Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Wanita Tua Menjaring Ikan Tetapi Hampa Tiada Ikan Yang Ditangkap Melainkan ‘Tiram Tua’. Saat ‘Tiram Tua’ Dibuka, Dia Terus Terkejut!

Kadangkala kita berasa hampa dengan hasil pendapatan seharian yang dijangka boleh memberikan kita sesuap nasi pada hari itu tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan. Namun dari hasil yang tidak boleh diharapkan itu sebenarnya lebih memberi harapan dan sinar yang tidak dijangka.
Seorang wanita bernama Liu sudah berusia 70 tahun dan bergantung harapan mencari rezeki dengan menangkap ikan di tepi sungai di Yunan, China.
Oleh kerana tidak berdaya dan lemah menangkap ikan dengan teknik lain, satu-satunya cara yang mampu dilakukannya ialah dengan menjaring ikan di tepi sungai.

Pada suatu hari ketika sedang menjaring ikan, tiada seekor ikan pun yang terperangkap pada jaringnya. Puas jaring usangnya itu dikais-kais, namun tiada ikan yang berjaya ditangkap. Sebaliknya, satu Tiram Tua yang besar telah tersangkut di jaringnya dan itu sahaja hasil yang wanita Tua Ini telah perolehi.

Setelah berulang kali menarik jaringnya, tiada seekor ikan yang telah diperolehinya kecuali beberapa tiram tua.



Kemudian dengan perasaan yang hampa dan kecewa, Wanita Tua Ini telah pulang ke rumah dan tidak menyedari bahawa di dalam tiram-tiram tersebut, terdapat harta karun dan rezeki yang tersembunyi.
Berbeza dengan tiram-tiram yang lain, tiram tua yang besar ini mempunyai beberapa puluh biji mutiara di dalamnya.

Wanita tua ini mengatakan bahawa dalam kerjayanya sebagai penangkap ikan selama berpuluh tahun, beliau belum pernah melihat satu tiram yang mempunyai begitu banyak mutiara di dalamnya. Ini yang dinamakan rezeki datang bergolek.
Walaupun mutiara dari tiram tua ini bukan dari spesies tiram mutiara yang mahal harganya kerana ia diperolehi dari sungai, namun mutiara daripada tiram tua ini mampu membantu wanita tua ini meringankan bebanan keperluan hidup sehariannya.

Siapa sangka benda yang disangka tiada guna ini mampu memberi manfaat dan rezeki yang tidak disangka.

Kredit: ins.dkn.tv



__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber


This post first appeared on Buddy-On9, please read the originial post: here

Share the post

Wanita Tua Menjaring Ikan Tetapi Hampa Tiada Ikan Yang Ditangkap Melainkan ‘Tiram Tua’. Saat ‘Tiram Tua’ Dibuka, Dia Terus Terkejut!

×

Subscribe to Buddy-on9

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×