Get Even More Visitors To Your Blog, Upgrade To A Business Listing >>

Lepas Pulangkan Pingat, Tun Dr Mahathir Lakukan Sesuatu Mengejutkan Bersama Tun Dr Siti Hasmah!!

Selepas memulangkan kembali dua pingat yang diterimanya daripada Sultan Selangor, agaknya apakah tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad?

Lepas Pulangkan Pingat, Tun Dr Mahathir Lakukan Sesuatu Mengejutkan Bersama Tun Dr Siti Hasmah!!

Mengeluarkan kenyataan ringkas, ataupun rencana panjang di blognya, berhubung tindakannya itu? Atau barangkali diam sekejap, menunggu keadaan kembali tenang?
Tidak.

Beliau merancang untuk keluar menonton wayang bersama isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Merancang untuk keluar ‘dating’ bersama Hasmah. Dia bersama saya susah dan senang.

“Filem apa yang patut kami tonton?” katanya di Twitter, kira-kira pada pukul dua petang tadi.

Setakat ini, twit tersebut sudah mendapat lebih 2,000 retweet dan 3,808 like. Posting sama di Facebook pula mendapat lebih 20,000 like dan dikongsi 500 pengguna lain.

Posting tersebut dibuat beberapa jam selepas beliau dan Siti Hasmah dilaporkan memulangkan kembali darjah kebesaran kepada seorang pegawai Istana Bukit Kayangan di Shah Alam Khamis lalu.

Difahamkan dua pingat yang dikembalikan pengerusi Parti Pribumi Bersat Malaysia (BERSATU) itu masing-masing diterima Daripada Sultan Selangor pada 1978 dan 2003, dan satu daripadanya yang tertinggi di negeri itu.

Pingat Dr Siti Hasmah yang dikembalikan pula adalah yang diterimanya pada 1983 dan 1994, membabitkan Darjah Datuk Paduka Mahkota Selangor dan Darjah Kebesaran Seri Paduka Mahkota Selangor.

Mengesahkan perkara itu, Pengerusi Biro Strategi dan Dasar BERSATU Datuk Rais Hussin berkata ia dibuat atas pertimbangan Mahathir sendiri.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung sebab tindakan tersebut, sebaliknya hanya berkias, “sudah gaharu cendana pula”.




Baru-baru ini, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam wawancara bersama The Star mengkritik bekas perdana menteri yang mentadbir negara selama 22 tahun itu.

Isu pertama berhubung kenyataan Mahathir yang mengaitkan masyarakat Bugis dengan lanun.

Baginda turut bertitah yang Mahathir kini berusaha menghancurkan parti yang telah meletakkannya di tampuk kuasa selama lebih dua dekad, dan akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”.

Malaysiakini sudah menghubungi Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani.

Bernama pula melaporkan pihak istana Selangor akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu itu esok.

Read more at https://m.malaysiakini.com
__________________________________________________________
Jangan lupe tekan iklan2 yg ada dalam blog ini..
Cukup lah hanya sekali..Terima kasih..
Please Click the advertisment.Once is enough.Thank You
AIK?..BACA JE, KOMEN LA SIKIT :)
__________________________________________________________
sumber


This post first appeared on Buddy-On9, please read the originial post: here

Share the post

Lepas Pulangkan Pingat, Tun Dr Mahathir Lakukan Sesuatu Mengejutkan Bersama Tun Dr Siti Hasmah!!

×

Subscribe to Buddy-on9

Get updates delivered right to your inbox!

Thank you for your subscription

×