitu!

Selepas bercerai, hak penjagaan anak berpihak kepada bekas suami. Jadi, bekas suami yang menjaga anak mereka dan dibantu oleh bekas keluarga mertua artis ni.

Dengarnya, bekas suami dan keluarga mertua naik muak dengan perangai artis janda ni. Jarang sekali menjenguk anak.

Apa yang membuatkan Miss K terkejut, bila Miss K lihat sendiri laman sosial Instagram artis ni. Miss K ingatkan dia ni memang rapat dengan anak dan selalu ada dengan anak.

Banyak je dia muat naik gambar mesra bersama anak. Kadang-kadang, muat naik video anak sedang bermain-main.

Rupa-rupanya, rakaman gambar serta video anak itu bukanlah dirakam oleh artis ini sendiri. Artis ini dengan begitu bijak pandainya mengambil video dan gambar anaknya dari laman Instagram bekas ibu mertuanya. Ala, dia main repost je la!

Rupanya, gambar tu gambar ‘curi’. Bekas ibu mertua yang menyampah, tanpa membuang masa terus block artis tersebut.

Wow, dekat depan peminat menerusi Instagram, bukan main lagi artis ini menonjolkan imej ibu penyayang. Up gambar anak bermain-main, kadang-kadang up gambar anak, rupanya itu sekadar nak menjaga imej ibu mithali. Padahal…… Sedih!

Bagi Miss K, sudah-sudahlah tu. Miss K harap artis janda tu muhasabah diri. Jangan kerana nak imej baik-baik depan peminat, diri sendiri hilang pedoman sampai tak terjenguk anak tu. Berubahlah ya!


This post first appeared on APA-APA AJE.., please read the originial post: here

Share the post

Artis Janda Berpura Mesra Dengan Anak.Walhal Gambar Curi !

×

Subscribe to Apa-apa Aje..

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×